TERMA DAN SYARAT

TERMA & SYARAT RARECATION 

Anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti terma dan syarat sebelum bersetuju untuk melanggani pakej kembara kami. Sebaik sahaja anda membayar deposit bermakna anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak Rarecation dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat syarat dan terma yang di berikan.


PENGESAHAN MAKLUMAT SERTA BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL
 

Anda di kehendaki menyemak maklumat pakej yang ditempah sebelum membuat bayaran deposit. Seperti harga pakej, tarikh dan masa penerbangan pergi dan balik, pakej yang dipilih termasuk penginapan, termasuk tiket penerbangan atau tidak dan lain-lain maklumat yang berkenaan. Anda dianggap telah bersetuju dengan maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko dan kos tambahan pada pakej sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam butiran pakej anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit surat pengesahan dikeluarkan.  

KETETAPAN BUTIRAN ATAU MAKLUMAT PERIBADI SEMASA PENEMPAHAN PAKEJ

Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada Rarecation adalah maklumat yang akan digunapakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang anda langgani.  Anda dikehendaki menyemak semua butiran/maklumat peribadi sendiri sebelum membuat bayaran deposit. Sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat yang diberi adalah dianggap benar dan muktamad. Pihak Rarecation tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan pada pemberian maklumat yang diberi. 

TIKET PENERBANGAN

Kesemua pakej Rarecation adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA / KLIA 2 ke destinasi yang dituju sahaja. Tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA / KLIA 2. Semua jadual perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan. Jika berlaku sebarang perubahan pada jadual penerbangan, pihak Rarecation tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dari tempahan hotel, penerbangan tiket domestik atau lain-lain kos yang di buat oleh peserta sendiri. Pihak Rarecation juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi, yang timbul akibat pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah teknikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan/kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.   

PENGINAPAN

Seperti yang kita tahu, Rarecation membawa konsep kembara dan kebiasaannya penginapan pilihan kita adalah "local house", apartment, campsite dan jarang sekali kita memilih hotel.  Kerana itu penyusunan bilik adalah mengikut kesesuaian kembara terutamanya apabila kembara menggunakan Feri dan keretapi. Namun pihak kami akan berusaha untuk memastikan setiap pasangan suami isteri dan keluarga mendapat bilik bersama. Jika berlaku perpisahan antara pasangan suami isteri dan keluarga pemaklumkan akan di buat awal, sebelum kembara lagi. 

ITINERARY

Setiap trip Rarecation adalah unik, berbeza dan lain dari yang lain. Itinerary kami adalah flexible dan tertakhluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Kapten mempunyai hak untuk mengubah mana-mana itinerary disepanjang trip tanpa memaklumkan peserta, bergantung pada keadaan, cuaca dan situasi yang berlaku pada waktu itu. 

PEMBAYARAN

Rarecation hanya menerima pembayaran melalui secara Tunai, Online banking Cek dan kredit kad. Pihak Rarecation berhak untuk menahan tempahan pakej anda sehingga cek / pembayaran online anda ditunaikan. Pihak Rarecation tidak bertanggungjawab jika anda tidak dapat menyertai pakej yang anda tempah kerana penuh akibat kelewatan di dalam proses pembayaran. 

YURAN

Sila pastikan anda mendapat harga yang telah dipersetujui di dalam resit anda. Yuran adalah tertakluk kepada perubahan matawang Malaysia. Jika terdapat sebarang kenaikkan matawang melebihi 10% dari kadar asal ketika pakej ini keluarkan, mungkin akan ada tambahan pada yuran asal. Sila rujuk pada pegawai kami.

BAYARAN DAN TEMPAHAN

DEPOSIT

Untuk pengesahan penyertaan, bayaran Deposit penuh perlu di buat segera oleh peserta.

Jumlah Deposit penuh adalah mengikut 40 - 50% dari harga Pakej, sila semak pakej anda.

60 Hari sebelum tarikh penerbangan Bayaran penuh perlu di buat.

Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

PEMBATALAN

Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan. Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya).

​INSURAN PERJALANAN

Semua pakej kami sudah termasuk dengan insuran perjalanan, kecuali untuk peserta yang mengambil penerbangan tidak dari Malaysia.

SOP COVID-19

1. Dari Malaysia ke luar negara & dari luar negara ke Malaysia.
a) Setiap peserta wajib melengkapkan 2 dos vaksinasi.
b) Semua jenis vaksin diterima.
c) Sila sediakan Covid Certificate dan perlu ditunjukkan apabila diminta pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa.

2. Tindakan wajib jika positif Covid-19 di luar negara.
a) Ujian PCR/RTK perlu dilakukan untuk pengesahan rasmi.
b) Kos untuk ujian PCR/RTK tidak termasuk didalam insuran perjalanan.
c) Pesakit perlu menjalani kuarantin 10 hari dan kos ditanggung sepenuhnya oleh pesakit.
d) Perjalanan trip akan mengikut itinerary yang telah ditetapkan untuk peserta lain yang sihat dan tidak dijangkiti Covid-19.

3. Tanggungjawab Kapten
a) Membantu dan mengatur urusan peserta yang dijangkiti Covid-19 (tempahan penginapan, makan minum dan lain-lain yang bersesuaian).
b) Pembantu Kapten akan pulang ke Malaysia bersama peserta yang sihat dan tidak dijangkiti Covid-19 setelah berakhirnya trip.
c) Kapten akan pulang lewat ke Malaysia untuk bersedia jika berlaku kes Covid-19 dikalangan peserta.

FOTOGRAFI DAN VIDEO

Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi . Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat. Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami. 

Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda terhadap Rarecation. Rarecation merupakan salah sebuah syarikat di bawah Wakaf Enterprise dimana segala keuntungan dari syarikat ini akan di bawa ke Rumah Pengasih Warga Prihatin. Sebuah rumah untuk pembangunan Asnaf dan Anak Yatim yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. Terima Kasih.