Perkara Penting Selepas Tawaf Wadak Yang Kita Tak Tahu

Perkara Penting Selepas Tawaf Wadak Yang Kita Tak Tahu

BANYAK PERKARA-PERKARA PENTING SELEPAS TAWAF WADAK YANG RAMAI TAK TAHU. BACA SAMPAI HABIS SEBELUM PERGI UMRAH.

Hukum berkenaan tawaf wadak telah dikemaskini untuk memudahkan urusan jemaah yang menunaikan ibadah umrah dan haji. Setiap perkara baru wajib kita update, ambil tahu dan jelas supaya tidak menyusahkan diri kita di sana nanti.

Tawaf Wada' ialah tawaf 'selamat tinggal' yang wajib dikerjakan bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam.

Telah diputuskan berkenaan sejak November 2018 lagi di Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 Musim Haji 1440H.

PERKARA-PERKARA YANG DIHARUSKAN SELEPAS TAWAF WADAK, iaitu:

PERTAMA: SEJURUS SELEPAS TAWAF WADAK

  1. Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya di Masjidil Haram.
  2. Berdoa di Multazam.
  3. Mengucup Al-Hajar al-Aswad.
  4. Menunaikan solat sunat safar.
  5. Menunaikan solat fardhu sekiranya bilal telah melaungkan azan atau bilal sedang melaungkan azan.
  6. Begitu juga apabila sudah sampai di hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram untuk beliau solat fardhu bersama imam di Masjidil Haram.
  7. Bergambar atau mengambil gambar dalam kadar yang cepat. Walaupun begitu, tidak digalakkan.

KEDUA: SELEPAS TAWAF (DI PENGINAPAN ATAU HOTEL)

  1. Makan dan minum di hotel.
  2. Qadha hajat.
  3. Menyalin dan menukar pakaian.
  4. Zikir dan membaca Al-Quran sementara menunggu.
  5. Mengambil beg atau barang yang diletakkan / ditinggalkan di bilik penginapan.
  6. Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang.
  7. Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.
  8. Tidur dalam bilik hotel sementara menunggu bas atau kenderaan datang.
  9. Melawat isteri, saudara, waris, rakan yang sakit di hospital/klinik (bagi kes kecemasan dan hajat).
  10. Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan sama ada ke Jeddah atau Madinah seperti membeli makanan dan minuman untuk kegunaan dalam perjalanan dan sebagainya.
  11. Menunggu kenderaan (lewat tiba kerana kesesakan dan sebagainya).
  12. Bersedekah ketika menunggu kedatangan kenderaan di penginapan.
  13. Membayar dam. Walaupun begitu, digalakkan untuk membayar sebelum Tawaf Wadak.

Share dan tag ibu ayah, ahli keluarga dan kawan-kawan yang sedang dan akan menunaikan umrah. Mana tahu ada yang terlepas pandang dan artikel ini memberikan manfaat kepada mereka.

.

.

Shauqi Hasan

Mutawif Rare

Back to blog

Featured collection

1 of 4