Gua Bercahaya Seperti Fairy Lights di New Zealand

Gua Bercahaya Seperti Fairy Lights di New Zealand

Pertunjukan cahaya bawah tanah yang menakjubkan di New Zealand ini merupakan salah satu tarikan semula jadi terbaik di negara tersebut. Sumber pencahayaan ajaib di gua-gua Waitomo ini datang dari tempat yang unik.

 

Boleh diakses melalui perjalanan bot yang santai, Gua Waitomo telah wujud selama 30 juta tahun. Gua ini telah menjadi tarikan kepada pelancong selama hampir 130 tahun, mendapat reputasi untuk kepentingan budaya dan sejarah. Waitomo berasal daripada perkataan Māori untuk air (Wai) dan hole (tomo) memberikan pelancong petunjuk kukuh tentang apa yang terdapat di bawah bukit hijau di rantau ini.

 

Dapatkan merchandise RARETV di sini. Ada t-shirt, hoodie, mask. Travel mug pun ada.

Kekurangan cahaya matahari di dalam gua ini menjadikan glow worm bercahaya kelihatan seperti bintang-bintang di langit malam. Dikenali sebagai Glow Worm Arachnocampa luminosa, makhluk kecil itu memancarkan cahaya yang jelas dan unik untuk New Zealand.

Gua Waitomo juga mempunyai lubang benam dan sungai bawah tanah yang saling bersambung, yang hanya boleh didapati dengan bantuan pemandu yang berpengalaman. Bagi yang adventurous, terdapat pengalaman berakit air hitam serta perjalanan zip ke dalam kegelapan.

Dapatkan car freshener limited edition kami di Shopee. RM10 je, tahan lama dan wangi teruk pulak tu.

Banyak pemandu adalah keturunan daripada ketua Māori pertama yang menemui gua ini dan menjadikanya terkenal di seluruh dunia pada tahun 1884. Gua dan laluan sempit sangat terkurung sehingga mereka perlu sentiasa dipantau untuk tahap karbon monoksida, yang boleh meningkat jika bilangan pelawat terlalu tinggi.

Jika anda ingin ke New Zealand, jangan lupa untuk melawat gua bercahaya yang rare ini!

Kalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh try tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.

  • SWITZERLAND

    Regular price RM15,650.00
    Regular price Sale price RM15,650.00
    SWITZERLAND
  • TURKI MUSIM SEJUK

    Regular price RM8,980.00
    Regular price Sale price RM8,980.00
    TURKI MUSIM SEJUK
  • PAKEJ UMRAH

    Regular price From RM8,740.00
    Regular price Sale price From RM8,740.00
    PAKEJ UMRAH
  • SOUTH ICELAND ADVENTURES

    Regular price RM19,100.00
    Regular price Sale price RM19,100.00
    SOUTH ICELAND ADVENTURES
1 of 4