Negara lebih kecil dari Melaka di antara Switzerland dan Austria

Negara lebih kecil dari Melaka di antara Switzerland dan Austria

Di Eropah terdapat sebuah negara kecil, lebih kecil dari Melaka, terletak di pergunungan Alps antara Austria dan Switzerland. Negara itu ialah Liechtenstein (disebut lik-ten-styne).

Liechtenstein bersempadan di barat dan selatan Switzerland dan di timur dan utara Austria menjadikannya negara terkecil yang bersempadan dengan dua negara. Ia merupakan negara keempat terkecil di Eropah, dengan keluasan lebih 160 kilometer persegi dan berpopulasi 38, 321. Terbahagi kepada 11 majlis perbandaran, ibu kotanya ialah Vaduz, dan perbandaran terbesarnya ialah Schaan. Bahasa perantaraan di negara ini ialah German dan 83.2% dari penduduknya adalah beragama Christian. Liechtenstein juga mempunyai seramai 5.9% penduduk Muslim.

Dapatkan merchandise RARETV di sini. Macam-macam ada hoodies, travel mug, mask dan t-shirt.

Di negara kecil ini, syarikat yang berdaftar lebih banyak dari jumlah penduduk di dalam negara ini. Liechtenstein tiada sumber mineral. Populasinya pun hanya pekan-pekan kecil. 

Liechtenstein ialah sebuah negara Alpine. Negara ini dikelilingi gunung-ganang menjadikannya destinasi untuk sukan musim sejuk. Antara aktiviti menarik di sini ialah hiking, tour mountainbike dan basikal, ski dan snowboard, city tour dan banyak lagi! Di sana juga ada llama dan alpaca trekking!

Lama Trekking | Recreation in Zurich

Liechtenstein Panoramaweg | The Hiking Life

A Royal Ski Trip to Liechtenstein • Snow-Online Magazine

Liechtenstein mungkin kecil, tetapi ia menawarkan sesuatu untuk semua orang. Satu perkara yang pasti, di mana sahaja anda tinggal di negara ini, anda boleh pergi ke mana-mana sahaja dalam masa setengah jam, sama ada dengan kereta atau menggunakan Bas Liechtenstein.

Dapatkan car freshener limited edition RARETV x Keef & Nish. Wangi dan tahan lama, hanya RM10 sahaja. Boleh beli di sini. 

Jom tengok team RARETV road trip dari Italy - Austria - Liechtenstein - Switzerland! 

 

Kalau ingin travel ke luar negara yang rare, boleh try tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini.

Back to blog

Featured collection

1 of 4