PAKISTAN
PAKISTAN
Tarikh Kembara
Tarikh Kembara
18 Mei - 01 Jun 2024 (FULL)
25 Sept - 09 Oct 2024
24 Apr - 08 Mei 2025
02 Oct - 16 Oct 2025
Maklumat Kembara
Maklumat Kembara
Penginapan: Hotel
Makan: Full Board (Hotel / Restoran / Crew Masak)
Pengangkutan: Coaster & Jeep 4x4
Kategori kembara: EXTREME RARE - Kembara dalam kumpulan kecil 10-12 orang, menginap di hotel dan pengangkutan utama menggunakan coaster dan Jeep 4x4. Trip santai sahaja, dan sedikit lasak dari segi perjalanan menuju ke destinasi yang akan melalui jalan berbatu (gravel road). Jangan risau kerana kita akan dipandu oleh pemandu berpengalaman.
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: RM 15,850 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): -
Kanak-kanak (2-4 tahun): -
Bayi: -
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: SGD 4,900 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): -
Kanak-kanak (2-4 tahun): -
Bayi: -
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Info Pakej
Info Pakej
Harga Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan
- Pengangkutan
- Penginapan
- Makan Full Board
- Visa
- Local Guide / Translator
- Travel Insurance (Warganegara Malaysia Sahaja)
- Sweater Exclusive Rarecation
- Luggage Cover Limited Edition
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Aktiviti Pilihan
- Perbelanjaan Sendiri
- Tipping kepada Local Guide
Jadual Perjalanan Kembara
Jadual Perjalanan Kembara
Rasakan pengalaman tinggal di kawasan gunung setinggi 3,000 meter di banjaran Karakoram. Kawasan indah masih terpelihara dari pembangunan di kawasan pergunungan utara Pakistan. Kita juga akan saksikan kehebatan penduduk tetap di sini yang bagi mereka umur yang mencapai 100 tahun hanyalah angka yang biasa. Bila alam tidak tercemar dan makan makanan yang organik patutlah mereka sihat dan boleh hidup lama.
Eksplorasi kita ditemani warna-warna musim luruh yang menyegarkan. Ditambah pula dengan jurufoto yang hebat akan mengemudi trip Rarecation akan membuatkan memori jadi lebih bernilai!
HARI PERTAMA
Kuala Lumpur - Islamabad
Penerbangan kita menuju ke Islamabad dan setibanya kita di Islamabad kita akan berehat dahulu di kota ini.
HARI KEDUA
Islamabad - Chillas
Perjalanan diteruskan. Hari ini adalah hari perjalanan yang panjang melalui karakoram highway, salah satu laluan paling cantik dan tinggi di dunia, jangkaan sekitar 8-9 jam perjalanan. Jangan risau perjalanan secara santai dan sepanjang perjalanan kita akan ditemani dengan gunung yang menyentuh awan di banjaran Himalaya. Sepanjang perjalanan juga kita akan berkongsikan sejarah dan kisah menarik karakoram highway dan sungai indus. Kita juga boleh melihat perlahan lahan apabila perjalanan kita semaking tinggi, landskap dan budaya mereka semakin unik dan berbeza berbanding yang kita lihat di islamabad
HARI KETIGA
Chillas - Skardu
Dari Chillas, kita meneruskan pengembaraan ke Skardu. Perjalanan yang menarik menanti kerana kita akan ditemani oleh “gunung pembunuh” iaitu Nanga Parbat yang terletak di banjaran Himalaya. Digelar “gunung pembunuh” kerana kesukaran untuk ke puncaknya, menjadi antara salah satu gunung yang banyak meragut nyawa bagi sesiapa yang ingin menawannya. Kita akan melihat di mana 3 banjaran ajaib dunia bertemu : banjaran Himalaya, Hindu Kush dan Karakoram. Kita akan berhenti makan tengah hari di sebelah jeram yang terbentuk daripada cairan glasier. Jika perjalanan lancar kita dijangka tiba di Skardu lewat petang.
HARI KEEMPAT
Cold Desert - Shigar
Padang pasir sejuk berlatarbelakangkan gunung bersalji, ini destinasi yang akan kita lawati di Skardu pada hari ini. Kalau kita nak merasa "adrenelin rush" atau jiwa cukup kuat kita boleh mencuba untuk menaiki jeep kelajuan tinggi merentasi padang pasir unik di atas pergunungan ini. Pastinya satu pengalaman yang sukar kita lupakan. Dari padang pasir kita ke kampung Shigar pula, sebuah kampung kecil yang terletak di lembah Skardu yang indah, kita pergi ke sini melihat lebih dekat budaya mereka dan beramah mesra dengan penduduk kampung di sini
HARI KELIMA
Skardu - Hunza
Seawal pagi kita sudah boleh melihat landskap pergunungan sudah bermula. Terpukau mata kita, dari landskap gunung kehijauan, ke kawasan gunung seumpama padang pasir sehingga bertemu dengan gunung bersalju. Perjalanan jauh tetapi ada banyak lokasi perhentian yang cantik untuk kita ambil foto yang memukau. Pasti kawan-kawan di Malaysia menangis di bucu katil melihat gambar kita.
Malam ini kita akan menginap di Karimabad Hunza.
HARI KEENAM
Hunza - Khunjerab Pass - Passu
Kita akan menuju ke sempadan negara yang tertinggi di dunia iaitu di antara China dan Pakistan. Ada rezeki boleh main salji. Dah sampai atas memang sejuk. Kapten akan pastikan masing-masing bersedia hadapi situasi tersebut. Seperkara yang menarik lagi kita boleh cuba mengeluarkan duit di ATM machine tertingi di Dunia!
HARI KETUJUH
Passu - Shimshal
Pengembaraan kali ini lebih mencabar, kita akan menuju ke kampung tertinggi dan terakhir di Pakistan. Pengembaraan kali ini menggunakan 4x4 melalui cerun yang merbahaya namun jangan risau kerana pemandunya ialah seorang professional. Bukan semua orang boleh memandu melalui jalan ini. Perjalanan sekitar 3 jam bergantung kepada perhentian kita. Sampai di perkampungan tersebut kita akan melawat perumahan tempatan dan bagaimana kehidupan mereka di hujung desa.
HARI KELAPAN
Shimshal - Hunza
Perjalanan pulang semula ke Hunza Valley. Kebiasannya dalam perjalanan dapat diperhatikan keakraban penduduk sekitar. Jangan terkejut jika dijemput masuk rumah siap dijamu makan dan minum. Ada rezeki kita boleh lihat bagaimana pendidikan di sekolah berlangsung. Penduduknya sangat ramah sudah pasti buat hati ini rindu ingin kembali ke sana.
HARI KESEMBILAN
Hunza
Sekembalinya kita di Hunza, antara aktiviti explorasi kita adalah melawat Altit & Baltit Fort, sebuah istana lama yang dalamnya sarat dengan sejarah. Jika berkesempatan, kita juga boleh melawat Golden Nest yang terletak berhampiran Baltit Fort. Tidak dilupakan kebanyakan rakyat Malaysia akan bawa cenderahati untuk diberikan pada anak-anak di perkampungan yang rare. Kalau nak bawa hadiah untuk anak-anak syurga ini disarankan bawa kelengkapan pembelajaran seperti alat tulis.
HARI KESEPULUH
Hunza - Gupis
Perjalanan ke Gupis sekitar 10 Jam. Jangan risau, Kapten akan pastikan perjalanan tidak terlalu stress kerana dengan perkongsian gambar-gambar yang menarik serta perhentian di spot yang rare sudah pasti menjadi keutamaan. Standby gaya travel masing-masing mana tahu nak print dan sangkut di dinding rumah nanti.
HARI KESEBELAS
Phander, Gupis
Menariknya di Pander Valley ni, kita melawat sungai berwarna hijau yang sangat jernih sedalam 15 kaki dan kita masih boleh melihat sehingga ke dasar dan ikan trout berlegar legar mencari makanan.
Jangan terkejut jika kita di jemput untuk makan tengah hari di rumah orang kampung di sini. Mereka memang ramah dan suka menerima tetamu.
HARI KEDUA BELAS
Gupis - Chillas
Perjalanan di teruskan, perlahan lahan kita menuju ke lembah yang semakin rendah. Sepanjang perjalanan jangan tidur. Kerana keindahan landskap di sini yang tersangat cantik. Rugi kalau kita tak amati dan menghargai keindahan alam yang terbentang luas depan mata.
HARI KETIGA BELAS
Chillas - Islamabad
Perjalan pulang ke Islamabad santai-santai sahaja. Mood untuk pulang ke Tanah Air sudah mula dirasai.
HARI KEEMPAT BELAS
Islamabad
City Tour di Islamabad. Bagi yang nak membeli belah untuk sanak saudara di Malaysia kita beri peluang kali ini. Suasana sedikit berbeza kerana jauh dari perkampungan namun tetap ada memori yang boleh disimpan rapi.
Selepas senja kita akan standby di Airport untuk penerbangan balik ke tanah air.
HARI KELIMA BELAS
Kuala Lumpur
Selamat Tiba di Tanah Air.