Kota Jerusalem ialah kota yang menempatkan 3 tanah suci untuk 3 agama utama dia seluruh dunia iaitu Masjid Al-Aqsa, Wailing Wall dan Church of Holy Sepulchre.
Church of Holy Sepulchre atau Gereja Al-Qiyamaah ialah tanah suci bagi penganut agama Kristian kerana di situ merupakan tempat yang dipercayai Jesus disalib. Kunci pintu gereja ini dipegang oleh sebuah keluarga Islam selama 1000 tahun, semenjak zaman Salahudin Al Ayubi. Ini menjadi tanda diplomatik di antara agama Islam dan Kristian.
Saksikan misi kami mencari pemegang kunci pintu gereja Hol Sepulchre selama 3 hari!
Gereja Holy Sepulchre, juga dipanggil Church of Resurrection, gereja yang dibina di atas tapak tradisional Penyaliban dan pengebumian Jesus. Menurut Bible (Yohanes 19:41–42), makamnya berdekatan dengan tempat Penyaliban, dan oleh itu gereja telah dirancang untuk melampirkan tapak kedua-dua salib dan kubur.
Di dalam gereja ini terletaknya Bukit Golgotha atau Cavalry di mana ia dipercayai tempat Jesus disalib. Dulu kawasan ini terbuka tetapi sekarang sudah berbumbung di dalam Holy Sepulchre. Mengikut penceritaan Islam, kepercayaannya bukan Nabi Isa as yang disalib tetapi lelaki yang menyerupainya (An-Nisaa, Ayat 157). Di sini anda dapat melihat penganut Kristian di seluruh dunia memberi penghormatan kepada Jesus. Menerusi tempat keluar Golgotha, sebuah tangga ke bawah terletaknya Stone of Anointing, yang merupakan satu lagi tempat suci bagi penganut Kristian. Kawasan ini dipercayai sebagai tempat jenazah Jesus diuruskan.
Dapatkan merchandise RARETV di sini.
Ketika itu, kawasan Golgotha ialah sebuah bukit dan jenazah dipercayai dimakamkan didalam sebuah gua. Kini kawasan pemakaman Jesus itu terletak dibawah kubah utama Holy Sepulchre dan tempat persemadian Jesus iaitu dikenali sebagai Holy Rock. Binaan ini dikenali sebagai Aedicule.
Dapatkan car freshener limited edition RARETV x Keef & Nish di Shopee. RM10 je dan tahan lama!
Penjaga utama gereja ini ialah Roman Katolik, Ortodoks Yunani dan Apostolik Armenia. Ortodoks Yunani bertindak melalui Patriarkat Ortodoks Yunani serta melalui Persaudaraan Makam Suci. Penganut Roman Katolik bertindak melalui Penjagaan Franciscan di Tanah Suci. Pada abad ke-19, Ortodoks Koptik, Ortodoks Ethiopia dan Ortodoks Syria juga memperoleh tanggungjawab yang lebih rendah, termasuk tempat suci dan struktur lain di dalam dan sekitar bangunan.
Tiada satu pun daripada ini mengawal pintu masuk utama. Pada tahun 1192, Salahudin menugaskan tanggungjawab menjaga pintu kepada keluarga Nusaybah Muslim. Keluarga Joudeh Al-Goudia telah diamanahkan sebagai penjaga kepada kunci Holy Sepulchre oleh Salahudin pada tahun 1187. Salahudin mahu memastikan gereja itu tidak diancam oleh saudara seislamnya, sesuatu yang berlaku pada tahun 1009 apabila khalifah Fatimiyah al-Hakim mengarahkan beberapa gereja di Tanah Suci dibakar, termasuk Holy Sepulchre. Dan hingga ke hari ini kunci masuk ke gereja ini masih dipegang oleh keluarga Islam tersebut.
Walaupun berlainan agama, penduduk disana hidup dalam kedamaian atas toleransi dan hormat kepada kepercayaan masing masing, Jika anda ingin tahu suasana di Jerusalem, boleh ikut kami ke sana bulan Oktober ini. Itinerary penuh boleh didapatkan di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.