Menyampah Content Sampah, Ini 7 Youtuber Wajib Follow Dengan Content Berkualiti

Menyampah Content Sampah, Ini 7 Youtuber Wajib Follow Dengan Content Berkualiti

Youtube ada pelbagai jenis video dan saluran untuk semua jenis minat. Cari je apa pun mungkin sekali ada video untuk anda. Tapi disebabkan terlalu ramai yang menjadi content creator atau youtuber sekarang ini, susah nak jumpa youtuber yang menghasilkan content yang berkualiti. Jadi, kami kongsikan 7 youtuber yang anda wajib follow dan subscribe yang menghasilkan content berkualiti.

  1. APHD

APHD ialah saluran yang menerapkan konsep dokumentari pendek menceritakan pelbagai fakta dan penjelasan terhadap pelbagai isu di Malaysia mahupun luar negara. Banyak pengetahuan baru boleh kita dapat berkaitan ekonomi, politik, sejarah dan isu semasa. Penyampaian mereka dalam Bahasa Melayu dan mudah difahami. Video pun semuanya bawah 10 minit berserta grafik yang menarik jadi anda tidak akan rasa bosan. Pada masa ini, APHD mempunyai 356 ribu subscribers dan 44.9 juta tontonan. Jom tengok video terbaru dari APHD! 

  1. Ajar

Ajar adalah saluran pendidikan yang berkonsep “pendidikan luar buku teks”. Video – video yang dihasilkan tidak menyentuh silibus atau peperiksaan secara langsung, tetapi mencetus perbincangan menarik tentang ilmu dan pembelajaran. Content mereka meliputi topik sains, matematik, psikologi, bahasa, sejarah dan banyak lagi.  Penyampaian juga dalam Bahasa Melayu dan lebih santai dengan contoh yang mudah difahami diiring dengan grafik yang menarik untuk mewujudkan rasa seronok semasa belajar. Pada masa ini, Ajar mempunyai 429 ribu subscribers dan 44.7 juta tontonan. Jom tengok video paling popular dari Ajar yang meraih 1.1 juta tontonan!

  1. RARETV

RARETV RARETV ialah sebuah vlog perkongsian travel santai-santai sahaja. Sekumpulan travelers yang membentuk sebuah gergasi travel bernama Rarecation yang menjadi jenama travel "Experience Based Traveling" di Asia. Ikuti dari flight review, hotel review, travel review, travelog sehingga ke makan-makan semasa travel. Sesuai dengan namanya, mereka buat travelog dan review ke tempat-tempat dan aktiviti yang rare dan jarang dilakukan oleh pelancong Malaysia. Pada masa ini, RARETV mempunyai 200 ribu subscribers dan 20.6 juta tontonan. Jom tengok Team RARETV naik helikopter mengelilingi Jungfrau Summit, Switzerland!

Dapatkan merchandise RARETV di sini

  1. Berani Buat

Khas bagi yang minat tech, gadjet dan projek DIY, Berani Buat ialah sebuah saluran perkongsian ilmu untuk memupuk semangat dalam masyarakat untuk membuat sesuatu dan kekal produktif. Content dari saluran ini meliputi review produk elektronik, gadjet, dan peralatan tangan seperti powerbank, kamera, robot vacuum dan power tools. Saluran ini ada banyak content mengajar projek DIY seperti DIY lens untuk action cam, DIY pintu, meja, deck dari kayu. Kalau anda berminat untuk menggunakan tenaga solar, Berani Buat ada banyak video cara menerapkan peggunaan tenaga solar dalam rumah. Saluran ini juga selalu buat live untuk berkongsi pengetahuan melalui QnA. Jadi, jika anda kekeliruan tentang sesuatu, boleh join live Berani Buat! Pada masa ini, Berani Buat mempunyai 249 ribu subscribers dan 16.1 juta tontonan. Jom tengok BeraniBuat kongsikan cara pilih lampu solar yang tahan lama!

  1. Fikri ZamRi

Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri pengeluaran video, Fikri ZamRi kini berusaha untuk membantu membina semula industri pelancongan dengan membuat travelog secara jujur ​​yang memberi inspirasi kepada orang ramai untuk kembali mengembara. Fikri dan pasukannya telah bekerja secara intensif dengan jenama antarabangsa seperti lembaga pelancongan, dan hotel & resort antarabangsa - menghasilkan filem dan gambar sinematik berkualiti tinggi. Content saluran ini bermaklumat dan menghiburkan untuk mempromosikan jenama/destinasi pelancongan. Pada masa ini, Fikri ZamRi mempunyai 179 ribu subscribers dan 14.1 juta tontonan. Jom tengok Fikri ZamRi pergi surfing di Cherating!

Dapatkan car freshener limited edition RARETV X Keef & Nish di Shopee

  1. Azfar Badrul

Antara semua Youtuber yang kami kongsikan ini, Azfar Badrul satu-satunya Youtuber yang menghasilkan content mengenai street food di Malaysia. Dalam video-videonya, Azfar kongsikan kedai-kedai street food menarik dan bukan sahaja memberikan review makanan tetapi menunjukkan proses penyediaan makanan itu sekali. Macam-macam jenis makanan ada dari kuih muih, masakan goreng, masakan Western dan banyak lagi. Azfar juga mempunyai content di mana beliau memborong semua jualan dari peniaga-peniaga kecil untuk bantu mempromosikan gerai mereka. Pada masa ini, Azfar Badrul mempunyai 1.09 juta subscribers dan 154.4 juta tontonan. Jom tengok Azfar Badrul review burger goreng rare yang ada satu je di Malaysia!

  1. ML Studios

ML Studios (Minda Letup Studios) adalah sebuah platform video maklumat hibur dan didik hibur yang diasaskan oleh Mat Luthfi pada 2018. Video-video di saluran ini semuanya pendek sahaja dan penyampaian mereka juga menarik dan mudah difahami. Seribu satu topik dibincangkan dari hiburan, gaya hidup, keusahawanan, sejarah, paranormal dan banyak lagi. Kesemua cerita dan hujah yang dilontarkan dalam video-video yang diterbitkan oleh ML Studios adalah hasil renungan dan pandangan peribadi setiap jurucakap semata-mata dan tidak mencerminkan pendirian ML Studios dalam apa-apa isu. Pada masa ini ML Studios mempunyai 1.33 juta subscribers dan 547.6 juta tontonan. Jom tengok ML Studios bincangkan tentang content mudah viral!

Kalau ada Youtuber atau Youtube channel yang menarik dan bermanfaat yang anda tahu, boleh kongsikan bersama di ruangan komen di FacebookKalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini.  

Back to blog

Featured collection

1 of 4