Selesai Umrah, Apa Misi Kita?

Selesai Umrah, Apa Misi Kita?

Balik dari umrah, kita kena mula cari peluang untuk belajar agama. Sebab kita sedar kita bukan lagi di Tanah Haram. Di sana pun kebanyakan kita terlalu fokus pada ibadah sehingga lupa yang nak buatkan kita masuk ke syurga Allah adalah dengan ilmuNya (rahmat). Bukan semata-mata amal. Tapi melalui petunjuk Allah yang datang dari Kitab dan Sunnah.
.
Persekitaran kita di Tanah Air tak sepenuhnya membuatkan kita terdorong untuk istiqomah. Jadi, kita yang kena keluar untuk cari persekitaran yang boleh buatkan kita istiqomah. Istiqomah jauh lebih susah.
.
Sebab syaitan takkan menangis bila kita berhijrah. Tapi dia akan tukar strategi.
Antara strategi setan, dia buat kita rasa rendah diri dengan kemampuan diri untuk berubah. Untuk kekal istiqomah. Mula merasuk jiwa untuk kembali ikut perangai lama. Duduk dalam ‘syurga’ kita yang dulu penuh angan-angan dunia. Itu perangkap yang akan jadikan kita manusia yang sama. Takut untuk islah. Tak mahu jadi manusia yang kembali kepada Allah.
.
.
Bisikan syaitan itu adalah cetusan kemahuan nafsu kita. Syaitan yang kita salahkan itu adalah diri kita sendiri. Yang memakai topeng manusia, depan orang nampak wajah kita. Tapi dalam hati syaitan sebenar yang menguasi jiwa kita adalah hawa nafsu sendiri. Ini semua kerana impian peribadi.
.
Cita-cita dan kemahuan yang terlalu kuat pada dunia menyebabkan kita lalai, leka dan hilang pertimbangan. Kita sanggup gadaikan syurga Allah sebab kita nampak syurga dunia di depan mata.
.
Kita rasa kita dah pergi umrah, amal kita dah banyak. Allah dah terima. Lalu kita merasa kita lebih baik dari orang lain. Yang belum pergi umrah, kita banding diri sendiri dengan yang lain. Sejahat-jahat kita, baik lagi dari yang belum pergi umrah. Itulah syaitan yang dok bisik dalam otak kita. Sebenarnya itulah kita.
.
Antaranya kita mengutuk orang yang berhijrah setengah hati, kita pandang serong kat orang yang masih belum hijrah, kita merasa diri kita dah baik berbanding orang lain sehingga membuatkan kita berhenti dari menambah ilmu agama. Lalu kekal kita dalam kebodohan dan kejahilan.
.
Kerana kita membandingkan diri dengan manusia yang jahil. Bukan melihat mereka yang di atas (yang lebih baik) tetapi kita sentiasa menjadikan manusia lain (yang di bawah) untuk memandang rendah pada mereka.
.
Benarlah bagai dikata, hidayah itu sebenarnya dah sedia ada. Tinggal lagi kita nak ambik atau tak nak ambik saja.
.
Al-Quran tu dah ada sejak dulu, tapi kita saja yang jarang baca. Buku terjemahan Al-Quran dah ada sejak dulu, tapi kita yang tak mahu belajar maksud Al-Quran.
Kelas agama tu dah ada sejak dulu, tapi kita yang tak nak belajar agama.
.
Tudung labuh tu dah ada dijual sejak dulu, tapi perempuan yang taknak pakai. Baju longgar tu ada dijual kat mana-mana, tapi ramai yang pilih nak pakai baju ketat.
.
Solat malam tu dah diajar sejak sekolah, tapi ramai yang taknak buat. Kedai buku tu dah ada sejak dulu, tapi ramai yang pilih untuk tak nak beli buku agama.
.
Rancangan agama tu ada je kat TV, tapi ramai suka tengok drama swasta yang entah apa-apa.
.
.
Semua benda kat sekeliling kita adalah hidayah Allah. Allah dah bagi hidayah, tapi kita yang taknak ambik pelajaran dan peringatan. Lalu jadilah semuanya sia-sia. Benda dah depan mata tapi kita yang buta. Yang buta bukannya mata kita, tapi hati yang sudah duduk dalam gelap gelita.
.
Gais, look.
.
Bila berhijrah, jangan merasa dah cukup. Teruskan cari ilmu, fahamkan dan praktikkan. Kerana semakin banyak yang kita belajar, semakin kita akui bodohnya diri sebab rupanya banyak sangat benda yang kita baru tahu.
.
Syurga itu identical dengan ilmu sebagaimana ikan identical dengan air. Kalau kita berangan-angan untuk ke syurga, maka kena perhatikan bagaimana terikatnya hidup kita dengan ilmu (agama).
.
Kerana dengan ilmu kita menumpang untuk mendapatkan redha Allah. Dan sesiapa yang menjauhi ilmu (agama), samalah keadaannya seperti ikan yang dijauhkan dari air.
.
.
Kalaupun survive the first 5 minutes, tak mungkin dapat bertahan 5 minit berikutnya. Macam tu lah jugak dengan manusia. Kita perlu sentiasa berubah dan untuk berubah perlu memahami kenapa mesti berubah. Dan untuk memahaminya, kita mesti ada ilmu. Kalau takde ilmu, kita tak jumpa reason untuk berubah.
.
Dalam dunia bisnes, perlukan perubahan. Bisnes owner mesti alert, respond dan adapt pada perubahan, kalau tak, bisnes akan gulung tikar. Tengok saja macam Kodak and Nokia. Dulu nama yang cukup besar, tapi dek kerana tak respond pada perubahan, akhirnya tinggal nama.
.
Begitu juga dalam agama. Perubahan dalam agama identical dengan hijrah dan taubat. Siapa pun hidupnya stuck dengan dosa yang terhasil dari kebodohan diri sendiri, kalau dia tak respond pada perubahan sedangkan umur makin meningkat, dia akan rugi dan tak selamat.
.
Kerana taubat dan hijrah adalah sebahagian dari proses manusia belajar menjadi dewasa.
.
Azam 2023 ramai yang nak berubah. Cuba masukkan satu misi baru, nak tunaikan umrah bersama Rarecation tahun ni. Jom!
.
Salam Subuh,
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare
Back to blog

Featured collection

1 of 4