Lod, Kota Dajjal Akan Dibunuh
Share
Dalam periwayatan Islam, Lod akan menjadi lokasi Dajjal dibunuh. Menurut HR Muslim, Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah dan Hakim,
“Tidak ada satu orang kafir pun yang masih hidup. Semuanya terbunuh. Lalu Isa berhasil menyusul Dajjal di Pintu Lod dan membunuhnya. Lalu beberapa kaum Muslimin yang diselamatkan Allah ke hadapan Isa bin Mariam. Ia mengudap wajah mereka dan memberitahukan kepada mereka tentang kedudukan mereka di syurga.’
Dalam hadis di atas mengungkapkan bahawa Dajjal akan dikalahkan Nabi Isa AS di Pintu Lod. Di manakah letaknya?
Tonton video di bawah ini untuk melihat kami di kota Lod.
Dapatkan car freshener limited edition RARETV x Keef & Nish di Shopee.
Lod atau pun Lydda terletak 15km dari Tel Aviv, Israel, sebuah kota kecil yang dahulunya didiami oleh orang Arab Palestin. Dikenali sebagai Al-Ludd dalam Bahasa Arab, Lod menjadi penempatan bangsa Arab dengan populasi sekitar 20 ribu penduduk pada 1948. Sebanyak 18,500 orang adalah beragama Muslim dan selebihnya merupakan penganut Kristian. Sebelum itu pada 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membahagi Palestin kepada dua bangsa: Yahudi dan Arab. Keberadaan Lod sendiri akan diberikan pada bangsa Yahudi dan orang Arab diminta agar ikhlas melepaskan kota tersebut.
Walaubagaimanapun, orang Arab menolak usulan PBB tersebut dan membuat Israel yang disokong negara-negara Barat meradang. Kemudian, negara Zionis itu segera melancarkan tindakan ketenteraan selepas mengisytiharkan kemerdekaannya pada 14 Mei 1948. Mereka menyerang penduduk dan merampas beberapa kawasan Arab di luar kawasan yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Lydda. Akibatnya, kota yang dahulunya didiami oleh umat Islam Arab itu terpaksa dihalau oleh pihak berkuasa tentera Israel yang berkuasa ketika itu.
Selepas trajedi pengusiran orang Arab Palestin besar-besaran pada 1948, penduduk Arab Islam berpindah dari Lydda (Lod) dan Ramle apabila ditakluki tentera Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Lydda Death March. Seramai 50,000 orang berpindah dan meninggalkan sekitar 1,000 orang Arab Islam yang masih bertahan di kota itu. Kini mereka membentukkan 30% populasi di Lod. Selebih 70% itu adalah dari bangsa Yahudi Morocco, Tunisia, Ethiopia dan Kesatuan Soviet.
Jika anda ingin menjejakkan kaki ke Baitulmaqdis, kami akan ke sana pada Oktober ini. Jika berminat boleh lihat di sini untuk itinerary penuh. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.
Dapatkan merchandise RARETV di sini. Seluruh keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).