Tasik Ke Cermin Ni? Tasik Cermin Tercantik di Itali

Tasik Ke Cermin Ni? Tasik Cermin Tercantik di Itali

Tidak lengkap trip anda ke Itali kalau tidak ke tasik cermin ini.

Lago di Braies, atau Pragser Wildsee dalam bahasa Jerman, ialah tasik alpine di Tapak Warisan Dunia UNESCO Fanes-Sennes-Braies Nature Park.

brown house near body of water

Tasik ini terletak di kaki muka utara Croda del Becco (Seekofel dalam bahasa Jerman, Sass dla Porta dalam Ladin), sebuah massif yang menjulang tinggi (2,810m), yang mencipta latar belakang Lago di Braies yang menakjubkan. Tasik ini juga terletak pada ketinggian 1,496 m (4,908 kaki) dan seluas 77 ekar.

Lago di Braies dikelilingi gunung-ganang di Dolomites iaitu Seekofel, Monte Nero, Gamrtzalpenkopf dan Sasso del Signore. Kejernihan tasik ini menjadi cermin yang memantulkan lanskap gunung-ganang itu. Kecantikan rare tasik ini menjadikannya hotspot untuk fotografi Instagram.

lake in the middle of mountains

Dapatkan car freshener limited edition RARETV x Keef & Nish di Shopee. RM10 je, confirm wangi dan tahan lama.

Bila waktu yang sesuai untuk ke Lago di Braies?

Tasik ini sesuai datang pada musim panas dan awal musim sejuk, di antara hujung bulan Jun hingga hujung Oktober atau awal November. Kalau pertengahan musim sejuk tasik ini akan beku dan dilitupi salji. Jadi tak dapatlah nak tengok pantulan dari tasik itu. Pada musim panas, ada beberapa aktiviti boleh dilakukan di kawasan tasik ini.

Antara aktiviti yang paling popular untuk dilakukan di tasik ini ialah naik bot. Bot boleh disewa di rumah bot La Palafitta dari 10 am hingga 5 pm. Sewaan satu bot berharga 29 EUR untuk sejam dan 19 EUR untuk 30 minit. Satu bot boleh naik hingga 4 orang sahaja.

woman riding on boat

Selain dari naik bot, anda boleh hike mengelilingi tasik ini. Rugi kalau sampai sini dan ambil gambar di kawasan hadapan je. Kalau anda mengelilingi tasik ini, macam-macam sudut anda boleh tengok lanskap Lago di Braies yang berlatar belakangkan snowcapped mountains ini. Perjalanan mengelilingi tasik ini adalah dalam 1.5 jam hingga 2 jam untuk 3.2 km.

green trees near body of water under blue sky during daytime

Dapatkan merchandise RARETV di sini

Disebabkan kenaikan popularitinya di Instagram, makin ramai pelancong datang untuk melihat tasik ini. Jadi, disarankan untuk datang awal pagi pada hari minggu untuk menikmati keindahan Lago di Braies tanpa sesakan orang ramai.

Jom tengok team RARETV bawa jalan-jalan di Lago di Braies!

Kalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh try tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.

Back to blog

Featured collection

1 of 4