Manusia punya persepsi memang berbeza-beza. Kadang apa yang baik bagi Allah, bagi dia semuanya buruk. Tak payah jauh la, kalau pi umrah atau haji pun macam-macam cerita yang tak best kadang kita dengar hasil dari persepsi manusia.
Hamba Allah tu sesat tak jumpa pintu keluar, dikatanya "Ada la tu yang salah dia buat dulu..."
Hamba Allah tu sakit, dikatanya "Ada la tu yang tak selesai kat sana hari tu..."
Kita tak sedar ucapan kita tu adalah ujian untuk diri kita.
Boleh jadi ketika kita ucapkan tu, hati timbul bangga dapat beribadat dengan mudah. Sayangnya, itulah yang boleh menghapuskan penat kita berumrah beribadat berjam-jam. Boleh jadi yang diuji dengan sesat dan sakit tu Allah ampunkan dosanya bila dia berdoa "Ya Allah, kalau ini kifarah dosa-dosaku aku redha.."
Pernah tak dengar? Di syurga nanti, dipenuhi dengan ahli maksiat yang sudah bertaubat. Tapi di neraka, dipenuhi dengan ahli ibadah yang sombong dalam ibadahnya.
Nauzubillah. Apa pun kata orang, biarlah. Itu persepsi mereka.
Kalau kita percaya apa yang kita buat ni, hijrah kita ni, semata mencari redha Allah, teruskan. Laluan hijrah memang tak pernah mudah. Setakat kena perli, kena cop bajet alim - tu biasa. Tu memang wajib ada dalam mana-mana sejarah kisab hidup orang yang berhijrah, jadi jangan sedih-sedih sangat.
Antara menjadi punca kita suka bertangguh nak hijrah adalah ketika kita merasa umur kita panjang lagi. Panjang angan-angan orang kata. Terlampau banyak hal-hal duniawi dalam wishlist yang di-aim, sampaikan bertangguh-tangguh untuk berhijrah kerana nak fulfill wishlist dulu.
Jangan salah faham. Pasang angan-angan tu tak salah, tapi jangan sampai lupa yang mungkin kita akan jumpa maut dulu sebelum jumpa impian. Orang kata berpatut-padanlah. Hal dunia ni kita jangan terlampau banyak angan-angan. Orang mukmin itu memandang dunia dengan bersahaja.
Kalau dapat, syukur. Kalau tak dapat, takpelah, memang bukan itu tujuan kita hidup di dunia ni.
Jangan sampai mati-matian sebab nanti kita akan terus mengejar dunia tanpa habisnya. Bila angan-angan terlampau besar, itu menjadi punca kita lupa nak bertaubat dan hijrah pada Allah.
Orang kata berhijrah ni tak menarik.
Semuanya jadi tak menarik.
Penampilan tak menarik.
Pergaulan tak menarik.
Aktiviti pun tak menarik.
Betul, Abang setuju.
Memang bila dah berhijrah meninggalkan keseronokan dunia, semua benda jadi tak menarik. Dulu boleh buat, sekarang tak boleh. Ada je benda yang salah. Kerana apa?
Kerana kita dah terlalu lama melakukan yang salah, jadi bila melakukan yang benar, semuanya rasa janggal. Kerana mata kita terlalu banyak melihat yang haram, jadi bila melihat orang berubah, berhijab kita terasa pelik. Kerana telinga kita terlalu banyak mendengar gosip, jadi bila mendengar ceramah agama kita terasa boring.
Semua tu takkan jadi menarik kalau kita masih berada di kelompok adan persekitaran yang asal. Kita akan merasa left out dan terasing serta 'pelik'. Tapi kalau kita berada di kelompok yang betul, insha Allah hijrah tu akan jadi sangat menarik.
Begitulah antara ujian yang bakal kita lalui bila pulang dari mengerjakan umrah dan berniat untuk berhijrah. Orang tak nampak usaha kita mahu berubah, tetapi mereka akan cuba melemahkan semangat kita yang berusaha untuk menjadi insan soleh dan solehah.
Rarecation Umrah 9 - 20 Mac 2023 ini khusus untuk warga Singapura akan kami isi dengan perkongsian yang padat dengan kefahaman Kitab dan Sunnah, memahami bagaimana agama mengajak kita mengubah nasib diri dengan petunjuk Al-Quran.
Jom sertai umrah bersama kami, hubungi Ustaz Aziq Amri +6019-558 8930 untuk maklumat lanjut dan tempahan.
Terima kasih kerana share. Moga menjadi asbab kita juga diberikan hidayah untuk berubah membuat islah. Aminn.
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare