Tiada Lagi Walk-In, Ini Cara Pembaharuan Pasport Sekarang

Tiada Lagi Walk-In, Ini Cara Pembaharuan Pasport Sekarang

Rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa larangan perjalanan telah ditarik balik sejak April 2022. Sekarang, walaupun anda mungkin bersemangat untuk melancong, jangan lupa untuk menyemak tarikh tamat tempoh dokumen perjalanan anda yang paling penting.

Pasport.

Berita baik untuk semua sekarang dah boleh renew pasport secara online. Tak perlu beratur awal pagi tunggu lama untuk dapatkan peluang untuk pembaharuan pasport lagi dah!

cara renew pasport online

Dapatkan car freshener limited edition kami di Shopee. Rm10 je tapi tahan lama!

Bermula 11 Mei 2022 terdapat perubahan waktu operasi di pejabat pasport beberapa buah negeri di mana akan dibuka sehingga jam 10.00 malam dan juga semua Pejabat pasport UTC di Semenanjung Malaysia sehingga jam 5.00 petang.

Manakala untuk urusan perbaharui passport pula, perlu dilakukan secara online dan hanya boleh walk-in untuk permohonan baru PMA, warga emas, OKU, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, hilang dan rosak sahaja.

Berikut ialah Langkah-langkah untuk membuat pembaharuan passport secara online.

1. Buka portal MyOnline Pasport Portal

2. Baca dengan teliti terma dan syarat sebelum mengklik butang ‘Setuju’ di bahagian bawah halaman.

3. Isikan butiran – iaitu nombor pasport, nombor IC, pejabat pengumpulan. Sedia ada passport lama untuk lebih mudah mengisi butiran.

4. Pilih pejabat untuk mengambilan pasport baru. Sistem akan tentukan bila anda boleh ambil pasport baru. Jika proses pembaharuan dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja, anda boleh dapat pada hari yang sama.

5. Muat naik gambar mengikut kriteria yang ditetapkan.

  • Latar belakang putih
  • Pakaian gelap. Wanita bertudung juga pakai tudung gelap.
  • Muat naik soft copy sahaja.

6. Buat pembayaran menggunakan credit card atau direct debit (FPX).

  • Permohonan biasa (13 – 59 tahun) : RM200
  • Warga emas (60 tahun keatas) : RM100
  • Cetak resit dan simpan untuk pengumpulan pasport nanti.

Dapatkan merchandise RARETV di sini.

Pengumpulan pasport baru hanya boleh diambil oleh pemilik pasport itu sendiri. Tidak boleh menghantar wakil. Untuk yang bawah 18 tahun perlu diambil oleh penjaga berserta sijil lahir.Semasa pengumpulan di pejabat yang dipilih, anda perlu bawa 3 benda penting iaitu IC, pasport lama dan resit pembayaran. Pengumpulan pasport di pejabat perlu dibuat dalam jangka masa 90 hari dari tarikh permohonan.

Disarankan untuk hadir awal untuk dapatkan nombor untuk pengumpulan. Ini mungkin berlainan mengikut pejabat terpilih. Ada kemungkinan juga anda akan diarah untuk ambil gambar semula jadi sila berpakaian kemas dan berwarna gelap.

Mudah kan?

Dah tak perlu dah risau nak kena ambil cuti buat pasport baru. Mohon je online dan kemudian pergi pick up. Settle!

 

Kredit: Twitter Anis Suraya dan Brie

Pasport dah renew mesti nak cari trip best kan? Boleh try tengok pakej-pakej rare yang kami tawarkan di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.

Back to blog

Featured collection

1 of 4