BAITULMAQDIS
13 Oct - 25 Oct 2023
15 Oct - 27 Oct 2023
15 Nov - 27 Nov 2023
2024 (Pendaftaran sudah dibuka)
13 Mei - 25 Mei 2024
08 Sept - 20 Sept 2024
15 Nov - 27 Nov 2024
Jejakkan kaki ke destinasi Rasullullah saw di angkat ke langit. Kota suci ke 3 umat Islam.
Kita akan bermusafir selama 13 hari 10 malam dengan satu pengalaman yang pasti berbeza. Satu pengembaraan mencari sejarah agama yang sebenar.
Pengisiannya nanti kami akan lebihkan tentang sejarah, sirah dan bagaimana perjalanan Islam melalui fasa jatuh bangunnya dari Nabi terdahulu sehingga kepada Rasulullah di Baitullah. Kita ambil kesinambungannya dari hari kewafatan Baginda Nabi hinggalah sampai kepada kita di Nusantara.
Palestin hari ini dihambat dengan situasi peperangan. Tetapi realitinya masih ada wilayah yang masih aman dan sangat selamat untuk kita lawati. Itulah misi kita ke sana, melihat sisi lain kebenaran tentang Baitulmaqdis dari kaca mata kita, bukan dari pandangan MEDIA.
HARI PERTAMA
Kuala Lumpur - Amman
Penerbangan kita menuju ke Amman Jordan. Perjalanan sekitar 16 - 22 jam bergantung pada masa transit. Kita dijangka tiba pada hari yang sama.
Setibanya kita di Amman, kita akan mula melawat makam-makam pejuang Islam dimulai dengan makam Ashab Alkahfi, yang dalam bahasa melayu bermaksud orang-orang gua.
Hari ini kita akan bermalam di ibu kota Jordan ini setelah seharian berjalan. Kita akan manfaatkan masa dengan sesi taaruf bersama seluruh peserta. Ini adalah aktiviti wajib agar setiap peserta saling kenal mengenal.
Kita bermula sebagai orang asing tetapi akan kembali ke tanah air sebagai sebuah keluarga besar!
HARI KEDUA
Amman - Jericho - Jerusalem
Harini kita akan bertolak ke Jericho dimana untuk ke sana kita akan transfer ke sempadan untuk masuk ke Jerusalam, almaklumlah sekarangkan Jerusalam sudah ditawan oleh Israel. Tapi semua itu tidak menghalang kita untuk memasuki kawasan ini, asalkan ada visa Israel dan bayar departure tax. Teruk betul Israel ini, dah la jajah negara orang then kenakan tax pula, tapi tidak mengapa, itu semua kita akan uruskan untuk anda sebelum trip bermula.
Di Jericho, kita akan kunjungi 3 makam pejuang Islam iaitu Makam Nabi Musa, Nabi Daud dan Mount of Temptation. Ada kisah menarik yang kita kena ambil tahu tentang cerita Nabi Musa.
Kisah mereka disebut-sebut dalam sejarah. Kita akan kongsikan apa yang belum pernah kita dengar dari kisah yang jarang diceritakan. Kena ikut trip ini kalau nak tahu apa kisahnya.
Untuk rehatkan diri setelah penat berjalan, kita akan bermalam di Jerusalem selama lima malam berturut-turut. Pastinya sebelah malam ini kita akan adakan sesi sembang-sembang tentang sejarah. Siapa yang berminat nak tahu tentang al-quran dan hubungannya dengan sejarah, waktu inilah masa paling syok untuk kita semua duduk bersembang dan bercerita.
Mutawif anda sedia untuk lapangkan masanya bersama anda.
HARI KETIGA
Jerusalem
Sengaja kami memilih tarikh ini untuk ke sini. Untuk menyambut hari Jumaat yang mulia ini, kita berpeluang menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat ketiga yang paling suci dalam Islam dan merupakan lokasi Nabi Muhammad S.A.W diangkat semasa perjalanan Israk dan Mikraaj. alam masjid ini bukan ada satu masjid sahaja tapi ada juga masjid lain yang akan kita lawati iaitu Masjid Umar, Masjid Buraq dan Masjid Al-Qibli.
Masjid Al-Qibli ini dikenali juga dengan nama Al-Jami’ Al-Qibli, sebenarnya masjid ini lebih disebut sebagai Masjid Al-Aqsa tetapi kerana bangunannya terpisah dari Masjid Al-Aqsa, ianya diberi nama tersendiri yang bermaksud “sebelah selatan atau arah kiblat”.
HARI KEEMPAT
Jerusalem
Kita akan mulai hari keempat kita dengan bergerak ke Tembok Ratapan Yahudi (atau lebih dikenali dengan nama The Western Wall), Masjid Omar, Buraq dan jika berkesempatan kita akan singgah juga ke Kota Lama Baitulmaqdis.
Sebelah petangnya pula kita akan singgah ke Makam Raja Daud dan juga Mount Zion. Kita akan bermalam di kota Baitulmaqdis.
HARI KELIMA
Jerusalem - Hebron - Bethelem - Jerusalem
Hebron dan Bethlehem ini kalau nak tahu adalah dua bandar Palestin terbesar di bahagian selatan Tebing Barat. Disinilah kita akan melawat empat makam iaitu Makam Nabi Ibraham, Makam Nabi Ishak, Makam Siti Sarah dan Makam Isteri Nabi Ishak-Rifqah.
Dalam perjalanan ke kawasan-kawasan ini kita dapat melihat kesan penjajahan Israel di Hebron. Kita dapat mempelajari penghancuran yang dilakukan oleh pasukan rejim Israel ini terhadap rumah dan sekatan jalan yang dibuat oleh mereka bagi menakluki kawasan besar ini.
Sekatan yang diadakan juga bagi menghalang penduduk Palestin memasuki Jerusalem yang kini merupakan ibu kota Israel.
Selepas itu, kita akan menziarah tempat kelahiran Nabi Isa. Jika anda masih ingat kisah kelahiran Nabi Isa, Isa dilahirkan semasa ibunya Maryam beristirahat di sebuah pohon kurma.
Ada cerita pokok yang kita kena belajar dari kisah ini di dalam al-quran. Trip ini akan memasukkan elemen pendidikan jiwa melalui kisah dari al-quran dan sejarah sebagai satu modul di sepanjang perjalanan kita di bumi Baitulmaqdis ini.
Pasti seronok belajar di luar kelas dengan al-quran dan sejarah sebagai guru yang akan mengajar kita maksud sebenar tujuan hidup seorang insan.
HARI KEENAM
Jerusalem - Kibbutz - Salfit - Jerusalem
Aktiviti pada hari ini diteruskan dengan melawat Kibbutz. Dikatakan Kibbutz ialah sebuah sistem pendidikan komunikal Israel yang diakui mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Ramai cendiakiawan, politikus dan tokoh yang berjaya dilahirkan melalui institusi ini. Sistem pendidikan yang dikatakan mengikut al-quran dengan mengambil uswah pembangunan umat di Kota Madinah dan digunakan untuk membangkitkan komuniti Yahudi yang moden.
Dalam perjalanan ini juga kita akan aturkan untuk ziarah sekolah anak yatim di Salfit dan juga Kem Pelarian Qalandya jika mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.
HARI KETUJUH
Jerusalem - Tel Aviv - Jerusalem
Seterusnya akan kita terokai bandar Tel Aviv, yang merupakan wilayah terakhir Palestine dikuasai oleh Israel. Pembangunan bandarayanyang yang pesat, moden dan mewah telah menenggelamkan sejarah perkampungan Jaffa yang pernah diduduki warga Palestine. Bandar yang terkenal dengan buah Oren Jaffat ini kini menjadi pusat kewangan dan teknologi negara Israel.
HARI KELAPAN
Jerusalem - Tiberius - Amman
Pada hari kelapan, kita akan memulakan perjalanan dengan melawat tasik Tiberius atau juga dikenali dgn nama Galilee. Berkeluasan 166km persegi, di sinilah dikatakan akan munculnya Dajjal apabila Tasik Tiberius ini menjadi kering. Di sini juga dikaitkan dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj.
Selesai di sini, kita akan teruskan hari kita dengan lawatan ke Kibutz Degania dan Genosar sebelum bergerak ke sempadan untuk menyeberang kembali ke Jordan.
HARI KESEMBILAN
Amman - Petra - Wadi Rum
Dari Amman, kita akan ke Petra, bandar yang memukau dan menakjubkan. Petra juga pernah menjadi kubu kuat orang Nabataean, orang Arab yang rajin menetap di selatan Jordan lebih 2000 tahun dahulu. Mereka dikagumi pada masa itu kerana budayanya yang halus, seni bina yang besar dan kompleks empangan dan saluran air yang moden. Kini Petra merupakan salah satu daripada UNESCO world heritage yang mampu mempesonakan pengunjung.
HARI KESEPULUH
Wadi Rum - Amman
Kali ini, kita akan ke Wadi Rum untuk menerokai warna-warna indah padang pasir dengan menggunakan Jeep 4wd selama 2 jam. Bermalam dalam khemah beratapkan langit di tengah padang pasir yang sangat indah.
HARI KESEBELAS
Amman
Penutup perjalanan kita di Bumi Jordan, kita akan ziarah sekitar bandar Amman. Diakhir dengan jamuan Farewell Dinner sebelum kita berangkat kembali ke tanah air.
HARI KEDUA BELAS
Amman - Kuala Lumpur
Di hari terakhir kita berada di sini, kita masih berkesempatan untuk melawat bandar baru Amman dan bahagian lama Citadel Castle, Teater Rom dan pasar lama. Di sini kami akan berikan aktiviti bebas untuk peserta sehingga waktu daftar keluar. Sesuai sangat kepada sesiapa yang tak sempat nak pergi ke kawasan yang anda ingin kunjung sebelum-sebelum ini.
Selepas itu kita bertolak ke airport untuk penerbangan pulang ke tanah air tercinta. Jadi sebagai nasihat pakar, manfaatkanlah hari-hari terakhir ini dengan aktiviti yang anda teringin sangat nak buat, maklumlah mana nak dapat peluang lagi untuk menziarah ke negara yang memperjuangkan tanah airnya sejak berpuluh-puluh tahun ini.
Sama-samalah kita sebagai sesama Islam mendoakan keamanan rakyat Palestin.
HARI KETIGA BELAS
Kuala Lumpur
Selamat tiba di Kuala Lumpur.
**Visa approval kemasukan ke Jerusalem perlu dimohon 35 hari sebelum tarikh berlepas. Sebarang keputusan yang akan dikeluarkan oleh pihak kedutaan adalah di luar bidang kuasa kami.
Harga Pakej (SGD) (*penerbangan dr Singapura)
Dewasa: SGD SGD 5,100 per pax
Kanak-kanak (2-11 tahun): SGD 4,900 per pax
**penerbangan dari Singapura
Harga Pakej Ground (SGD)
Dewasa: SGD 4,000 per pax
Kanak-kanak (2-11 tahun): SGD 3,800 per pax
Harga Pakej Termasuk:
1. Tiket penerbangan
2. Penginapan
3. Pengangkutan
4. Makan fullboard
5. Visa masuk ke Jerusalem (untuk warganegara Malaysia sahaja)
6. Entry Pass dari Jerusalem ke Amman
7. Tipping untuk local tour guide
8. 2 jam tour di Wadi Rum menaiki 4x4
9. Sweater exclusive Rarecation
Harga Pakej Tidak Termasuk:
1. Perbelanjaan peribadi
2. Makan luar
3. Visa Jordan (untuk warganegara Singapura sahaja)
4. Tips untuk 'Horse Boy' di Petra
Share










