Di salah satu trip kami semasa di Swiss kami sempat bertemu dengan orang kita sendiri yang kini menjadi seorang petani berjaya di sebuah kampung di Switzerland.
Eryzal Zainal atau Ajai, berasal dari Alor Setar, Kedah kini tinggal di perkampungan Sorens bersama keluarga kecilnya, isteri Zsuzsanna dan anak perempuanya Inez. Menurut Ajai, mereka sudah tinggal di sana dalam 3 hingga 4 tahun.
Dapatkan merchandise RARETV di sini. Tshirt ada, hoodies ada, travel mug pun ada.
Buat dua hari satu malam, kami dapat merasa cara hidup sebagai orang tempatan di Swiss sambil menjamu makanan traditional seperti Raclette. Bahan – bahan untuk Raclette itu pula semuanya hasil dari kebun Ajai dan orang kampung di situ. Manis bayam yang ditanam Ajai dan segar dia memang lain. Dari tak makan sayur terus jadi herbivore.
Hasil kebun Ajai dijual kepada pelanggan perniagaannya Jardins de Bellevue, sebuah perniagaan servis menghantar sayur-sayuran segar terus di pintu rumah mengikut pesanan pelanggannya. Lebihan hasil kebunnya akan kemudian dijual di pasar. Pelbagai jenis sayur ditanam di kebun Ajai, Ada tomato, bayam, lobak, brokoli, paprika dan macam macam lagi. Sayur yang kami tak pernah jumpa pun ada seperti sayur Kohlrabi, sayur sama spesis seperti kubis, brokoli dan cauliflower. Nak tahu macam mana rupa sayur Kohlrabi ni? Saksikan kami melawat kebun Ajai dan makan sayur terus dari kebun dia!
Kami juga dikongsikan cara cara dan sistem pertanian di sana oleh Ajai. Tonton video di bawah ini untuk lihat suasana kampung Sorens dan kisah hidup Ajai sebagai seorang petani di Switzerland.
Rarecation telah membuat pembukaan tarikh baru ke Switzerland. Pendaftaran bagi tahun 2023 juga telah dibuka. Untuk maklumat lanjut dan dapatkan itinerari, sila klik di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.
Dapatkan car freshener limited edition RARETV x Keef & Nish. Bau memang wangi dan tahan lama. Boleh dapatkan di Shopee.