Rezeki Tak Cukup Kerana Tak Syukur
Share
Kadang-kadang kita rasa orang tu hidup senang sebab dia banyak duit. Padahal dia hidup senang kerana dia banyak bersyukur. Pernah tak kita renung-renungkan rezeki kita ketika hidup tengah serabut?
Waktu tu rezeki lancar atau sangkut? Jawapannya, sangkut. Malah ada yang stop terus untuk beberapa ketika. Kenapa jadi macam tu?
Kerana rezeki bergantung pada kehidupan. Kalau fikiran serabut, hati asyik nak marah, dendam, akhlak jahanam - maka rezeki takkan dimudahkan. Sebaliknya, ketika hati tenang, fikiran lapang, rezeki akan datang tanpa diundang. Akan ada je ‘kebetulan-kebetulan’ yang menggembirakan.
Kita fikir bila rezeki (duit) tak cukup, hidup jadi serabut. Padahal disebabkan hidup serabutlah maka rezeki selalu sangkut. Rahsia rezeki lancar adalah hati yang tenang.
Bila hati tenang, mudah datang rasa syukur. Bila syukur tinggi, Allah kata "Kalau kau bersyukur, nanti Aku tambah lagi". Orang yang bersyukur dengan perkara-perkara kecil dalam hidupnya, pastu jadi orang yang sangat bersyukur bila dapat lebih banyak nikmat.
Sebaliknya, orang yang tak bersyukur dan tak berterima kasih pada hal-hal yang kecil, dia juga susah nak bersyukur untuk perkara-perkara yang lebih besar. Sebab bagi dia, semua benda masih kecil, walaupun pada orang lain sudah cukup besar.
Orang yang susah nak bersyukur, bahkan kufur terhadap nikmat-nikmat yang kecil, selalunya susah nak berterima kasih pada Allah. Kalau dapat sikit dia merungut, kalau dapat banyak dia claim itu memang patut pun sebab dia berusaha.
Mak Abang pernah pesan kat Abang, “kalau kita tak dapat apa yang kita nak, kena tetap bersyukur”. Kerana mungkin Allah dah tukarkan apa yang kita nak tu dengan keselamatan, dengan kesihatan, dengan panjang usia, dengan anak yang bijak, dengan pasangan yang setia dan macam-macam cara Allah nak gantikan rezeki kita.
"Sesungguhnya Allah menyayangi hambaNya yang beriman yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai." (Riwayat Ibnu Majah).
Itu hadis untuk orang yang miskin. Dah jelas miskin tetap Allah tak suka dia meminta-minta. Kita ni kerja. Kerja tetap pulak tu. Tiap-tiap bulan konfem ada gaji. Takkan kita lagi teruk dari orang miskin?
Baca doa ni hari-hari, mudah-mudahan Allah bagi kita semua petunjuk :
"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Kau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Kau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (An Naml 19).
Ini doa dari Nabi Sulaiman. Ambil intipati doanya. Moga kita juga diberikan rezeki dengan kurniaan dalam bentuk anugerah kefahaman. Menjadikan faqih dengan ilmu al-quran, akhirnya membuatkan kita lebih faham tujuan hidup kita sebagai seorang HAMBA.
Bersyukurlah kita masih hidup dan bernyawa pagi ni. Manfaatkan masa dan umur yang ada untuk ‘TAWAF’ semula seluruh usia yang ada. Ke mana telah kita LABURKAN untuk urusan agamaNya? Part mana yang kita dah TERLEPAS pandang? Rezeki apa yang paling BESAR nikmat yang Allah nak bagi? Ke manakah arah tuju kita sebenarnya? Nak jawapannya?
Jom pergi Umrah dengan Abang? 9-20 Mac 2023 ni ada baki 5 saja seat lagi.
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare
Whatsapp 019-2536474 kalau nak pi Tanah Suci 2023