KYRGYZSTAN OUTBACK - BIASAN SYURGA YANG JARANG DISINGGAH MANUSIA
Share
Yang ramai di sini hanya kuda, marmot dan lembu. Sekali sekala disapa oleh yak dan biri-biri. Pertama kali tiba di sini, hairan juga kenapa tempat ini tidak banyak foto di dalam Google. Rupanya banyak wilayah outback di Kyrgyzstan yang tidak dikunjungi ramai. Kalau bercakap tentang Kyrgyzstan biasa paparannya ialah Karakol dan Issykul Lake.
Kami mengembara ke bahagian perbatasan China hingga ke Tajikistan. Nak masuk kawasan ini rupanya perlukan "visa" yang perlu apply selewatnya 10 hari sebelum masuk ke kawasan ini. Bayangkan macam pondok guard tapi serah passport dan visa sahaja untuk masuk. Cuma tak cop passport sahaja.
Sampai di Lembah Misteri ini ada ribuan kuda-kuda yang menyambut kami di lahan hijau musim panas. Di sini, berkuda dah macam berbasikal. Orang tempatan tak bawa motosikal, ramainya berkuda sahaja. Aman damai seperti terpisah dari pembangunan.
Kami team Rarecation, insist untuk meneroka kawasan begini. Biarlah tiada talian internet di sebahagian tempat tetapi berbaloi seperti tercelup ke dalam syurga yang Allah jadikan secara semulajadi untuk kita syukuri. Boleh jadi, tanpa pembangunan mungkin Switzerland atau Iceland kelihatan seperti ini.
Kalau orang tanya pada saya, apakah negara yang ada kombinasi Iceland, Switzerland, New Zealand, Nepal, dan Pakistan; maka jawapan saya ialah Kyrgyzstan. Belum tepat lagi...setepatnya ialah KYRGYZSTAN OUTBACK.
Kami tahu ada sahaja yang buat trip ke Kyrgyzstan tetapi kami yakin mereka tak sampai ke outback yang cantik yang pernah kami lalui dan kita akan lalui.
Nak cerita lanjut kami akan lancarkan trip ini di Singapura pada 12hb ini dalam sesi Meet The Captain :
Tarikh: 12 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa: 9.30 am - 5.30 pm
Lokasi: Pejabat Rarecation Singapura, 33 Ubi Ave 3, #06-08, Vertex Tower B
Tempah slot untuk berbincang dengan kapten di nombor di bawah atau boleh register terus di LINK ini.
Alya: +6010 667 2731
Wawa: +60102972730
Sabrina: +6010 218 7273
Sufian: +6591889096