Hakikat Pengabdian Seorang Hamba

Hakikat Pengabdian Seorang Hamba

Kebiasaannya bila sampai sahaja di Masjidil Haram, mutawif akan menunjukkan bangunan Kaabah. Semua jemaah senyap seketika, pertama kali melihat Kaabah. Perasaan bercampur baur. Sedih, haru, gembira, takut... semuanya ada. Lihat kat bawah tu memang ramai orang yang sedang tawaf. Trafik jadi perlahan dan bersesak-sesak.

Abang akan bagi masa kepada jemaah untuk berdoa seketika sebelum memulakan langkah tawaf pertama dalam hidup kita sebagai tetamuNya. Faham perasan jemaah. Segala resah hati tidak terungkap. Ada doanya yang tak mampu dilafaz. Malah terus menerus menangisi peluang menjejakkan kaki di tanah yang sama Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad saw pernah berdiri.

 

Perasaan ini hanya seketika. Andai kita memahami maksud (maqasid) sebenar KENAPA KITA MENJADI TETAMU ALLAH - kesedihan itu tadi akan berubah menjadi kekuatan untuk kita MEMBUAT ISLAH. Berazam mahu menjadi insan lebih baik dari sebelum ini. Itulah yang menjadi titik tolak kepada MABRUR atau tidak umrah kita nanti.

Teruskan membaca.

Kaabah diasaskan oleh Nabi Adam as dan dibina sekali lagi oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kaabah adalah kiblat kedua selepas Baitul Maqdis. Semua ummat islam yang melakukan solat menjadikan Kaabah sebagai arah kiblat. Tengok Kaabah ni dapat pahala sebab disini turunnya banyak rahmat.

Kenapa dikatakan dapat pahala? Apa maksud pahala?

Ramai di kalangan kita hanya menyimpulkan ganjaran yang mudah. Solat di depan Baitullah beroleh ganjaran seratus ribu pahala. Malangnya kita masih hidup dalam sangka-sangka dan angan-angan. Kerana itu kita kena jelas. Setiap langkah dan perbuatan kita, ada penjelasan yang munasabah.

Merasionalkan setiap tindakan dan kerjabuat (manasik) kita sebagai tetamu Allah. Bab ni, Abang selalu jelaskan dalam sesi Table Talk (TT) di Tanah Haram. Kenapa kita kena jelas tujuan kita hadir menjadi tetamu Allah. Bukan kerana pahala dan ganjaran semata-mata. Tapi demi memahami HAKIKAT PENGABDIAN SEBAGAI SEORANG HAMBA.

Kenapa ramai orang berkumpul di depan pintu Kaabah?

Dulu Nabi Ibrahim as buat dua pintu tapi sakarang hanya ada satu buah pintu sahaja. Tingginya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.

Kerana ia dikatakan antara tempat yang mustajab untuk berdoa adalah di pintu Kaabah. Sebab tu kalau tengok orang selalu berebut-rebut nak pegang pintu Kaabah. Pintu Kaabah hanya boleh dibuka oleh pewaris Bani Syaibah. Kalau orang lain nak bukak tak boleh, Allah swt tak akan izinkan. Peristiwa ini ada tercatat dalam Quran surah An-Nisaa:58.

Berdoa dan mengharapkan keajaiban semata-mata, bukan suruhan dari Allah. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kita yang BERUSAHA MENGUBAH NASIB UMAT KITA SENDIRI. Berdoa itu satu usaha. Tetapi yang dituntut ialah KERJABUAT selari dengan setiap butir doa kita.

Jangan hanya berserah TANPA ILMU. Belajarlah dari kesilapan lalu. Kita hadir di depan Kaabah untuk mengakui kelemahan diri, kebodohan dan kejahilan kita selama ini. Lalu dengan pengakuan kita, bertaubat untuk mengubah nasib dan hidup sekembalinya kita dari Tanah Suci.

Kaabah hanyalah simbolik untuk kita hadir menghadap Allah. Merendah diri depanNya. Mengharapkan pengampunan dengan kembali semula kepada SIROT YANG ISTIQOMAH (MUSTAQIM) kerana selama ini kita sudah jauh terpesong, dibengkokkan dengan segala macam urusan dunia.

Baitullah ialah rumah Allah.

Ingat, rumahtangga kita di Tanah Air juga adalah 'masjid' yang kita bina untuk melaksanakan segala suruhanNya, meninggikan aturan Allah di dalamnya sebagai SUAMI DAN ISTERI. Membawa peranan IBUBAPA di dalam pembentukan keluarga mengikut KITAB DAN SUNNAH yang sebenar.

Kaabah adalah simbolik rumah Allah. Rumah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan Ismail. Itulah kombinasi fungsi bapa dan anak, yang sepatutnya diikuti sunnahnya oleh kita semua. Malangnya, ramai yang berada di depan Kaabah hanya meratap dan mengharap keajaiban semata-mata. Berdoa tanpa memahami makna dan maksud. Meminta dari Allah, tetapi tidak melihat dalam diri - sudahkah kita laksanakan apa YANG ALLAH TELAH MINTA KITA BUAT SEBAGAI HAMBANYA di dunia?

Pergilah ke Makkah dalam keadaan kita memahami tujuan kenapa kita hadir di rumahNya. Jangan sekadar datang, tetapi ROH DAN JIWA kita masih menjadikan DUNIA sebagai angan-angan. Umrah ialah masa untuk melihat ke dalam diri. Muhasabah untuk perbaiki segala kesilapan lampau kita sepanjang umur yang telah diberikan kepada kita.

Ambil masa. Bertanyalah pada pembimbing umrah. Kenapa kita hadir di Makkah dan Madinah. Ia bukan sekadar satu trip pelancongan ibadah. Ia adalah momen paling penting dalam sejarah hidup kita sebagai hamba Allah.

Reset.

Turning point.

Hijrah.

Iqra' Kitabaka.

Inilah proses kenapa kita datang bersujud di depan Kaabah.

Tahniah kerana selesai membaca hingga di sini. Ada sambungan bahagian kedua. Nak baca tak? Hadam dulu apa yang disampaikan. Moga beroleh semangat untuk menjadi tetamuNya dengan ilmu. Bukan ikut-ikutan. Mengikut persangkaan dan angan-angan.

Salam,

.

.

Shauqi Hasan

Mutawif Rare 

Jom daftar untuk menunaikan ibadah umrah dengan kami di https://www.rarecation.com/products/umrah-jejak-rasul

 

Back to blog

Featured collection

1 of 4