Mencari Kefahaman Ritual Umrah

Mencari Kefahaman Ritual Umrah

Kembara Wahyu edisi Umrah yang penuh ibrah. Perjalanan mencari maksud dan kefahaman di sebalik ritual ibadah umrah melalui tarbiah Manasik dan Maqasid yang sebenar. Bukan lagi bersifat ikut-ikutan tanpa ilmu sebalik dipenuhi pengisian rohani dan jiwa agar Kitab Allah dan Sunnah para Nabi juga Rasul dapat dihidupkan kembali sebagai pedoman dan panduan kepada kita umat di akhir zaman.

Umrah bukan sekadar ziarah ke Baitullah. Tetapi satu misi pelurusan sejarah. Bagaimana agama Islam yang sebenar wajib difahami sebagai satu cara hidup yang mengeluarkan manusia dari kejahilan. Jahiliyah dan kehidupan kafir musyirikin Mekah di zaman Rasulullah adalah juga satu gambaran cara hidup umat Islam moden hari ini. Bagaimana wujudnya Kaabah di depan mata sebagai Baitullah, tetapi manusia masih tetap sesat hidup tanpa kefahaman agama yang sebenar.

Islam sudah wujud jauh dari Zaman Nabi Adam sehingga berdirinya sebuah rumah dibangunkan keluarga Nabi Ibrahim sebagai satu simbolik sebuah institusi agama yang ditegakkan falsafah rumahtangga di sebalik sebuah Masjid.

Itulah masjidilharam, yang menjadi simbolik tanah suci kerana di dalamnya adanya fungsi BAPAK, IBU DAN ANAK yang saling menyucikan diri untuk membangunkan sebuah institusi keluar Islam.

Sains di sebalik Kaabah, Maqam Ibrahim, Hajarul Aswad, Hijir Ismail, Safwa dan Marwa juga pelaksanaan maqasid umrah melalui ritual Ihram, Tawaf, Saie dan Tahalul semuanya dikongsikan sebagai satu ibadah yang menjadikan kita lebih memahami tujuan PENGABDIAN KEPADA ALLAH.

Bukan lagi hadir ke rumahNya tanpa tahu maksud dan makna setiap perbuatan RUKUN FI’LI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MENGERJAKAN UMRAH.

Inilah tugas dan tanggungjawab kami sebagai Mutawif. Menjadi pengantara di dalam menyampaikan mesej-mesej wahyu Allah melalui pelaksanaan sunnah Rasulullah.

Kembali kepada TEKS ASAL KITAB ALLAH sebagai rujukan dan panduan. Seterusnya melihat strategi pembangunan agama yang ditunjukkan melalui USWAH RASULULLAH SAW dengan contoh semua 25 Rasul dan Nabi yang disebutkan di dalam Al-Quran.

Setiap dari mereka mempunyai kisah dan pelajaran yang penuh HIKMAH, TEKNIK DAN TAKTIK YANG HANYA MAMPU DIBACA OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI JIWA SEORANG ULUL ALBAB. Membaca setiap ayat Al-Quran sebagai strategi bukan sekadar mengaji, mengharapkan pahala.

Bukan hanya dengan menjadikannya berlagu dan irama nyanyian sehingga menghilangkan maksud sebenar wahyu Allah diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia.

Jom ikuti kembara wahyu bersama Rarecation Travel Sdn Bhd. Hubungi Shauqi Hasan (019-2536374) untuk pengembaraan ilmu dan ibadah yang tiada sepertinya Mac 2023 ini.

.

.

Shauqi Hasan

Mutawif Rare 2023

Back to blog

Featured collection

1 of 4