Kenapa Baitulmaqdis Tempat Paling Bersejarah Kita Kena Pergi?

Kenapa Baitulmaqdis Tempat Paling Bersejarah Kita Kena Pergi?

Bagi umat Islam, Baitulmaqdis merupakan tempat bersejarah yang menjadi titik terpenting di dalam peristiwa besar yang berlaku ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa ini sungguh penting sehingga Allah s.w.t. merakamkannya di dalam surah al-Israa ayat 1 melalui firman-Nya yang bermaksud: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang diberkati persekitarannya.

Selain itu, ia juga merupakan tempat ketiga yang perlu diberi keutamaan selepas Mekah dan Madinah, berdasarkan kepada hadis Nabi saw. yang bermaksud:

Jangan kamu bersungguh-sungguh untuk melakukan perjalanan (rihal) kecuali kepada tiga Masjid, Masjidil Haram, Masjidku (Masjid al-Nabawi) dan Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis). (Hadis Sahih daripada Bukhari, Muslim, Ibn Hanbal).

Baitulmaqdis dalam istilah bahasa Inggeris dikenali sebagai Islamic Jerusalem. Menurut Profesor Abd. al-Fattah El-Awaisi, perkataan Islamic Jerusalem lebih sesuai daripada perkataan Jerusalem untuk Baitulmaqdis. Beliau yang juga Pengetua dan Naib Cancelor, Al-Maktoum Institute for Arabic and Islamic Studies, University of Abertay Dundee, United Kingdom (UK), menerangkan bahawa perkataan Jerusalem hanya merujuk kepada sempadan kota lama (old city) atau kota berdinding (walled city). Manakala perkataan Islamic Jerusalem merujuk terus kepada sempadan Baitulmaqdis yang lebih luas, seperti mana yang digambarkan oleh al-Maqdisi di dalam kitabnya Ahsan al-Taqasim fi Ma'rifah al-Aqalim.

PERJUANGAN ZIONIS UNTUK MENEBUS JERUSALEM

Usaha yang dilakukan oleh kaum Yahudi sebenarnya didalangi oleh gerakan Zionis. Gerakan Zionis muncul pada penghujung abad ke-19 Masihi. Ia diasaskan oleh Theodor Hezl, yang bermatlamat untuk mewujudkan sebuah negara bagi kaum Yahudi yang kebanyakan mereka ditindas di negara-negara Eropah, lebih-lebih lagi di Jerman. Di Jerman, mereka ditindas kerana Adolf Hitler menganggap mereka tidak taat kepada negara.

Matlamat gerakan Zionis ini bertentangan dengan fahaman golongan ahli agama Yahudi, yang mana mereka melihat bahawa Palestin itu hanyalah sebagai tempat untuk melakukan ibadah. Secara nyata, ahli agama Yahudi hanya menyatakan bahawa mereka mempunyai hubungan dari sudut spiritual dan menolak gerakan politik Zionis untuk mewujudkan sebuah negara bagi Yahudi di Palestin.

Rancangan gerakan Zionis ialah untuk menguasai kota lama Jerusalem sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menakluk Palestin. Dalam persidangan pertama Zionis di Basle pada tahun 1897, Hezl tanpa malu menyebut:

"Sekiranya suatu hari kita mesti menguasai Jerusalem dan saya masih hidup serta mampu melakukan apa sahaja pada waktu itu, saya akan memusnahkan segala apa yang tidak ada kaitan dengan kesucian agama Yahudi."(K. Qasimiyah, Qadiyat al-Quds, Beirut: 1979, hlm. 12).

Gerakan Zionis ini telah mendapat sokongan secara tidak langsung oleh British. British telah mengeluarkan satu deklarasi yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour. Deklarasi ini yang diumumkan pada 2 November 1917 jelas mencatatkan bahawa British merestui dan akan 'membantu' menjadikan Palestin sebagai tanah air bagi kaum Yahudi.

Dalam erti kata lain, British akan berusaha untuk memenuhi tuntutan gerakan Zionis untuk mewujudkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi di Palestin.

Dapatkan pewangi kereta dari RareTV x Keef & Nish Limited Edition. Hanya RM10 sahaja dan boleh dibeli di Shopee Keef & Nish

SIR HENRY GURNEY ENGINEER MERUNTUHKAN PALESTINE

Watak penting ini telah berjaya menjadikan impian Israel satu kenyataan malah setelah selesai urusan Henry Gurney di Israel, beliau terus berangkat pindah ke Nusantara. Spesifiknya di Tanah Melayu sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di sini.

Pentingnya kita memahami sekarang bahawa jurutera yang sama meruntuhkan negara Palestine telah menjejakkan kakinya di bumi Nusantara untuk memulakan misi dominasi kuasa ke atas Tanah Melayu.

Walaupun Henry Gurney dibunuh pada 1951, program dokrtinisasi umat Islam dan masyarakat majmuk di Malaysia terus berlangsung hingga sekarang. Sebagaimana apa yang berlaku pada bumi Palestine sehingga hari ini, sejarahnya juga berlaku dengan corak yang sama di bumi Malaya.

Pattern pembentukan negara dan penguasaan negara kita telah dirancang semenjak tahun 1885 lagi dan sebenarnya sejarah telah membuktikan bermula tahun 1511, Islam di Nusantara telah pun dipantau rapat oleh musuh Islam demi memastikan rumpun Kepulauan Melayu Melaka ini dipecah dan diperintah dengan cara yang sama.

Dari sebesar-besar wilayah Kesulatanan Melayu Melaka, akhirnya hanya menjadi sebuah negeri tanpa 'sultan'. Mereka berjaya membunuh kekuasaan Islam dengan satu misi yang sangat berstrategi.

Pentingnya untuk kita memahami sejarah supaya kita dapat hubungkan semula semua kisah-kisah dunia ini menjadi satu skrip yang telah dirancang. Plan yang ditulis, dirangka oleh tangan-tangan ghaib yang mahu melihat kita hidup di dalam kesesatan dari peringkat individu, keluarga, komuniti hinggalah kepada sebuah negara.

BANGUNLAH UNTUK MEMAHAMI SUSUR GALUR SEJARAH AGAMA DAN BANGSA

Sejarah wajib digali dan dikaji. Kitalah penulis sejarah kita bukan mereka yang telah menang lalu dengan bangga menulis 'HISTORY' untuk kita baca dan belajar dari buku teks sekolah yang disukat-sukat pelajarannya.

Kita kena pergi sendiri, lihat dan tengok kesan yang tinggal. Kerana yang mati syahid, gugur di medan perang dan terbunuh itu adalah saudara-saudara kita yang berkorban untuk memastikan Islam yang kita anuti hari ini sampai kepada kita.

Jika ke Masjid Nabawi, kita berpeluang bertemu Rasulullah saw dan melihat kesan sujud baginda meninggalkan Kota Mekah dan Madinah untuk kita kunjungi dan lawati, kali ini kita lengkapkan perjalanan mencari sirah dan sejarah agama terus ke Baitulmaqdis.

Memahami corak jatuh bangun Islam, dari hari pertama Rasulullah mendapat IQRA sehingga berdirinya Kota Madinah yang pertama bagi umat Islam untuk kita jadikan satu sampel pembangunan sebuah negara.

Lalu Islam melalui pelbagai fasa fitnah dari selepas kewafatan Rasulullah dari tahun 632 Masihi sehinggalah zaman penuh fitnah dan cabaran 2018 kini. Adakah kita masih mahu duduk, menonton tv dan berita sahaja tanpa perlu rasa untuk bangkit melihat dunia dengan kaca mata sendiri?

 Jika berminat dengan merchandise RareTV -- kami ada jual di sini.  Ada mug, t-shirt, hoodies, mask pun ada. Seluruh keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

PALESTINE BUMI ANBIYAK YANG MENJADI WASIAT KEPADA PARA PEWARIS NABI

Kita adalah pewaris Nabi, yang 'alim' dengan pelbagai ilmu. Ketika ini kita perlu bersatu, mencari solusi dan mengkaji formula Kitab Allah dan Sunnah perjuangan Nabi saw untuk kita bangunkan semula akhlak manusia.

Misi ke Palestine, satu perjalanan suci untuk membuka minda dan hati kita. Pendengaran, penglihatan dan hati menjadi satu misi dakwah untuk melihat Baitulmaqdis dari sudut pandang yang lain. Bukan lagi melalui cerita dari media dan musuh agama tetapi mengetahui kebenaran dari pengalaman.

Ia bakal menjadi pengalaman yang berbeza. Mampu mengubah diri dan persepsi kita. Satu jihad dan tarbiyah yang akan menguatkan aqidah kita sebagai seorang umat Islam.

Sebagai seorang muslim, kita yakin bahawa kemenangan Islam itu pasti, kerana itu janji Allah. Ianya akan tercapai apabila umat Islam melaksanakan syarat-syarat untuk memperoleh kemenangan tersebut, dan bukannya dengan hanya duduk melaungkan slogan-slogan kosong semata-mata.

Jadi, tepuk dada, tanya iman, apa usaha kita dalam membantu membangiktkan kembali keagunngan Islam di muka bumi kita?

 

Mutawif Rare, Shauqi Hasan

Bagi yang mahu mengikuti kami melakukan satu ekspolrasi jiwa di tanah suci Baitulmaqdis boleh sama-sama kita mengorak langkah di sana hujung tahun ini nanti. Kami akan ke sana pada Oktober ini. Jika berminat boleh lihat di sini untuk itinerary penuh. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini. 

Bersama kita gali dan fahami bagaimana dunia telah dirancang untuk dikuasai oleh Zionis. Inilah pengembaraan dan perjalanan penuh ilmiah untuk kita mendalami sejarah dan sirah, membedah al-quran dan sunnah untuk dijadikan panduan, memahami dunia akhir zaman melalui petunjuk Allah.

Back to blog

Featured collection

1 of 4