Pengalaman Rare Kena Naik Sampan Untuk Ke Bilik Chalet Di Mersing

Pengalaman Rare Kena Naik Sampan Untuk Ke Bilik Chalet Di Mersing

Kebiasaannya, apabila kita check in di sesuatu penginapan kita akan jalan ke bilik kita atau kalau jauh kita naik buggy.

Pernah tak you guys check in dan untuk ke bilik menaiki sampan? Mesti tak kan.

Di Mersing, Johor terdapat satu resort di mana tetamu perlu ke biliknya menaiki sampan. Resort tersebut ialah Penyabong Warisan Resort yang terletak berdekatan Pantai Penyabong di Endau.

Resort ini terdapat 5 jenis penginapan yang berkonsepkan rumah tradisional dan juga moden. Kita boleh pilih untuk menginap menghadap tasik, menghadap swimming pool atau pun suasana kampung. Bagi chalet atau bilik yang menghadap tasik, kita perlu menaiki sampan untuk ke bilik (atau pun jalan kaki). 

Boleh dapatkan merchandise RareTV DI SINI

Resort yang diikelilingi kehijauan dan alam semulajadi, suasana di resort ini sangat tenang untuk kita luangkan masa bersama keluarga. Kita juga tidak akan bosan di sini kerana terdapat banyak aktiviti best yang boleh cuba semasa di sana. Memang sesuai jika nak bawa keluarga bercuti atau pun nak plan 'short escape' bersama kawan-kawan. 

Kawasan resort ni sangat luas -- nak buat family day boleh, nak buat reunion pun boleh. Terdapat dua buah swimming pool besar untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Dewan dan restoran antara fasiliti yang menarik untuk menganjurkan event atau majlis.

Kat sini, kita nak berkayak di tasik boleh, memancing di jeti boleh, atau sekadar beriadah di Pantai Penyabong yang berdekatan. Tempat BBQ juga ada disediakan untuk yang berminat nak buat bbq pada waktu malam.

Gambar Sumber: FB Penyabong Warisan Resort

Boleh dapatkan air freshener limited edition kami DI SINI. RM10 sahaja dan multi purpose bukan untuk wangikan kereta sahaja. Letak dalam bilik boleh, bilik air boleh, atau letak di meja kerja pun boleh 

Nak tengok betapa best nya pengalaman kami di sini, boleh tengok video kami di bawah ni: 

 


Kalau rasa-rasa nak tengok dunia luar, boleh klik DI SINI. Small group trip with better and rare experience. Nak buat private trip atau family trip pun boleh juga. Boleh klik link ini untuk dapatkan info lanjut dari kami. 

Back to blog

Featured collection

1 of 4