10 Tips Bila Travel Ke Turki

10 Tips Bila Travel Ke Turki

Nak ke Turki perlu tahu pantang larang, do & dont dulu ya. Orang kata, belajar adab dan peraturan negara orang. Nak seronok pun, berpada-pada. 

Jom kami kongsikan 10 tips apabila travel ke Turki.

1.

Jangan mengejek atau mengkritik apa-apapun tentang Ataturk kerana ikon ini ialah ikon negarawan mereka sepertimana Tunku Abdul Rahman. Juga tidak boleh mengejek dan mengkritik mahupun memain-mainkan bendera mereka, tentera dan kerajaan sekarang ini kerana itu bertentangan dengan undang-undang. Anda boleh didakwa dan rakan sebilik anda akan dapat single room selepas itu.

 2.

Orang Turkey sangat kasar. Bergantung kepada mereka melayani kita. Jika mereka dah layan kasar, kita juga kena bargain secara kasar (dan mereka ok sebenarnya). Kalau dia bargain secara baik, maka baiklah kita bargain. Yang pantang bila dia rendahkan suara, kita pula yang tinggikan suara.

 3.

Orang Turkey banyak "tukang sembelih". Hati-hati dengan kedai makan ataupun kedai yang tidak meletak tanda harga. Kerana mereka akan sembelih kebanyakan tourist yang datang. Masuk restoran pun kalau ada tanda harga pada menu tapi pada minuman tiada tandaharga, maka tanyalah dahulu harga minuman itu kerana harga minuman boleh jadi lebih mahal dari steak yang dimakan. Tapi masa tu dah tak boleh nak argue kerana kita dah minum.

 4.

Banyak kedai-kedai guna dan terima USD tapi berurusniagalah dalam Lira. Kalau mereka bagi dalam USD, tanyakan dalam Lira. Lepas tu bila kita kira biasanya kita akan untung lebih banyak bayar pakai Lira.

 5.

Kalau OK jangan buat jari macam ini 👌🏻 : kerana ini bermaksud yang tak elok dalam budaya orang Turkey.

 6.

Orang Turkey peramah, kena selalu menyapa nanti baru nampak mereka peramah. Kalau tak, dia macam sombong jer perasan lawa. Yang bujang boleh cari calon di sana kerana memang taste orang sana memang kulit hangus-hangus macam kita. Mereka lagi teruja tengok kulit jawa dan hidung terpesek dari yang mancung dan putih melepak.

 7.

Turkey is not Britishlike but Americanlike in term of tipping. Some good services in the restaurant expecting tipping. Not much, seperti rate GST Malaysia untuk panduan. Kalau makan kena 50 lira, bagi jer lah 4-5 lira sebagai tips. Tapi kalau mereka langsi sangat...tak payahlah bagi.

 8.

Jangan ambil gambar orang-orang tua terutamanya tanpa izin. Sebahagian tak marah tapi sebahagian akan marah kerana kepercayaan kuno mereka kamera ini macam ada evil eyes yang saya sendiri tak faham kenapa nak marah. Kalau nak ambil juga, ambil lah curi-curi tapi jangan sampai dia tahu, baru dia tak marah.

 9.

Belajar sikit bahasa TUrkey asas seperti ‘tesekkür ederim’ bermaksud TERIMA KASIH boleh buat mereka happy. Macam Mat Saleh cakap Melayu dengan kita walaupun sepatah dua sahaja tapi kita excited sangat pasal Mat Saleh boleh cakap melayu. Samalah mereka pun excited bila kita boleh cakap Turks. Silap-silap dia boleh ambil jadi menantu

 10.

RUGI TRAVEL KE TURKI TAK BAWA JURUFOTO

Sebab dari landing airport sampai balik aiport semula semua tempatnya cantik cantik


Kalau pergi trip biasa cuma mampu selfie jer, tapi dengan Rarecation kita dapat FOTO TRAVEL YANG PROFESSIONAL, Che Ta pun jeles tengok gambar travel kita tau

Tak macam pakej biasa, Rarecation pagi pagi kita mula dengan solat subuh di Masjid bersejarah Sultanahmet yang hanya sepelaungan sahaja dari penginapan. Tapi jika stay jauh dari masjid tu, kita boleh pergi masjid lain pun tak mengapa kerana banyak masjid di Turkey ni rupanya sama macam masjid Sultanahmet.

BAHAYA TRAVEL DENGAN PROFESSIONAL PHOTOGRAPHER sampaikan yang dah lama kahwin pun boleh buat gambar couple ala-ala pengantin. Bila balik dari trip, seorang2 nak buat frame gambar besar-besar tampal di dinding. Ada yang dulu menikah pun cuma ada gambar kedai gambar sahaja tiba-tiba di sini jadi pengantin baru balik.

Yang asal mula sampai airport semua macam muka North Korean tapi lepas solat Subuh tu semua bertukar jadi macam yang kita boleh tengok dalam gambar ni.

Sebab itu Rarecation punya syarat untuk jadi kapten trip WAJIB PANDAI AMBIL GAMBAR. Yang tak pernah ambil gambar family, couple sebelum ni kalau nak hire photographer sahaja dah sampai RM3-4k lagi-lagi kalau nak bawa sampai ke Turkey, mahu sampai RM10k nak bayar photographer tak masuk nak kena bayar tambang lagi

Ini kita travel dengan kapten Rarecation yang memang photographer...memang hasilnya sesangat cantik sampai ramai yang jeles dengan trip rarecation

Malas nak cerita lebih panjang. Patutnya tengok gambar jer boleh DAPAT FEEL TERUS.

JOIN JOM TRIP KE TURKEY MUSIM SEJUK INI BAWA ANAK-ANAK DAN ISTERI SEMUA.

WHATSAP SEGERA : 016 626 1801

Keterangan lanjut, klik di link ini: https://www.rarecation.com/products/turki-musim-sejuk

 

  • SWITZERLAND

    Regular price RM13,900.00
    Regular price Sale price RM13,900.00
    SWITZERLAND
  • TURKI MUSIM SEJUK

    Regular price RM6,980.00
    Regular price Sale price RM6,980.00
    TURKI MUSIM SEJUK
  • PAKEJ UMRAH

    Regular price From RM7,740.00
    Regular price Sale price From RM7,740.00
    PAKEJ UMRAH
  • SOUTH ICELAND ADVENTURES

    Regular price RM16,600.00
    Regular price Sale price RM16,600.00
    SOUTH ICELAND ADVENTURES
1 of 4