Bear Paw Café atau dikenali secara lokal, Kuma No Te Café, sebuah kafe unik di Jepun di mana pelanggan dilayan oleh satu tangan beruang menerusi sebuah lubang kecil di dinding kafe itu.
Uniknya kafe ini, di sana tiada meja, kerusi atau kaunter. Sebaliknya, terdapat dua lubang di dinding kelabu, satu di sebelah kiri untuk membuat pesanan dan pembayaran, dan satu lagi di sebelah kanan untuk menerima pesanan. Tetapi bukan tangan manusia yang menghantar pesanan anda melalui lubang itu. Ia adalah tangan beruang yang berbulu! Hanya tangan yang boleh dilihat dan tiada manusia kelihatan!
Dapatkan car freshener limited edition kami di Shopee.
Bear Paw Café ditubuh untuk menyokong orang yang mengalami pelbagai masalah kesihatan mental dengan menyediakan persekitaran kerja yang bertekanan rendah. Pekerja yang mengendalikan tangan beruang itu adalah pelajar Mental Support General School di kawasan Umeda di Osaka, sebuah kemudahan yang menyediakan pelbagai kaunseling bagi mereka yang mengalami pelbagai masalah emosi. Pelajar yang bekerja di belakang tabir di kafe itu semuanya mengalami masalah kesihatan mental di mana mereka beransur pulih. Disebabkan mereka tidak perlu bersemuka dengan pelanggan semasa bekerja di kafe, ia mewujudkan ketenangan fikiran bagi mereka. Selain itu, ia juga mudah untuk pelanggan, mereka boleh mengelakkan kontak yang berlebihan semasa pandemik COVID-19.
Pada masa ini terdapat enam pekerja: Seorang telah didiagnosis mengalami kemurungan selama lima tahun dan sedang dalam pemulihan. Dua orang mengalami hipersensitiviti. Seorang lagi mengalami gangguan penyesuaian (adjustment disorder), manakala seorang lagi mengalami social withdrawal. Pekerja terakhir ialah seorang ibu mengalami gangguan personaliti (personality disorder) dan anak lelakinya mengalami masalah pembelajaran (learning disability).
Dapatkan merchandise RARETV di sini.
Mental Support General School mencipta Kuma No Te Cafe sebagai batu loncatan untuk pemulihan. Sekolah ini berhasrat untuk mengembangkan ideanya dan membuka perniagaan yang serupa di wilayah lain pada masa hadapan, dengan objektif untuk mengembangkan inisitaifnya untuk mewujudkan ruang di mana orang yang mengalami kesihatan mental boleh menyahut cabaran baharu dan menjalani kehidupan yang normal.
Alamat: Chome-3-11 Uehonmachinishi, Chuo Ward, Osaka, 542-0062, Japan
Jam Operasi: 11.00 am - & 7.00 pm (Waktu Jepun)
Kalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh try tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini.