Ziarah Makam Nabi Daud Di Bukit Zion

Ziarah Makam Nabi Daud Di Bukit Zion

Dalam ajaran Islam, Nabi Daud as ialah nabi yang diutus oleh Allah untuk Bani Israil. Semenjak masih muda beliau telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Malahan Nabi Daud yang membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud menggantikannya sebagai raja. Allah SWT mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya. Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung, dan melembutkan besi.

Nabi Daud as wafat dalam usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Maqdis pada tahun 970 SM. Beliau telah diwafatkan oleh Allah tanpa didahului oleh kesakitan, iaitu dengan Allah mengutus malaikat maut ke rumahnya, kemudian mengwafatkannya dengan tenang dan damai di dalam biliknya yang kini menjadi makamnya.

Nak beli merchandise RareTV -- kami ada jual di sini. Mug ada, t-shirt pakai  ada, hoodies ada, mask pun ada. 

Kini, makam Nabi Daud terletak di Bukit Zion, Jerusalem. Kawasan ini ialah kawasan tanah suci bagi orang Yahudi. Tempat itu pada permulaannya merupakan sebuah gereja dan bertukar menjadi masjid semasa kekuasaan Islam. Selepas Perang Palestin yang berakhir pada 1949, bendera Israel dinaikkan di atasnya dan menjadi tempat ibadah orang Yahudi.

Namun, orang Islam dan Kristian boleh masuk ke dalam untuk menziarah makam Nabi Daud as. Oleh kerana makam itu terletak di dalam kawasan suci Yahudi, kita perlu patuhi syarat mereka untuk masuk ke dalam iaitu dengan menutup kepala bagi menghormati tempat dan adat ibadah orang Yahudi. Dipintu masuk, mereka menyediakan kipah untuk menutup kepala bagi orang lelaki.

Pusara makam Nabi Daud as dibahagikan kepada dua bahagian untuk mengasingkan pelawat lelaki dan perempuan. Di sana juga anda boleh melihat beberapa lebai dan penganut agama Judism sedang menelaah kitab mereka.

Tonton video ini untuk lihat team Rare menziarah makam Nabi Daud as dan Wailing Wall.

Mungkin ada yang terfikir adakah orang Islam dibenarkan masuk ke dalam kawasan Yahudi. Jawapannya, ya dibenarkan tapi atas permit khas. Jika anda ingin menjejakkan kaki ke Baitulmaqdis, boleh ikut kami ke sana bulan Oktober ini. Itinerary penuh boleh didapatkan di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.

Boleh dapatkan pewangi kereta Uzungol Garden dari RareTV x Keef & Nish. Hanya RM10 sahaja! Boleh beli di Shopee Keef & Nish.  

Back to blog

Featured collection

1 of 4