NEW ZEALAND
9 Nov - 20 Nov 2023
2024 (Pendaftaran sudah dibuka)
01 Feb - 12 Feb 2024
01 Mei - 12 Mei 2024
Hari Pertama - Kedua
Kuala Lumpur/Singapura - Christchurch
New Zealand adalah salah satu negara paling selatan di dunia. Penerbangan ke sana kita akan perlu melalui 2 transit. Kita akan tiba di sana keesokan harinya di Christchurch. Christchurch adalah salah satu bandar utama di Pulau Selatan New Zealand, kita akan bermalam 1 malam di sini.
Hari Ketiga
Christchurch - Lake Tekapo
Destinasi kita yang seterusnya kita ke Lake Tekapo, sebuah tasik berwarna biru yang terhasil dari cairan glacier. Pada musim panas, tempat ini terkenal dengan bunga Lupin dan pada malam pula, wajib kita keluar untuk bergambar di bawah jutaan bintang.
Hari Keempat
Lake Pukaki - Mount Cook
Hari ini kita pergi ke salah satu tasik tercantik di New Zealand iaitu Lake Pukaki dan juga Mount Cook, gunung tertinggi di New Zealand. Di hujung tasik ini terdapat kolam salmon di mana kita berpeluang untuk mendapatkan salmon segar untuk di masak asam pedas ataupun kari ikan. Request sahaja dengan kapten kami, insyaAllah kapten serba boleh kami akan tunaikan selagi boleh.
Hari Kelima
Lake Tekapo - Wanaka - Queenstown
Perjalanan hari ini membawa kita ke Wanaka, di sini menariknya terdapat sebuah pokok yang hidup di dalam tasik secara sendiri, di gelar Lonely tree Wanaka. Dari tasik Wanaka kita pergi ke bandar Queenstown pula.
Hari Keenam
Queenstown Activity Day
Bandar Queenstown terletak antara kawasan pergunungan dan Tasik Wakatipu yang cantik terpelihara tanpa pembangunan berlebihan. Di sini juga merupakan bandar extreme sport, bagi nak merasa pengalaman bungy jumping, sky diving, jet boat, di sinilah tempatnya. Ada yang ingin menyahut cabaran?
Hari Ketujuh
Queenstown Exploration
Kita teruskan explorasi keindahan Queenstown hari ini, bandar kecil ini sangat cantik dan peluang baik untuk membeli sebarang cenderamata untuk di bawa pulang. Jika cuaca baik tengah hari kita boleh berpiknik di tepi tasik dan pada musim panas untuk mereka yang berani boleh berenang di tasik Wakatipu.
Hari Kelapan
Queenstown - Te Anau
Dari Queenstown kita ke Te Anau, sebuah pekan kecil di selatan New Zealand. Pekan ini adalah destinasi wajib singgah sebelum perjalanan ke Milford Sound esok.
Hari Kesembilan
Milford Sound Day Trip
Jika kita belum ke Milford Sound, ibaratnya kita belum sampai ke New Zealand, jadi hari ini untuk melengkapkan perjalanan kita di New Zealand, kita ke Milford Sound. Di sini kita akan belayar sambil melihat puluhan air terjun yang terus kelaut dan melihat sendiri keajaiban alam di mana air tawar bertemu dengan air laut. Perjalanan ke Milford Sound juga sangat cantik, pasti tak jemu untuk kita mengambil gambar sepanjang ke sini.
Hari Kesepuluh
Te Anau - Queenstown
Kita kembali semula ke Queenstown, perjalanan lebih santai dan jika ada tempat menarik dan cantik kita akan berhenti, di jangka tiba semula di Queenstown petang. Ada ruang lagi untuk membeli cenderahati buat kali terakhir sebelum terbang semula ke Malaysia keesokan harinya.
Hari Kesebelas - Kedua Belas
Queenstown - Kuala Lumpur/Singapura
Alhamdulillah tanpa sedar selesai sudah pengembaraan kita di New Zealand. Walapun perjalanan pulang panjang namun masih terbayang keindahan dan keajaiban lanskap New Zealand. Pastinya semua kenangan ini terakam indah oleh kapten kami.
Harga Pakej
Dewasa: RM 17,850 per pax
Kanak-kanak (5-12 tahun): RM 16,850 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 12,600 per pax
Bayi: RM 2,800 per pax
Harga Pakej (SGD)
Dewasa: SGD 5,650 per pax
Kanak-kanak (5-12 tahun): SGD 5,350 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,100 per pax
Bayi: SGD 950 per pax
Harga Pakej Termasuk:
1. Tiket penerbangan
2. Pengangkutan
3. Penginapan
4. Makan halfboard
5. Travel insurance (warganegara Malaysia sahaja)
6. Percuma 1 kelas fotografi Saiful Nang Academy
7. Sweater exclusive Rarecation
Harga Pakej Tidak Termasuk:
1. Aktiviti pilihan
2. Makan tengahari dan makan luar (sendiri)
3. Perbelanjaan sendiri
Share































