Tetamu Allah Yang Gagal

Tetamu Allah Yang Gagal

Ramai yang sanggup bersusah payah masuk ke Hijir Ismail, tapi tak pernah tahu kenapa kita solat di dalamnya?

Bagi yang pernah sampai ke Masjidil Haram, Hijir Ismail bukanlah asing bagi mereka yang bertawaf di sisi Baitullah. Binaan yang berbentuk U ini terletak di utara Kaabah. Dari sudut sirah dan sejarah, kawasan ni merupakan tempat berteduh Nabi Ibrahim as semasa pembinaan Kaabah. Selepas itu menjadi kandang kambing oleh Nabi Ismail as.

Untuk mereka yang tak berpeluang masuk ke dalam Kaabah, memadai masuk ke kawasan ini untuk bersolat. Hijir Ismail adalah termasuk sebahagian dari Kaabah. Bagi jemaah yang sedang bertawaf dilarang masuk atau menyentuh mana-mana bahagian Hijir Ismail. Secara manasik, menyentuh Hijir Ismail akan membatalkan tawaf umrah dan sunat kita.

Jika dipandang dari sudut sirah, tak ramai jemaah yang ambil tahu sejarah dan kisah ini. Yang mereka utamakan hanyalah ingin bersolat di dalam Hijir Ismail, paling kurang pun dua rakaat. Janji dapat solat. Tak kiralah sepadat mana pun manusia di situ. Sesesak mana pun umat sedang saling tolak menolak, yang diburu adalah pahala dan mengharap doa yang mustajab. Betulkah begitu sekali kita perlu berusaha untuk solat di dalam Kaabah?

Sedangkan Allah sudah jelaskan di dalam Al-Quran. Solat kita di dalam baitullah itu hanya akan menjadi satu 'siulan dan tepukan'. Sindiran dari Allah ini khusus buat kita yang bila pulang ke hotel, berjumpa jemaah yang lain akan suka menceritakan amalan kita yang berjaya solat di dalam Hijir Ismail.

Kita menjadi orang yang berbangga-bangga dengan ibadah yang tak seberapa, yang disangka-sangka kerana di situlah tempat paling mencabar. Sekali lagi, alasannya kerana tempat mustajab doa. Yang menjadi angan-angan kita. Sanggup bersesak-sesak tanpa batas aurat lelaki dan wanita. Tanpa sedar di situlah kita menjadi orang yang melampaui batas, di depan rumah Allah. 

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمۡ عِندَ ٱلۡبَيۡتِ إِلَّا مُكَآءً وَتَصۡدِيَةً ۚ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ

"Dan sholat mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepuk tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu." [Al-Anfal 8: Ayat 35]

Di depan Baitullah, kita lupa diri. Menjadikan kita orang yang rugi.

Sedangkan solat itu sendiri sepatutnya menenangkan kita. Menjadikan kita aman. Dan itulah perintah yang sepatutnya kita galang. SOLAT di dalam keadaan yang AMAN. Tenang di dalam mengingati dan mendirikan perintah Allah.

‎وَإِذۡ جَعَلۡنَا ٱلۡبَيۡتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمۡنًا وَٱتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبۡرَٰهِـۧمَ مُصَلًّى ۖ وَعَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيۡتِيَ لِلطَّآئِفِينَ وَٱلۡعَٰكِفِينَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِ

"Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah (Ka'bah) tempat berkumpul dan TEMPAT YANG AMAN BAGI MANUSIA. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat sholat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ism'ail, Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang yang itikaf, orang yang rukuk, dan orang yang sujud!" [Al-Baqarah 2: Ayat 125]

Di depan Baitullah, lihatlah pelbagai ragam manusia yang menjadi cerminan akhlak peribadi kita. Muhasabah. Bukan mencari salah. Tapi memerhati dan melihat ke dalam diri. Jika kita tidak mengawal hawa nafsu sendiri, kita akan menjadi sebahagian dari mereka yang hadir sebagai tetamu Allah tapi gagal menjadi hambaNya yang memahami maksud (maqasid) dan tujuan KENAPA KITA DATANG MENERIMA JEMPUTANNYA?

Jangan lah solat kita di depan Baitullah menjauhkan kita dari syurgaNya. Kerana kita LALAI DAN RIYAK. Lalu mendekatkan kita kepada nerakaNya.

‎فَوَيۡلٞ لِّلۡمُصَلِّينَ

"Maka celakalah orang yang sholat,"

‎ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِهِمۡ سَاهُونَ

"(yaitu) orang-orang yang lalai terhadap sholatnya,"

‎ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ

"yang berbuat riya',"

[Al-Ma'un 107: Ayat 4-6] 

Baca dan fahamkan. Betulkan setiap niat dan langkah kaki selama menjadi tetamu Allah. Bisikan syaitan itu boleh saja mengajak kita menjadi pendosa, walaupun di depan Kaabah.

Kita bukan nak mencari redho manusia, tetapi redho Allah. Marilah bersama-sama kita memahami & melaksanakan perintah Allah. 

Sila hubungi Sabrina, +6010-2187273, untuk mendaftar

Salam,

.

.

Shauqi Hasan

Mutawif Rare 

Back to blog

Featured collection

1 of 4