Faktor Penting Untuk Tingkatkan Kosistensi Dalam Beribadah
Share
Pengaruh persekitaran banyak mempengaruhi diri kita. Contoh, bila bulan Ramadan tiba, semua orang akan terikut-ikut dengan suasana Ramadan. Yang biasanya jenis liat nak bangun awal, tiba-tiba boleh pula bangkit sebelum Subuh.
Walaupun hakikatnya ada je yang lepas sahur tido balik sampai terlajak Subuh, tapi itu masih membuktikan bahawa kita sebenarnya boleh bangun menunggu Subuh, cuma kita je yang pilih untuk taknak bangun.
Bulan Ramadhan, yang selama ni liat nak ke masjid dengan macam-macam alasan, tiba-tiba jadi rajin solat Maghrib and Isyak kat masjid.
Walapun hakikatnya dia ke masjid sebab bulan Ramadhan ramai orang sedekah makanan best-best kat masjid, moreh pun macam-macam makanan ada, tapi itu menunjukkan bahawa kita sebenarnya mampu bersolat jemaah di masjid cuma selama ni kita pilih untuk tak nak pergi.
Yang selama ni liat sungguh nak berpuasa sunat, elok je tiba Ramadhan boleh pulak berpuasa sebulan penuh. Kerana apa?
Kerana persekitaran kita juga berpuasa. Restoran mamak tutup, member pun takde yang ajak pi makan, gerai goreng pisang pun tak buka, eksrim Mat Cool pun tak lalu-lalang.
Yang selama ni seminggu sekali payah nak pegang Quran, masuk je bulan Ramadan boleh khatam dalam masa sebulan. Kerana sana-sini orang sibuk buat majlis tadarus. Kita jadi terpengaruh untuk membaca.
Fenomena kedua adalah ketika ibadah umrah dan haji.
Kat sana geng perempuan boleh bertudung-litup dengan sempurna siap boleh istiqomah 2 minggu pakai niqab. Balik je Malaysia start balik pakai ketat sendat. Hilang semua niqab and jubah.
Niqab and jubah tu oklah fine, tak penting untuk dipakai. Pakai baju kurung, blouse longgar-longgar pun boleh.
Tapi stokin?
Takkan stokin pun hilang jugak?
Ketika berada di rumah Allah, semua manusia berubah dengan drastik.
Yang payah nak menangis jadi murah airmatanya saat melihat Kaabah dan saat bersujud di Masjidil Haram kerana mengingatkan dosa dan takutkan seksaan akhirat.
Yang selama ni masjid 500m dari rumah pun payah nak jengah, tiba-tiba di Mekah dapat hotel jauh dari 500m dari masjid pun sanggup jalan kaki semata-mata untuk bersolat.
Di sana, berbuka dengan 2 biji kurma dan segelas zam zam pun dah memadai. Tapi kat sini habis satu pasar malam nak dibelinya, tu pun tak cukup lagi.
Apakah sebab di sebalik semua ni?
Jawapannya adalah kerana kekuatan pengaruh persekitaran.
Bagaimana dan dimana kita meletakkan diri kita sangat penting untuk membentuk akhlak diri sendiri.
Kalau kita tak emotionally and spritually strong, maka carilah persekitaran dan lingkungan yang baik supaya perkara baik yang kita dapat lakukan ketika bulan Ramadhan dan ketika di Mekah dapat kita teruskan.
Tak dapat cari kawan yang baik, carilah guru agama yang baik kerana pergaulan sangat mempengaruhi kehidupan seseorang. Akibat bergaul dengan teman-teman yang perangai buruk, lama-lama kita akan terikut-ikut jadi buruk.
Sebaliknya bergaul dengan orang-orang yang baik selalunya kita akan dapat manfaat yang besar.
9-20 Mac 2023 Rarecation Umrah khusus untuk jemaah dari Singapura. Berlepas dari Airport Changi. Hanya 40 orang jemaah sahaja. Masih berbaki bebeberapa kekosongan.
Berlepas dari Singapura, keakraban dan kebersamaan akan terasa bila kita pergi ibarat sebuah keluarga besar yang sama-sama mencari misi untuk memahami Manasik dan Maqasid umrah mabrur yang sebenar.
Hubungi 019-2536474 (Shauqi Hasan) untuk tempahan tempat. Masih ada 14 tempat kosong yang nak diisi segera.
Jom pi Umrah,
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare