4 Masjid Di Dalam Al-Aqsa

4 Masjid Di Dalam Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa merupakan tanah suci orang Islam yang ketiga selepas Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah. Masjid Al-Aqsa bukan sebuah masjid tetapi sebuah kawasan besar yang terdapat beberapa masjid di dalamnya. Antara 4 masjid itu ialah Masjid Qibli, Masjid Buraq, Masjid Dome of The Rock dan Masjid al- Marwani.

Di dalam Al-Quran, Masjid Al-Aqsa bermaksud masjid yang jauh. Ia menjadi mercu tanda Islam setelah Nabi Muhammad SAW berjalan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa pada satu malam. Baginda solat disini sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

 Boleh dapatkan merchandise RareTV di sini. Seluruh keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

  1. Masjid Buraq

Mosques and Musallas – Aqsapedia

Masjid in dinamakan Masjid Buraq kerana di dalamnya terdapat satu gelang besi terpasak di dinding yang dikatakan itulah tempat Buraq yang membawa Nabi Muhammad SAW di perjalanan Mikraj ditambat. Masjid al-Buraq ialah peti besi tong bawah tanah yang dibina bersebelahan dengan Tembok al-Buraq (Western Wall).

  1. Masjid Qibli

Masjid Qibli ialah masjid utama di Al-Aqsa. Masjid ini telah menyaksikan pelbagai petempuran darah antara rakyat Israel dan rakyat Palestin. Indahnya Masjid Qibli ini kerana ia telah mengalami campuran pelbagai aliran seni bina sepanjang zaman. Masjid ini terletak di sebelah selatan masjid Al-Aqsa, tepatnya di arah kiblat, sebab itu ia dinamakan Al-Qibli. Masjid yang mempunyai kubah kelabu kehitaman ini diasaskan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari Bani Umayyah dan disempurnakan pada zaman anaknya Al-Walid bin Abdul Malik antara tahun 86-96 H/705-714 M.

  1. Masjid Dome of The Rock

Ia pada mulanya siap pada 691 CE atas perintah Khalifah Umayyah Abd al-Malik semasa Fitna Kedua di tapak Second Jewish Temple, dimusnahkan semasa Pengepungan Rom ke atas Baitulmaqdis pada 70 CE. Modifikasi di masjid ini berlaku lagi pada empayar Uthamniyyah dan antara yang ketara ialah perletakan salutan emas tulen di kubah Dome of the Rock. Di dalamya terletak batu tergantung yang diriwayatkan hendak mengikut Nabi Muhammad SAW dimikraj ke Sidratul Muntaha. Saksikan video di bawah untuk lihat sama ada betul atau tidak batu itu terapung.

  1. Masjid Al-Marwani

MUSHALA AL-MARWANI - International Aqsa Institute

Masjid Al-Marwani atau dikenali sebgai Musollah Marwani ini terletak dibawah dataran Al-Aqsa. Ruang seluas 600 meter persegi ini merupakan Stables of Solomon. Struktur asalnya dikatakan telah dibina oleh King Herod pada tahun ke-37 sebelum masihi sebagai sebahagian daripada pembesaran Temple Mount. Ruang bawah tanah ini disokong oleh 88 tiang besar dengan binaan gerbang yang utuh dan merupakan tempat penyimpanan kuda perang pada era Crusaders. Pada 1956, badan wakaf Jerusalem mendapat kebenaran untuk menggunakan ruang ini dijadikan ruang solat tambahan jika Masjid Qibli mengalami limpahan jemaah ketika hari hujan. Di dalam masjid ini juga terletaknya Mihrab Maryam, tempat kelahiran Nabi Isa as mengikut ajaran Islam. Selain itu, terdapat sebuah perpustakaan besar yang menempatkan lebih daripada 4000 manuskrip Islam sepanjang zaman.

Dapatkan pewangi kereta dari RareTV x Keef & Nish Limited Edition. Hanya RM10 sahaja dan boleh dibeli di Shopee.

Ternyata kota lama Jerusalem ini menyimpan sejarah nabi-nabi sehingga ke Nabi Muhammad SAW. Pesanan dari Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri “Datannglah ke Al-Aqsa sekalipun perjalanan kita disukari kerana ini adalah tanah air kita sebagai orang Islam.” 

Bagi yang mahu mengikuti kami melakukan satu ekspolrasi jiwa di tanah suci Baitulmaqdis boleh sama-sama kita mengorak langkah di sana hujung tahun ini nanti. Kami akan ke sana pada Oktober ini. Jika berminat boleh lihat di sini untuk itinerary penuh. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini. 

Back to blog

Featured collection

1 of 4