Tasik Biru Ini Terbentuk Dari 20 Nyawa
Share
Melancong bukan sahaja tentang keindahan sesuatu destinasi itu tetapi juga menghayati sejarah dan keunikan di sebalik destinasi tersebut. Seperti di Pakistan, terdapat sebuah tasik dibentuk akibat sebuah bencana alam dan meraut 20 nyawa.
Tasik Attabad yang terletak 8,369 kaki dari aras laut di pergunungan Karakoram ialah salah satu tasik terunik di dunia. Tasik ini hanya berumur 12 tahun pada tahun ini (2022) kerana pembentukanya terjadi pada tahun 2010.
Bagaimana tasik ini terbentuk?
Pada tahun 2010, kampung Attabad di Hunza Valley telah dilanda tanah runtuh besar, yang mungkin disebabkan oleh gempa bumi. Terdapat juga laporan batu-batu besar dari pergunungan sekitar runtuh dan memusnahkan kampung itu. Bersama Attabad, empat kampung lain iaitu Ainabad, Shishkat, Gulmit dan Gulkin turut musnah sama sekali. Kira-kira 20 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 6000 penduduk kampung kehilangan tempat tinggal dan terkandas selama beberapa hari dalam tempoh ini.
Disebabkan runtuhan tanah itu berskala sangat besar, ia telah meruntuh dua laluan iaitu sebahagian Karakoram Highway dan Hunza River. Dari hari ke hari, air sungai yang terhalang akibat runtuhan itu semakin meningkat dan menghasilkan tasik biru turquoise Tasik Attabad ini. Malangnya, tasik itu tidak berhenti membesar sehingga menyebabkan ada beberapa kampung yang terpaksa berpindah kerana perlahan lahan kampung-kampung itu ditenggelami air.
Kemuncaknya, tasik ini mencecah 21km panjangnya. Macam dari KLCC ke Sg. Buloh. Besar wehh!
Dapatkan merchandise RareTV di sini.
Kampung-kampung di belah utara Hunza Valley terputus hubungannya dengan dunia luar akibat tanah runtuh itu. Laluan perdagangan antara Pakistan dan China juga musnah. Jadi, lori-lori perdagangan ini terpaksa naik bot kayu besar untuk menyeberang tasik ini ke bandar-bandar utama di Pakistan.
Kini jalan baru Karakoram Highway dibina atas kerjasama antara Pakistan dan China. Jalan baru itu beroperasi sejak 2018 yang lalu, jadi sampan yang digunakan dahulu kini menjadi suatu tourist experience wajib di Pakistan. Dua negara itu juga bekerjasama mengecilkan tasik ini menjadi sekitar 2km sahaja.
Sebuah malapetaka kini jadi sebuah rahmat, Tasik Attabad kini menjadi sebuah tarikan pelancong yang trending di Pakistan.
Kami akan ke Pakistan pada 3 - 17 Okt 2022. Terhad untuk 10 pas sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan musim Autumn in Hunza Valley. Pakej sudah pun termasuk tiket penerbangan pergi balik, makan halfboard, penginapan, pengangkutan dan travel insurance. Anda boleh klik di sini untuk info lanjut dan dapatkan itinerary Trip Pakistan Rarecation atau hubungi kami melalui Whatsapp.
Nak tahu satu cerita menarik tentang orang kampung di sana? Mari tengok Team RARETV share episode kelakar dari orang kampung Tasik Attabad!
Boleh dapatkan pewangi Uzungol Garden DI SINI. 3 hari pun bau wangi masih tak hilang. RM 10 sahaja!