Skip to product information
1 of 20

BALKAN GOLDEN TRIANGLE

BALKAN GOLDEN TRIANGLE

Tarikh Kembara

07 Feb -19 Feb 2024 (FULL)
15 Mei - 27 Mei 2024
13 Sept - 25 Sept 2024
30 Oct - 11 Nov 2024
13 Nov - 25 Nov 2024
27 Nov - 09 Dec 2024

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai sahaja dan tidak lasak.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 15,300 per pax
Kanak-kanak (4-11 tahun): RM 14,800 per pax
Kanak-kanak (2-3 tahun): RM 12,650 per pax
Bayi: RM 2,500 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 5,100 per pax
Kanak-kanak (4-11 tahun): SGD 4,950 per pax
Kanak-kanak (2-3 tahun): SGD 4,170 per pax
Bayi: SGD 800 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Warganegara Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara

Trip Balkan kami memilih untuk pergi ke 3 buah negara sahaja iaitu Bosnia Herzegovina, Croatia dan Slovenia. Kami memilih untuk menjelajah tiga negara ini supaya kita dapat mengenal dengan lebih mendalam tempat-tempat menarik yang kaya dengan sejarah dan keunikannya. Pengembaraan 13 hari 10 malam ini akan membawa kita menjejak ibu kota baru dan lama yang kaya dengan sejarah, menelusuri kawasan perkampungan yang kaya dengan sumber air berwarna zamrud di sepanjang jalannya, menaiki kawasan tanah tinggi untuk melihat pemandangan dari sudut mata burung dan berjalan di tepian pantai yang cantik. 

Hari Pertama 

Kuala Lumpur - Zagreb

Penerbangan kita menuju ke Zagreb dari Kuala Lumpur atau Singapura.

Perjalanan kebiasaannya mengambil masa sekitar 15 - 18 jam bergantung kepada tempoh transit dan akan tiba pada hari yang sama atau hari kedua.

Setibanya di Zagreb, kita akan makan tengahari dan solat di bandar Zagreb sebelum daftar masuk penginapan. Kita akan berehat selepas perjalanan yang panjang sambil menunggu makan malam.

Hari Kedua

Banjaluka – Jajce – Travnik

Hari ini kita akan bergerak keluar dari penginapan dan menuju ke Banja Luka. Perjalanan kita ke Banja Luka adalah untuk melihat dan solat di Masjid Ferhad Pasha. Masjid ini yang satu ketika dahulu merupakan salah satu binaan yang menjadi Harta Warisan UNESCO telah dimusnahkan semasa peperangan.

Seterusnya kita akan menuju ke Jajce untuk menyaksikan rumah-rumah kecil yang satu ketika dahulu digunakan sebagai tempat memproses bijirin. Kemudian kita akan meneruskan perjalanan ke Travnik dimana kita berpeluang utk solat di masjid yang didirikan oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu sebelum menuju ke penginapan di Travnik. 
 

Hari Ketiga

Travnik – Sarajevo Old City 

Selesai bersarapan, kita akan bersiar-siar di kota Travnik yang satu ketika dulu merupakan pusat pentadbiran Bosnia sebelum berpindah ke Sarajevo. Selepas mendaftar keluar dari penginapan, kita akan menuju ke Sarajevo Old City untuk bersiar-siar, solat dan makan tengahari sebelum mendaftar masuk penginapan di Sarajevo. Tak jauh pun dari kota Travnik, perjalanannya memakan masa kurang dari satu jam sahaja. Kalau nak membeli belah, sini lah tempatnya. Ada banyak juga kedai-kedai menarik yang boleh kita singgah beli cenderahati untuk keluarga dan sahabat handai. 

Hari Keempat

Vrelo Bosne – Tunnel of Hope - Trebevic 

Perjalanan hari ini akan diteruskan ke taman yang berusia lebih dari 100 tahun iaitu Vrelo Bosne. Kita akan melihat sendiri keunikan taman yang membuatkan kita seolah-olah seperti berada di dunia lain. Tidak jauh dari taman ini, terdapatnya terowong rahsia yang dahulunya digali hanya dengan menggunakan tangan dan menyimpan pelbagai kisah suka duka semasa peperangan Bosnia pada tahun 1992-1995. Kita akan ke Tunnel of Hope untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman penduduk Sarajevo berada semasa menggunakan terowong ini dahulu.

Seterusnya kita akan pergi menaiki kereta kabel ke Trebevic. Trebevic membolehkan kita melihat seluruh bandar Sarajevo dari aras yang tinggi. Memang satu pengalaman yang mengujakan. 

Hari Kelima

Sutjenka National Park - Dubrovnik 

Pengembaraan hari ini diteruskan ke Sutjenka National Park untuk melihat monumen di Valley of Heroes dan kecantikan alam semulajadi yang menenangkan baik di lembah dan pergunungannya sekitarnya. Tips ke sini, pastikan pakai baju yang bewarna terang barulah gambar kita lebih menyerlah apabila bergambar berlatarbelakangkan pemandangan yang menggiurkan ini. Sudah puas kita bergambar di sini, kita akan bergerak pulang menuju ke penginapan di Dubrovnik. 

Hari Keenam

Dubrovnik - Mostar 

Seterusnya perjalanan hari ini akan dimulakan dengan  ke Dubrava Observation Point untuk melihat pemandangan Kota Lama Dubrovnik dari aras yang tinggi. Pemandangan dari mata burung yang sungguh mempersonakan. Jangan malu untuk minta kapten ambilkan gambar kita di sini. Kita juga berpeluang untuk bersiar-siar di Kota Lama Dubrovnik yang terkenal dengan senibina klasik bangunannya. Selesai makan tengahari dan solat di sini, kita akan meneruskan perjalanan ke penginapan kita di Mostar.  

Hari Ketujuh

Kravice Fall – Blagaj – Mostar Old City 

Jangan lepaskan peluang untuk solat Subuh berjemaah di masjid yang letaknya tidak jauh dari Stari Mos. Usai Solat Subuh, sambil berjalan santai pulang ke penginapan, kita boleh bergambar dengan berpakaian raya berlatarbelakangkan Stari Mos – jambatan simbolik bandar Mostar. Kalau pergi Bosnia tapi tak ambil gambar di sini, rasa seperti tak lengkap rasanya! 



Selesai bersarapan, kita akan kita akan pergi ke air terjun Kravice yang membawa maksud lembu kecil kerana mendapat nama sempena anak lembu yang jatuh di kawasan hulu sungai dan ditemui dalam keadaan selamat di bawah air terjun ini. Kita akan bersiar-siar di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Blagaj untuk makan tengahari dan menikmati pemandangan jeram yang cantik dan jernih sebelum kita kembali semula ke Mostar. 

Hari Kelapan

Mostar Skywalk – Split - Plitvice 

Perjalanan kita pada hari ini akan membawa kita ke Mostar Skywalk iaitu pelantar tinjau berlantai kaca untuk melihat pemandangan Mostar dari aras yang tinggi. Jangan lupa untuk menghayati panorama seluas alam yang terbentang indah di depan mata. Apa lagi, jangan lupa abadikan memori ini dengan bidikan kamera dari kapten kita. 

Pengembaraan kita seterusnya akan menuju ke Split yang terletak di tepi laut. Di sini kita boleh bersiar-siar hirup udara segar sambil makan tengahari makanan laut yang segar. 

Hari Kesembilan

Plitvice Lake - Bled 

Ekspedisi hari ini kita akan meneroka Taman Negara Plitvice yang merupakan taman negara terbesar dan tertua di Croatia. Taman negara seluas 30,000 hektar yang sentiasa cantik sepanjang tahun ini akan kita teroka sebelum kita menuju ke Bled. Pastikan sebelum kita ke sini, kita dah praktis brisk walk di Malaysia dulu ya. Yang pasti, tak terasa penatnya disebabkan betapa cantiknya lanskap sepanjang kita berjalan di taman negara ini. Tak puas bergambar rasanya. 

Hari Kesepuluh

Bohinj – Bled 

Jika cuaca cantik, kita berpeluang mendaki view point untuk melihat Tasik Bled dari aras yang tinggi semasa matahari naik.

Usai sarapan pagi, kita akan menaiki kereta kabel di Bohinj untuk ke Vogel Ski Park. Walaupun masih belum bersalji, kita akan melihat pemandangan kampung di tanah tinggi ini. Sekiranya sudah bersalji, “Yeayyyyy!! Masa untuk meluncur sled.”

Sekiranya cuaca baik, kita akan menaiki toboggan sekembali semula ke Bled. Pada sebelah petang, kita akan menaiki pletna di Tasik Bled untuk ke Pulau Bled yang terkenal dengan cerita romantic ala Romeo dan Juliet. 

Hari Kesebelas 

Bled – Zagreb 

Kita akan bersarapan pagi dan bersiar-siar di tepi Tasik Bled sebelum mendaftar keluar penginapan dan menuju ke Masjid Zagreb untuk makan tengahari dan solat.

Pada sebelah petang, kita akan bersiar-siar di Bandar Zagreb sebelum mendaftar masuk penginapan terakhir pengembaraan kita.

Hari Kedua Belas - Hari Ketiga Belas

Zagreb - Kuala Lumpur

Kita akan bergerak ke Lapangan Terbang Zagreb selepas daftar keluar penginapan untuk kembali ke tanah air.

Maka selesailah pengembaraan kita ke tiga buah negara Balkan. Semoga kenangan bersama dan jalinan ukhwah akan sentiasa segar dalam ingatan.

 

View full details