Haram kereta berpetrol masuk kampung ini. Zermatt Switzerland

Haram kereta berpetrol masuk kampung ini. Zermatt Switzerland

Terletak 1,608 meter dari aras laut, di Switzerland ada sebuah kampung berusia ratusan tahun yang mengharamkan segala bentuk kenderaan berpetrol masuk ke kampung mereka. 

Kampung klassik bernama Zermatt ini terkenal sebagai destinasi bermain salji yang terkenal di dunia kerana di salah satu puncak di sini iaitu di Glacier Paraside terdapat Salji sepanjang tahun. Jadi walaupun musim panas kita tetap boleh merasa salji.

Kampung ini juga terkenal kerana puncak Matterhorn yang berbentuk piramid yang menjadi simbol di dalam coklat Toblerone. Lihat pemandangan di sini, sangat cantik kan  :

Memandangkan kampung ini tiada kenderaan dibenarkan, maka untuk ke sini kita perlu mengambil kereta api dari kampung sebelumnya. Kereta api akan membawa kita sehingga ke tengah Zermatt. Dari stesen kereta api, kita boleh memilih sama ada untuk berjalan kaki atau menaiki teksi elektrik yang kecil comel untuk meronda-ronda di kampung ini atau ke hotel. 

Jika kita bercadang untuk menginap di sini, elakkan membawa luggage beg yang besar dan berat. Asingkan pakaian dan masukkan kedalam beg kecil untuk memudahkan perjalanan. Lihat video kami ke kampung ini :

 
Menarikan kampung ini, salah satu kampung yang cantik namun kurang terkenal bagi rakyat Malaysia. Sekali pergi pasti akan teringat selamanya.

Jika ada yang berminat untuk ke Switzerland bersama kami Whatsapp kami terus di nombor ini : 010 - 667 2731

 

Back to blog

Featured collection

1 of 4