Masjid Yang Kini Separa Kuil Sinagog Yahudi
Share
Masjid Ibrahim di Hebron terkenal sebagai kawasan suci orang Islam kerana menempatkan makam Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Siti Sarah dan Isteri Nabi Ishak, Rifqah.
Selepas 1967, kota Hebron jatuh ke tangan Yahudi apabila kalah liga Arab menentang Yahudi dalam 6-Day War. Kota yang dahulunya meriah dan makmur, gamat dengan perniagaan kini menjadi kosong di kawasan Jalan Shuhada dan sekitar zon ketenteraan Hebron. Kereta juga diharamkan jadi penduduk di situ hanya berkeldai atau berjalan kaki.
Dapatkan merchandise RARETV di sini.
Masjid ini dibina oleh King Herodes dan kemudian menjadi gereja dan menjadi masjid semula semasa penaklukan Umar Al-Khattab. Kini masjid ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu masjid dan kuil sinagog Yahudi. Setiap hari Sabtu, tiada azan dilaungkan di Masjid Ibrahim untuk menghormati dan bertoleransi kedamaian antara Yahudi dan Muslim.
Di pintu masuk masjid ini tempat bersemadian Sarah, isteri Nabi Ibrahim A.S. Ruang solat di masjid dipanggil ruang Al-Ishaqqiyah dimana di dalamnya terdapat mimbar Salahuddin Al-Ayubi, makam Nabi Ishak A.S dan isterinya Sayyidah Rifqa. Makam Nabi Ibrahim A.S terletak bersebelahan partition yang memisahkan antara Sinagog Yahudi, dimana terletaknya makam Nabi Yaacob atau lebih dikenali sebagai Israel oleh penduduk situ.
Saksikan video ini untuk melihat dalam Masjid Ibrahim dan mengetahui sejarah lipatan berdarah yang berlaku di sana.
Jika anda ingin menjejakkan kaki ke tempat Rasullulah S.A.W di angkat ke langit dan melawat Masjid Ibrahim ini, kami akan ke sana pada Oktober ini. Jika berminat boleh lihat di sini untuk itinerary penuh. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.
Dapatkan car freshener limited edition RARETV x Keef & Nish di Shopee.