Skip to product information
1 of 21

RENTAS JEPUN

Regular price RM19,880.00
Regular price Sale price RM19,880.00

02 Nov - 16 Nov 2023 (FULL)
18 Nov - 2 Dec 2023

2024 (Pendaftaran sudah dibuka)

26 Apr -10 Mei 2024
29 Oct - 12 Nov 2024

Pengembaraan bersama kami selama dua minggu merentasi kepulauan utama Jepun pada musim luruh. Dari selatan ke utara Jepun, kita akan melalui kawasan perkampungan dan bandar, menjejaki lembah dan pulau, menghayati keindahan tasik dan hutan sambil mempelajari pelbagai budaya dan tradisi masyarakat Jepun. Nikmati keindahan negara ini dari sisi jiwa pengembara yang inginkan kelainan melalui kepelbagaian pengalaman yang kami tawarkan sepanjang trip ini.


Hari Pertama 

Kuala Lumpur/Singapura - Fukuoka

Hari perjalanan dari Kuala Lumpur ke Fukuoka.

Hari Kedua 

Fukuoka - Takachiho Gorge

Dari Hakata, Fukuoka, kita akan menaiki kenderaan MPV menuju ke Miyazaki. Di sini kita akan mendayung sendiri bot untuk menyaksikan kecantikan air terjun di antara gaung yang terbentuk daripada pergerakan plat bumi dari aktiviti gunung berapi. Menurut hikayat dan mitologi Jepun, di sinilah terjadinya asal usul pembentukan negara Jepun. Memang menarik. 

Hari Ketiga 

Fukuoka - Hiroshima

Kita akan bergerak ke Hiroshima, bandar yang masih menyimpan sejarah dan kesan dari pengeboman nuklear pada tahun 1945. Kita akan menaiki feri untuk ke Miyajima Island untuk melihat sendiri torii (tiang kuil) yang seakan terapung di dalam laut. Ini merupakan salah satu daripada 3 “Japan’s Best Views” selain Amanohashidate di Kyoto dan Matsushima di Miyagi. Selepas itu kita akan meneruskan perjalanan ke Kyoto.

Hari Keempat 

Hiroshima - Okayama - Kyoto

Hari ini kita akan ke Arashiyama. Kita boleh menaiki beca yang dibawa oleh abang-abang sado Jepun, atau menikmati keindahan autumn ‘foliage’ di tepi sungai dengan menaiki Sagano Romantic Train - atau membawa sendiri basikal di sekitar pekan ini. Selepas itu kita akan ke Gion dan jika bernasib baik kita boleh mengesan kehadiran ‘geisha’ di celah-celah bangunan tradisional Jepun yang berusia ratusan tahun di tengah-tengah bandar Kyoto.

Hari Kelima 

Kyoto - Toyama

Dari Kyoto kita akan ke Toyama di bahagian barat Jepun. Sebelum itu, kita akan singgah di Kanazawa sebentar untuk menghayati kecantikan Kenrokuen - salah satu ‘Japanese Garden’ yang tercantik di seluruh Jepun. Kita akan tiba di Toyama dan menikmati keindahan panorama Toyama Bay pada waktu malamnya.

Hari Keenam 

Kyoto - Kanazawa

Seawal pagi kita akan ke Shomyo Falls yang berukuran setinggi 350m dan air terjun yang tertinggi di Jepun! Dikelilingi dengan pokok-pokok yang berwarna merah dan kuning pada ‘peak’ musim luruh, ini merupakan salah satu tarikan yang menarik bukan sahaja dari pelancong luar bahkan orang tempatan. Sekembalinya kita ke Toyama, kita akan ke Takaoka City yang merupakan kawasan kelahiran Fujiko F. Fujio. Macam kenal kan? Bersedialah untuk bergambar dengan pelbagai replika dan patung Doraemon dan Nobita - ikon komik klasik negara ini.

Hari Ketujuh

Kanazawa - Shirakawago

Lagi hari dengan perjalanan menaiki MPV - kita akan ke Shirakawago. Perkampungan ini telah dinobatkan sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 1995, ada diantaranya berusia lebih 250 tahun. Apa yang menarik di sini adalah rumah yang berbentuk seakan tangan sami Buddha yang sedang berdoa yang dikenali sebagai gassho zukuri. Kita akan menikmati makan tengahari dengan berkelah di tepi sungai di sini nanti.

Hari Kelapan 

Kanazawa - Nagano

Dari Toyama, kita akan meneruskan perjalanan ke Nagano. Di sini kita akan merasai pengalaman menaiki bas untuk ke Snow Monkey Park - satu-satunya kolam air panas di dunia yang ‘dimiliki’ oleh sekumpulan monyet yang comel! Kita akan bermalam di Nagano sebelum ke Tokyo keesokan harinya.

Hari Kesembilan 

Nagano - Tokyo

Setibanya di Tokyo, kita akan ke Shibuya untuk menyaksikan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia! Di samping itu, kita akan ke Tokyo Camii, masjid yang terbesar di seluruh Jepun. Selepas itu kita akan singgah di Ueno sebelum menikmati keenakan daging wagyu panggang di Taito.

Hari Kesepuluh 

Tokyo - Kawaguchiko

Tidak lengkap trip ke Jepun jika kita tidak menyaksikan keindahan Gunung Fuji. Kita harapkan cuaca yang baik dan terang sebab Fujisan merupakan gunung yang agak ‘pemalu’. Namun demikian, banyak lagi aktiviti yang boleh kita lakukan pada hari ini termasuklah bersiar-siar di sekitar Tasik Kawaguchiko. 

Hari Kesebelas

Tokyo - Hakodate

Dari Tokyo kita akan terus ke Hakodate dengan menaiki shinkansen selama lebih kurang 4-5 jam. Pada sebelah malamnya kita akan menaiki kereta kabel untuk ke Gunung Hakodate bagi menyaksikan ‘Million Dollar View of Japan’ - salah satu pemandangan yang sangat indah yang tersenarai di dalam senarai ‘Michelin Green Guide’ untuk negara ini.

Hari Kedua Belas

Hakodate

Pada waktu pagi kita akan ke Hakodate Morning Market untuk menikmati kesegaran pelbagai hidupan laut pada harga yang sangat berpatutan. Dari pelbagai pilihan giant king crab ataupun sea urchin serta scallop segar, bahkan anda juga berpeluang untuk memancing sotong sendiri yang kemudiannya akan disiang untuk disajikan sebagai sashimi - pasar ini merupakan syurga bagi penggemar makanan laut. Pada sebelah petangnya pula kita akan bergerak ke Sapporo.

Hari Ketiga Belas 

Sapporo

Jika cuaca mengizinkan pada hari ini kita akan bermain salji di Sapporo! Kemudian kita akan ada sesi ‘free & easy’ untuk aktiviti membeli-belah terakhir sebelum kita pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Hari Keempat Belas

Sapporo - Kuala Lumpur

Bergantung kepada masa penerbangan, kita akan bersedia untuk perjalanan balik dari Chitose International Airport pada hari ini. 

Hari Kelima Belas

Kuala Lumpur/Singapura 

Ketibaan di Kuala Lumpur/Singapura. Semoga pengembaraan selama 15 hari kita merentas negara matahari terbit ini menjadi satu memori terindah. Jika rindu, bolehlah lihat semula gambar-gambar kualiti tinggi bidikan kapten sepanjang trip.

 

Harga Pakej

Dewasa: RM 19,880 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 18,880 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 14,480 per pax

Harga Pakej (SGD)

Dewasa: SGD 6,260 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 5,910 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,310 per pax

Harga Pakej Termasuk:
1. Tiket penerbangan
2. Pengangkutan 
3. Penginapan 
4. Makan halfboard 
5. Travel insurance (warganegara Malaysia sahaja)
6. Sweater exclusive Rarecation 

Harga Pakej Tidak Termasuk:
1. Aktiviti pilihan
2. Makan tengahari dan makan luar
3. Perbelanjaan sendiri