Begini rupanya wajah sebenar kampung di animasi Luca

Begini rupanya wajah sebenar kampung di animasi Luca

Luca adalah animasi dari Disney & Pixar yang menceritakan tentang seorang budak yang merupakan raksasa laut yang berminat dengan kehidupan di darat. Bagi yang pernah menonton animasi ini, mesti teruja melihat kecantikan landskap yang ditunjukkan di dalam animasi ini.

Bangunan klassik berwarna warni, laut jernih hingga ke dasar, kehidupan nelayan di perkampungan itali menjadi pentas yang indah untuk animasi ini. Mungkin ramai tidak tahu, lokasi kampung di dalam animasi ini wujud di dunia sebenar

Terletak di Italian Riviera, kampung yang menjadi pentas kepada animasi ini diberi nama Vernazza, salah satu kampung dari 5 kampung tercantik di Italian Riviera juga dikenali sebagai Cinque Terre (5 kampung pesisir pantai)

Baru baru ini di dalam pengembaraan team RARETV ke Eropah, kami menjejakkan kaki kami ke kampung ini. Sebuah kampung yang kecil tetapi menyimpan keindahan yang terpelihara dari sebarang kemodenan. 

Lihat foto-foto kami di sini, sangat cantik :

Bagi yang nak tahu macam mana pengalaman kami ke sini dan keadaan sebenar kampung ini terutama selepas pandemik, Lihat pengalaman kami di dalam video ini : 

Back to blog

Featured collection

1 of 4