Kenapa Kita Kena Faham Maksud TALBIAH?

Kenapa Kita Kena Faham Maksud TALBIAH?

Dulu masa kecil, Abang dengar talbiah kat TV setiap kali musim haji, sikit pun tak rasa apa. Sebab Abang tak tau apa maksudnya pun. Tak pernah tergerak langsung nak mencari maksudnya.

Jahil sungguh.

Bila dah jadi Mutawif, dan berulang alik ke Tanah Haram dan kena sentiasa bersiap sedia dengan ilmu untuk memenuhi undanganNYA, barulah betul-betul mendalami kehendak seruan Allah dan terkesan kat hati.

Dapatkan merchandise RARETV di sini. Semua hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

Setiap kali masa mengiringi jemaah, ada kesempatan akan pesan pada jemaah "Tuan dan Puan adalah tetamu Allah. Kita semua dalam perjalanan ke rumahNYA, jadi kita kena bagitau DIA kita nak datang ni. Caranya, Labaika Allah, Labaika Allah (Aku datang Ya Allah. Aku datang Ya Allah)".

Tak boleh nak digambar apa rasa bila diri sendiri yang ucap talbiah, memang serta-merta bergenang airmata. Terbayang banyak betul buat dosa. Dah lah nak ke rumah Dia dengan bawak dosa menggunung? Ya Allah, zalimnya Abang dengan diri sendiri.

Sebab tu Abang bila nak bawa jemaah antara perkara penting kita kena faham, ialah maksud talbiah itu sendiri kita kena HAYATI. Hidupkan di dalam dada dengan ilmu dan kefahaman. Setiap bait ucapan di mulut mesti mampu menyerap sampai ke hati.

May be an image of 8 people and people standing

Talbiah itu bukan sekadar laungan untuk menyatakan kehadiran kita sebagai tetamuNya. Tetapi kemahuan kita untuk membuang sikap SYIRIK (menyekutu) Allah di dalam segala aturan hidup.

Setiap hari tanpa sedar kita mengatur diri di dalam aturan manusia. Hinggakan kadang kala perintah dan arahan yang datang dari manusia LEBIH KITA BESARKAN DAN UTAMAKAN BERBANDING PERINTAH ALLAH.

Masa tu langsung kita tak perasan atau sedar kita sedang MENDUAKAN ALLAH, (syirik) di dalam urusan agama;

Bilamana boss lebih besar dari Allah.

Ketika majikan lebih utama dari Allah.

Perintah suami lebih tinggi dari Allah.

Harta dan takhta lebih penting dari Allah.

Anak dan isteri lebih disayangi dari Allah.

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

Boleh dapatkan pewangi kereta Uzungol Garden dari RareTV x Keef & Nish Limited Edition. Hanya RM10 sahaja. Boleh beli di Shopee.  

Syirik yang membuatkan kita kufur kepadaNya. Nikmat yang membuatkan kita lupa kepada pemberi rezeki yang telah menurunkan Kitab sebagai panduan, malangnya al-quran di tangan ditinggalkan kefahamannya.

Allah…

Banyak betul yang perlu dibetulkan.

Dari lafaz talbiah yang selalu kita pandang ringan, kita sekadar melafazkan tanpa penghayatan. Akhirnya kita membiarkan amalan ini hanya menjadi ritual tanpa pelaksanaan. Buat pun asal-asalan.

September ini, moga dapat kami iringi para jemaah dengan ilmu dan kefahaman. Mendidik jiwa agar kembali mengenali agama dengan hujah yang jelas. Bukan lagi bersangka-sangka dan ikut-ikutan. Jika berminat untuk menunaikan umrah bersama kami, boleh klik di sini untuk maklumat lanjut dan dapatkan itinerary. Anda mempunyai pilihan untuk bilik berdua, bertiga atau berempat. Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi team kami di +6019 - 5588930 (Aziq).

Nak sambungan part 2?

 

Mutawif Rare, Shauqi Hasan

  • SWITZERLAND

    Regular price RM15,650.00
    Regular price Sale price RM15,650.00
    SWITZERLAND
  • TURKI MUSIM SEJUK

    Regular price RM8,980.00
    Regular price Sale price RM8,980.00
    TURKI MUSIM SEJUK
  • PAKEJ UMRAH

    Regular price From RM8,740.00
    Regular price Sale price From RM8,740.00
    PAKEJ UMRAH
  • SOUTH ICELAND ADVENTURES

    Regular price RM19,100.00
    Regular price Sale price RM19,100.00
    SOUTH ICELAND ADVENTURES
1 of 4