Tujuan Sebenar Kita Ke Baitullah

Tujuan Sebenar Kita Ke Baitullah

Setan tu, kalau tak boleh jadikan kita jahat, dia akan jadikan kita malas.
.
Malas solat.
Malas baca Quran.
Malas kerja.
Malas tutup aurat.
Malas nak buat umrah.
 
Apa yang Abang boleh katakan, setiap manusia ada cerita masing-masing. Setiap manusia ada pengalaman hidup yang berbeza. Setiap orang yang baik ada masa silam yang buruk. Dan setiap orang yang buruk ada masa depan yang lebih baik.
.
Maka, jangan lihat seseorang dari masa lampaunya. Tapi lihatlah seseorang dari masa sekarangnya dan macam mana dia berjuang untuk berubah menjadi lebih baik lagi. Boleh jadi juga disebabkan pernah menjadi kelompok yang jahil, menjadikan Abang lebih 'tolerate' dalam menyampaikan pesan-pesan Allah.
.
.
Bukan mengambil mudah hukum Allah, tapi berdasarkan pengalaman sendiri, nak mengajak orang berubah bukan semua keadaan perlu bersuara lantang. Tak ada manusia yang sempurna, jadi jangan merasa diri kita dah baik. Percayalah, ketika kita merasa kita dah baik, itu petanda awal kita bakal jadi jahat. Kalau nampak ada orang lain lebih buruk dari kita, doakan.. bukan menerakakan dia.
.
Ramai daripada mereka yang berubah jadi baik, belajar dari kesilapan, belajar dari masa lalu. “Someone who has a dark past will turn into a much better person and will even turn out to be a good person more than those who don't have a dark past.” Pesan Mak abang. Selalunya begitulah.
.
So, jangan pandang remeh hanya kerana kawan kita ada sisi gelap kerana dia juga ada masa depan jika dia sedar kesilapan dan kerosakan dia dulu. Bagi yang dah baik, kalau kita ikhlas nak seseorang berubah, tolonglah jangan gunakan kata-kata kecaman atau kutuk-mengutuk. Takkan ada efek pada orang yang kita kutuk tu, makin menjadikan dia keras hati adalah.
.
Mengajak orang berubah tanpa berdoa adalah satu bentuk kesombongan. Doa itu satu seruan. Lembutkan seruan dalam berdoa. Sebab bukan kita yang bagi hidayah, melainkan Allah. Jadi, setiap kali mengajak, sertakan dengan doa. Kerana ada perkara yang tak boleh diubah dengan dakwah tapi boleh diubah dengan doa. Tahniah kerana dah baca sampai sini. Sambung sikit lagi.
.
Gais.. "Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah" (An-Nisa, 76).
.
Tipu daya setan memang lemah, tapi jangan main-main sebab dorang sangat experience buat kerja sesat-menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam lagi.
Impian dan cita-cita puak-puak dorang bukan calang-calang. Dorang dah bersumpah takkan bagi ‘chance’ manusia berada di jalan yang betul sebab dorang aim nak bagi neraka full house.
.
That's why, kalau tak boleh jadikan manusia tu JAHAT, dia akan jadikan JAHIL.
Kalau tak dapat jadikan jahil, dia jadikan malas. Malas mengaji, malas sedekah, malas zikir, malas solat. Nak pergi umrah pun macam-macam alasan dia boleh bagi. Lagi-lagi yang suka baca Mastika. Lagi kuat dia punya rasukan.
.
.
Benda pertama yang nafsu akan buat adalah buatkan manusia ada keinginan yang membuak-buak dengan harta dunia. Bila keinginan pada dunia melebihi akhirat, maka manusia akan lebih bimbangkan urusan dunia.
.
Bila urusan dunia yang lebih dirisaukan, manusia jadi cenderung tambah ilmu berkenaan urusan dunia, tak ada masa untuk tambah ilmu akhirat. Bila ilmu akhirat kurang, ibadah pun jadi kurang. Yang dah jadi baik pun belum tentu selamat.
.
Sebab bila manusia tak dapat ditipu dengan sesuatu, setan akan cari cara lain. Antaranya, menjadikan manusia buat amalan-amalan yang tak dituntut sampaikan manusia jadi taksub untuk mengamalkannya. Terasa macam dah buat benda yang betul dah, rupanya tersasar.
.
Paling mudah, tersasar niat. Contohnya berbangga dengan umrah yang banyak kali dah buat. Tapi sebenarnya masih tak faham apa pun yang dia buat. Ilmu masih kosong.
.
KITA JAHIL TAPI BERBANGGA DENGAN AMAL YANG SEDIKIT. Terasa banyak di mata kita tapi di sisi Allah itu semua hanya tipu daya nafsu. Bila setan tak berjaya halang manusia tu dari bersolat, dia goda manusia mintak (doa) kaya dulu.
.
Bila diizinkan Allah jadi kaya, slowly dia cucuk dengan penyakit tak sabar, tamak dan sentiasa bimbang dengan harta. Bila bimbang, mulalah berebut harta dunia. Kemudian membelanjakan harta untuk perkara yang tak jelas.
.
Syubhah, gharar, riba’ dan seterusnya tertipu dengan segala kemewahan dunia. Termasuklah dalam urusan agama. Contohnya bersedeqah tapi ‘duit’ itu hilang keberkatan, rasa dah beramal tapi harta itu tidak membangunkan agama. Tiada hasil yang kita nampak kecuali angan-angan ‘pahala’ semata-mata.
.
Kita bangga dengan duit banyak boleh datang umrah banyak kali. Sedangkan keberkatan itu diukur dengan kecukupan. Maksudnya? Umrah dan Haji yang wajib hanya SEKALI. Jika dengan ilmu yang jelas, kefahaman yang benar — satu kali umrah atau haji sudah mampu membuka minda dan jiwa kita untuk memahami TUJUAN KITA HADIR KE BAITULLAH.
.
.
Memahami maqasid umrah untuk tujuan pembangunan agama. Sehingga kita dapat bangkit tegak berdiri membawa prinsip para Nabi dan Rasul sebagaimana kehendak kitab dan pendidikan sunnah.
.
Umrah dan haji bukan lagi satu ritual berbentuk angan-angan. Tapi menjadi satu LAPANGAN TARBIYAH UNTUK MEMANDAIKAN UMMAT ISLAM, bagaimana untuk keluar dari kejahilan dan berusaha untuk memperbaiki diri.
.
Itulah tujuan HAJI DAN UMRAH — sarana pendidikan untuk ummat kembali mengenal tujuan hidup sebagai Hamba Allah.
.
Kenal Allah. Kenal KitabNya. Kenal Nabi. Kenal Sunnahnya. ITULAH MABRUR YANG DIBAWA PULANG KE TANAH AIR UNTUK MENYUCIKAN DIRI DI RUMAH KITA SENDIRI. Baitullah adalah kiblat untuk kembali mencari fungsi dan mengutip hujjah untuk memperkuatkan IMAN. Meyakini ada tugas dan tanggungjawab besar kenapa kita dilahirkan ISLAM.
.
KERANA HARI INI RAMAI YANG LAHIR DALAM ISLAM TETAPI BELUM TENTU KENAL KITAB DAN IMAN. Sebagai ibubapa inilah tugas kita, memimpin keluarga untuk mereka masuk ke dalam sistem agama secara sepenuhnya, bukan ikut-ikutan dan bersangka-sangka dengan angan-angan nafsu. Sehingga lalai dalam cara hidup beragama DENGAN MENGIKUTI SETIAP SURUHAN DAN LANGKAH SYAITAN.
.
‎يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam SECARA KESELURUHAN, dan JANGANLAH KAMU IKUTI LANGKAH-LANGKAH SETAN. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
[Al-Baqarah 2: Ayat 208]
.
Semoga ilmu yang dapat akan jadi amal soleh kita hari ini. Tahniah habis baca. Terima kasih kerana share.
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare, Makkah Al-Mukaramah
  • SWITZERLAND

    Regular price RM15,650.00
    Regular price Sale price RM15,650.00
    SWITZERLAND
  • TURKI MUSIM SEJUK

    Regular price RM8,980.00
    Regular price Sale price RM8,980.00
    TURKI MUSIM SEJUK
  • PAKEJ UMRAH

    Regular price RM14,500.00
    Regular price Sale price RM14,500.00
    PAKEJ UMRAH
  • SOUTH ICELAND ADVENTURES

    Regular price RM19,100.00
    Regular price Sale price RM19,100.00
    SOUTH ICELAND ADVENTURES
1 of 4