Kunci Rahsia Umrah Untuk Kebahagian Suami & Isteri

Kunci Rahsia Umrah Untuk Kebahagian Suami & Isteri

Kebanyakan isteri-isteri ni selalu mengeluh tentang perihal rumahtangga tapi masih kekal juga dengan suami yang sama bertahun-tahun. Tapi sepanjang tahun mengeluh je kerjanya. Buat apa stay kalau nak mengeluh?  Ini antara fenomena biasa yang dilontarkan dalam sesi Kuliah Dhuha atau Table Talk di Madinah. Baca sampai habis.

Dalam persiapan mengerjakan ibadah umrah, antara perkara penting jemaah kena faham ialah MAKNA RAUDAH BAGI SEORANG SUAMI DAN ISTERI. Bila kita faham fungsi MASJID (rumahtangga) kita akan memahami tujuan perkahwinan dan rukun nikah yang kita kena pelihara sepanjang menjadi suami dan isteri.

Sebab itu umrah terkait dengan Baitullah, sangat rapat hubungannya dengan mesej sebuah rumahtangga. Bukan hanya ritual semata-mata. ADA KERJA YANG SUAMI ISTERI KENA FAHAM BILA DATANG MENGHADAP KAABAH.

Bila persoalan tentang masalah suami isteri dikongsikan dalam siri kuliah, suka untuk dinampakkan bagaimana jawapan Allah sentiasa ada di dalam Al-Quran. Kalau kita pilih untuk terus bersama dengan suami yang tak mampu mendidik, maka kita kena belajar redha and ikhlas. Itu je penyelesaiannya.

Kalau nak mengeluh je kerjanya, better keluar je lah dari ‘perkahwinan’ tu. Sama-sama tak tanggung sakit hati. Sama-sama tak tanggung dosa. Untuk isteri jangan pandai cakap suami tak bertanggungjawab tu suami yang berdosa. Kalau isteri mengungkit and mengeluh pun namanya berdosa juga.

Sama je lah.

Nak hidup tenang and bahagia ni syaratnya diri sendiri kena berubah. Sebab kalau kita berubah, persekitaran dan keadaan sekeliling akan ikut berubah sama.

Macam salah sebuah ceramah yang Abang pernah ikut. Seorang lelaki ni tanya soalan kat ustaz, yang mak mertua and bapak mertua dia dah semakin tua tapi tak suka baca Al-Quran, tak suka solat sunat. Solat jemaah pun taknak.

Ustaz tu jawab "Anda kena buat solat taubat banyak-banyak".

Satu dewan gelak.

Ustaz tu kata "Ada kalanya perilaku orang yang hampir dengan kita itu menjengkelkan adalah disebabkan oleh dosa-dosa kita". Bila dia ulas statement dia tu, baru Abang faham. Sememangnya kalau kita nak orang lain berubah, KITA KENA BERUBAH DULU.

Allah bagi kita DUA MATA.

Satu mata untuk melihat keaiban dan kelemahan diri, satu lagi lihat kebaikan dan kehebatan orang lain. Lihat dan cari baik orang di mana. Cari sampai jumpa.

Mesti ada!

Jangan pukul rata semua yang tu tak bagus. Mungkin dia tak bagus lagi mempraktikkan perintah Allah tapi tak bermakna dia jahil sepenuhnya. Mungkin PETUNJUK belum sampai. Bila kita guna hanya satu mata untuk lihat kekurangan orang, macam mana nak tengok kelemahan diri?

Asyik taksub dengan kelebihan diri sehinggakan terlupa nak lihat kelemahan. Istighfarlah. Perlu tahu, sebahagian besar dari mereka teramat ingin nikmat untuk berada dalam suasana soleh dan baik tapi masih belum kuat nak cari kekuatan untuk benar-benar berubah.

Kalau kita betul ikhlas nak orang tu sama-sama pecut dengan kita ke syurga, tolonglah buat cara yang betul. Bukan dengan cara mengecam tindakan mereka. Apa yang mereka buat belum tentu salah, cuma mungkin kurang tepat.

Menjadi tanggungjawab kita untuk cari kekuatan agar mereka jumpa kesedaran untuk menjalin hubungan dengan Allah dengan lebih kukuh.

Biar kita menjadi penyebab jalinan tu!

Jika si isteri lebih berilmu, bantulah suami menjadi lebih baik dan berkemahuan kepada agama. Bukan mengeluh dan mengutuk.  Buat suami yang jahil, jangan pernah rasa rendah diri tak berilmu dan tak mampu. Selagi nyawa masih di badan, jangan sia-siakan peluang umur dan hayat yang Allah berikan.

Ambil peluang kaji dan gali Kitab Allah, dalam tu ada rahsia ILMU PARENTING DARIPADA PENCIPTA KITA. Bagaimana nak jadi suami seperti Nabi Ibrahim, yang mampu mendidik isteri dan mencipta anak menjadi seorang Nabi. Kisah keluarga para Nabi dan Rasul menjadi topik utama Al-Quran.

Tema penting dalam setiap 114 Surah itu adalah mengajak kita berfikir bagaimana MENGATUR DIRI MENGIKUT ATURAN ROBB, daripada sekecil nukleus keluarga sehingga sebesar memimpin dunia.

Kitab Allah itu sudah lengkap. Kita yang belum cekap. Hanya membaca untuk sekadar bercakap. Tapi belum berbuat sepertimana diucap.

Pergi ke Kota Mekah kita disuruh melihat uswah. Mencerap segala ibrah yang ada di depan Kaabah. Bermuhasabah mencari maksud dan tujuan ibadah. Bukan hadir mengerjakan umrah tapi langsung tidak memahami tuntutan Allah, KENAPA KITA HADIR KE BAITULLAH?

Jangan sampai waktu tua baru kita nak menyesal tak sempat nak bawa anak dan isteri ke Tanah Suci, tak mampu nak mendidik mereka mengenal agama. Kerana kejahilan kita yang sibuk mengejar dunia.

Mari fahami setiap kerja buat & ibadah kita di tanah suci. Sila hubungi Puan Sabrina, +60102187273, untuk mendaftar.

Salam Subuh,

.

.

Shauqi Hasan

Mutawif Rare

Back to blog

Featured collection

1 of 4