Skip to product information
1 of 13

TURKI MUSIM SEJUK

Regular price RM6,980.00
Regular price Sale price RM6,980.00


10 - 21 Dec 2022
12 - 23 Dec 2022

2023 [Pendaftaran sudah dibuka]
05 - 16 Dec 2023

Pengembaraan kita di Turki selama 12 Hari 10 Malam bukanlah hanya untuk bercuti sahaja malahan kita akan sama-sama melihat kehebatan Islam satu ketika dahulu di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah menakluk Constantinople pada usia 21 Tahun. Constantinople ditukar namanya menjadi Istanbul pada 1930 merupakan lambang kemegahan dan kehebatan pemerintahan Islam satu ketika dulu.



Pengembaraan kita akan jadi lebih menarik kerana kita akan ke salah satu lokasi yang hanya Rakyat Malaysia daripada kembara Rarecation sahaja menjejak tempat tersebut yang merupakan tempat Sultan Al-Fateh dididik sewal usia 4 tahun. Amasya nama diberi. Keindahan lanskap cukup memukau tambahan dengan suasananya yang sangat tenang. Peserta yang pernah ke sini sudah pasti akan rindu dengan tempat ni.





HARI PERTAMA
Kuala Lumpur - Istanbul 

Kebiasannya perjalanan memakan masa selama 12 - 14 Jam termasuk waktu transit. Apa pun tertakluk kepada perubahan. Perjalanan mungkin akan menjadi lebih panjang sekiranya waktu transitnya lebih lama. Setelah tiba di Istanbul kita akan berehat dahulu kerana keesokannya harinya kita akan menaiki Domestik Flight untuk ke Cappadocia.



HARI KEDUA
Istanbul - Cappadocia

Penerbangan dari Istanbul ke Cappadocia akan memakan masa selama 1 jam. Cappadocia terkenal dengan keindahan landskap yang tak terfikir dek akal kerana perubahan bentuk muka bumi yang berlaku. Aktiviti yang popular di sini adalah menaiki ATV dan Hot Air Balloon. Aktiviti akan berlangsung sewaktu sunset dan sunrise yang menjanjikan view yang sangat spectacular!




 




HARI KETIGA
Cappadocia

Kita meneruskan kembara di Cappadocia dan akan melakukan sedikit pendakian ringan di Ortahisar dan Uchisar Citadel. Jangan risau, kita santai-santai sahaja. Mak Cik umur lebih 70 tahun pun dah sampai puncak. Kita layan view dekat atas ni ditemani fotografer professional yang akan merakam momen-momen indah anda.







HARI KEEMPAT
Cappadocia - Amasya

Kita akan menuju ke Amasya dengan menaiki bas. Jangan risau dalam masa 5 jam kita akan tiba di Amasya yang merupakan tempat kebanyakan pembesar Turki dididik untuk menjadi panglima Islam yang hebat sepertimana yang kita kenali iaitu Sultan Al-Fateh sendiri. Kita akan menikmati suasana yang sungguh nyaman di tengah-tengah kawasan pergunungan yang cantik di samping Yesirlemak River yang mendamaikan.



HARI KELIMA
Amasya

Kita akan melakukan pendakian yang ringan di Fyrgian Tombs melalui tangga yang disediakan. Kita layan panorama bandar Amasya dari atas bukit yang memang terbaik sambil minum Teh ataupun lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Chai. Pengalaman kami, Apple Chai salah satu variasi minuman yang paling digemari di sini. Hirup sambil layan view bandar Amasya, fuhh lain macam feel dia.




HARI KEENAM 
Amasya - Istanbul

Perjalanan seterusnya diteruskan menggunakan Domestik flight selama 1 jam untuk kembali semula ke Istanbul. Salah satu keistimewaan trip Turki bersama Rarecation adalah anda tak perlu spend masa yang lama di dalam bas. Jimat masa, kita akan sampai di Istanbul lebih awal dan melakukan aktiviti yang lebih naik tanpa penat.




HARI KETUJUH
Bursa Ulu Dag 

Bursa Ulu Dag merupakan lokasi yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Bab main salji memang sampai tak ingat dunia. Lagi-lagi kalau first time jumpa salji dia punya exited lain macam. Menariknya dengan rarecation kita galakkan pakai baju raya!! Kita akan menaiki bas untuk ke Bursa dan merentas laluan air menggunakan Feri. Jangan risau dalam feri ni lengkap dengan makanan dan minuman serta kita layan pula view perairan di Turki.






HARI KELAPAN
Istanbul 

Topkapi Palace, Haghia Sophia dan Rumeli Hisari merupakan lokasi yang bakal kita terokai hari ini. Paling menarik adalah kita akan rasai sendiri pengalaman menaiki Tramp dan bas di Istanbul. Kita akan travel seperti orang tempatan. Bila lagi kita nak dapat pengalaman macam ni kan? Jangan risau Kapten anda akan mengemudi perjalanan supaya anda tidak tersesat.




HARI KESEMBILAN
Spice Market dan Grand Bazaar

Rakyat Malaysia tak sah kalau tak sampai sini. Lokasi shopping nombor satu di Turki iaitu Spice Market dan Grand Bazaar. Kebiasaannya Spice Market lebih menjadi kegemaran atas faktor barangan di sini lebih murah. Kita bagi ruang untuk semua membeli belah untuk keluarga di tanah air. Bag mesti beranak punya bila samai sini.



HARI KESEPULUH 
Bhosphorus Cruise

Aktiviti kita pada hari ini adalah merentasi Selat Bhosphorus dengan menaiki kapal Cruise. Kapten akan tunjukkan antara lokasi-lokasi bersejarah yang menjadi ingatan dunia seperti kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh mengepalai tenteranya menarik kapal-kapal perang mendaki kawasan berbukit untuk melepasi rantai gergasi di Golden Horn. Tak nak explain banyak, nak tahu kita ikut trip ni sebab banyak sejarah dan ilmu yang boleh sama-sama kita singkap dan renungkan.





HARI KESEBELAS
Penerbangan pulang ke Malaysia.

**Jumlah penyertaan: 40 orang satu kumpulan

Harga Pakej (SGD)

Dewasa: SGD 2,590 per pax
Kanak-kanak (2-11 tahun): SGD 2,515 per pax
Bayi (0-23 bulan): SGD 908 per pax

Harga Pakej Ground (SGD)

Dewasa: SGD 1,450 per pax
Kanak-kanak (2-11 tahun): SGD 1,420 per pax
Bayi (0-23 bulan): SGD 422 per pax

Harga Pakej Termasuk:

1. Tiket penerbangan
2. Pengangkutan 
3. Penginapan 
4. Makan halfboard 
5. Travel insurance 
6. PCR Test (balik ke Malaysia)
7. Percuma 1 kelas fotografi Saiful Nang Academy
8. Sweater exclusive Rarecation 

Harga Pakej Tidak Termasuk:

1. Aktiviti pilihan
2. Makan tengahari dan makan luar (sendiri) 
3. Perbelanjaan sendiri 
4. Tipping kepada local guide