Delete Dosa, Install Kefahaman Agama
Share
Allah kata kau usaha, kau dapat.Tapi Dia juga kata, kau meminta, Aku memberi. Jadi, kalau kita dah usaha bermati-matian nak dapatkan sesuatu, spend hours, spend money, tapi apa yang kita nak tetap tak tercapai, pada saat itu kita kena belajar terima hakikat yang apa kita nak sebenarnya tak sesuai untuk kita.
Sebab tu masa berdoa kena mintak "Ya Allah, jika apa yang aku sedang usahakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah, jika ia buruk untukku dan agamaku, maka jauhkanlah, dan gantikanlah dengan yang lebih baik".
Kalau hari-hari doa macam ni, di saat kita tak dapat apa yang kita nak, kita akan rasa lebih tenang sebab kita yakin itu pilihan Allah untuk kita. Sebab tu apa yang kita usahakan, jangan lupa dengan kata-kata 'semoga' atau 'mudah-mudahan'.
'Semoga' dan 'mudah-mudahan' bukan saja buatkan kita rasa ada kebergantungan pada Allah, tapi menunjukkan kita faham prinsip akidah Islam - tempat kita sandarkan pengharapan kita. Dari sinilah datangnya tawakal dan pasrah.
Bila kita faham apa itu 'mudah-mudahan', akan buatkan kita jadi lebih bijak memahami takdir Allah, akan mudah nampak hikmah dari setiap kejadian dan tak carried away dengan putus asa.
Skrip hidup kita ni Allah dah karang ribuan tahun sebelum Dia ciptakan langit dan bumi. Skrip dah ready lama dah. Semua Dia dah siapkan. Dan Dia tak pernah zalim kat hambaNYA.
Orang kata kalau kita ada suami kat dunia, nanti yang tunggu kita kat pintu syurga adalah suami kita juga. Habis kalau yang tak berjodoh, siapa tunggu pulak? Rasulullah saw kata "Aku yang tunggu".
See? Allah tu adil. Skrip paling baik memang skrip Dia.Â
Gais,Â
Kalau kita nak jawapan apa pun, ada saja Allah bagi jawapan daripada KitabNya dan sunnah para Rasul yang menjadi tauladan untuk diikuti. Cuma tunggu kita semua buka dan baca saja segala maksud ayat Allah dengan penuh strategi.
Sebab itu kalau datang umrah ni, kena set kepala tu bukan semata untuk kita mengejar solat, berlumba siapa paling banyak umrah dan tawaf sunat. Pakat sibuk nak buat amal siapa paling banyak sedeqah.Â
Bukan begitu.Â
Umrah mengajak kita berfikir tentang sirah dan sunnah. Menjemput akal kita mengkaji sejarah dan hikmah. Kenapa kita lahir di dunia ini dengan membawa amanah agama. Kita tak sedar, dalam kita mengaku Islam, kita belum kenal iman.
Berapa ramai yang hadir ke Mekah dan Madinah, benar-benar memahami tujuan dia jejakkan kaki ke Baitullah? Singgah di rumah Rasulullah, adakah sekadar nak masuk Rawdah? Lalu mengharapkan syurga dari syafaat Rasul?
Berdoa itu satu pengharapan. Moga ada jalan Allah akan tunjukkan agar kita berusaha mencari petunjuk dan kaedah untuk mencapai segala impian, hajat dan keinginan.
Nak sampai ke Mekah bukan mudah. Ada banyak ujian yang berlapis-lapis Allah sediakan.
Menguji sikap dan akhlak setiap hamba yang dijemput menjadi tetamuNya. Yang kaya diuji cara kaya. Yang miskin diduga cara miskin. Masing-masing berusaha nak sucikan harta dan diri dengan menjadi tetamu Allah di musim umrah.
Tapi umrah bukan sekadar tempat nak cuci dosa. Sebaliknya ia ada satu lokasi yang sangat sesuai untuk install semula kefahaman dan misi agama. Agar kelalaian kita sebelum ini dapat diislahkan sebelum usia 40 tahun.
Semoga kita semua direzekikan untuk menjadi tetamu Allah dan Rasulullah satu hari nanti.
Just yakin yang setiap takdir Allah untuk kita selalu baik, tak kira apa pun bentuk takdir tu.
Takdir yang baik, confirm baik untuk kita.
Takdir yang nampak macam tak menguntungkan kita, sebenarnya ada kebaikan yang Allah 'paksakan' untuk kita terima. Ujian itu hadir dengan tujuan mendidik kita menuju kesempurnaan diri. Jangan putus asa dengan rahmat Allah apatah lagi buruk sangka.Â
Just yakin ketetapan Allah adalah yang terbaik.
Mari kita mengerjakan umrah dengan ilmu, sila hungbungi Puan Sabrina di +6010-2187273.
Salam Jumaat
.
.
Shauqi Hasan
Makkah.