Panduan Solat Jamak dan Qasar untuk Traveler Muslim

Panduan Solat Jamak dan Qasar untuk Traveler Muslim

Kemana pun kita mengembara, solat itu wajib dan tidak boleh ditinggalkan. Kali ini kami kongsikan panduan untuk mengerjakan Solat Jamak dan Qasar.

Apa itu Jamak?

Jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Contohnya, solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar, solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib.

Jamak terbahagi kepada dua, Jamak Taqdim dan Jamak Takhir.

Syarat-syarat untuk Jamak Taqdim ialah:

  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat Zuhur dan Maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah. Jika mengulangi wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

Syarat -syarat untuk Jamak Takhir ialah:

  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.

Dapatkan merchandise RARETV di sini. Seluruh keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

Apa itu Qasar?

Qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat.

Syarat-syarat solat Qasar ialah:

  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah (90km).
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat Zuhur, Asar dan Isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh.
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Faham orang musafir itu hukumnya harus untuk mengerjakan solat Qasar.

Dapatkan car freshener limited edition kami di Shopee. RM10 je, wangi teruk pulak tu.

Bagi yang akan travel boleh gunakan perkongsian ini dan kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan. Bagi yang nak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya akan datang juga boleh gunakan panduan untuk solat Jamak dan Qasar ini ketika beraya. Pastikan anda memenuhi semua syarat supaya sah solatnya. Kalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini. 

  • SWITZERLAND

    Regular price RM13,900.00
    Regular price Sale price RM13,900.00
    SWITZERLAND
  • TURKI MUSIM SEJUK

    Regular price RM6,980.00
    Regular price Sale price RM6,980.00
    TURKI MUSIM SEJUK
  • PAKEJ UMRAH

    Regular price From RM7,740.00
    Regular price Sale price From RM7,740.00
    PAKEJ UMRAH
  • SOUTH ICELAND ADVENTURES

    Regular price RM16,600.00
    Regular price Sale price RM16,600.00
    SOUTH ICELAND ADVENTURES
1 of 4