Mengapa Tawaf Kita Menjadi Sia-sia

Mengapa Tawaf Kita Menjadi Sia-sia

Betul ke buat 7 Kali umrah dapat pahala Haji?

Dalam masa kita mengerjakan ibadah haji atau umrah, paling utama sekali elakkan diri dari melakukan perkara khurafat dah terlalu banyak memikirkan perkara yang bersifat negatif. Terutamanya bagi ‘first timer’ dan para pembaca tegar majalah Mastika.

Kita jangan suka main “ikut-ikut” orang lain. Senang cakap tapi cukup susah kita nak elak.

Maksudnya, apa orang buat, kita ikut buat, sedangkan apa yang dilakukan oleh orang itu tidak betul dan mungkin melanggar hukum agama. Macam mana nak tahu betul ke tak betul?

Semua tu kita kena rujuk balik pada Al-Quran, bukan berdasarkan persangkaan. Apa yang kita laksanakan terutamanya dalam ibadah haji dan umrah ini mestilah berdasarkan ilmu daripada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

Ramai yang senang lagi cakap, “saya dah buat ikut buku panduan, dah ikut apa mutawif buat”.

Memang mudah berlepas diri, tapi perjalanan umrah tidak hanya selesai di Baitullah. Mendapat ganjaran ‘mabrur’ sebenarnya bermula bila kita kembali ke rumah. Itulah KEFAHAMAN yang perlu dicari. ILMU yang wajib digali di Tanah Suci.

Ada anggapan salah bahawa dengan melakukan “tujuh kali Umrah” akan mendapat “Satu Haji.” Anggapan ini, menurut apa yang disebut oleh para ulama dulu (salaf) adalah tidak betul.

Pahala haji akan kita perolehi setelah kita melakukan ibadah haji dengan menyelesaikan “ilmu rukunnya”, dan “lima rukun wajib hajinya.”

Setelah melakukan semuanya itu dengan sempurna “rukun” dan “wajib hajinya” barulah cukup syarat melakukan ibadah haji. Soal dapat pahala, soal diterima atau tidak, itu bukan soal kita. Itu terpulang kepada Allah menilainya.

Kadang kala kita melihat ada jemaah kita apabila tiba di Makkah berebut-rebut nak buat “umrah”. Hanya kerana menyangka lagi banyak umrah lagi banyak pahala sebab itulah pakat dok pulun buat Umrah tujuh kali.

Kemudian kita beritahu pula orang, “Aku dah buat tujuh kali, 10 kali, 20 kali umrah.” Timbullah rasa riak. Sepanjang hayat Rasulullah saw, baginda mengerjakan umrah sebanyak 4 kali.

‎ ابْنِ اسٍ الَ اعْتَمَرَ لُ اللَّهِ لَّى اللَّهُ لَيْهِ لَّمَ الْحُدَيْبِيَةِ الْقَضَاءِ ابِلٍ الثَّالِثِعَةَ الثَّالِثِعَةَ

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: “Rasulullah mengerjakan umrah sebanyak empat kali. (Iaitu) umrah Hudaibiyah, umrah Qadha`, umrah ketiga dari Ji'ranah, dan (umrah) keempat yang bertepatan dengan pelaksanaan hajinya.”

Setiap umrah, Nabi lakukan dalam perjalanan yang berasingan. Tiga umrah berasingan, tanpa haji. Dan sekali pada masa yang sama dengan Haji.

Bagi yang pertama kami mengerjakan Umrah, kebiasaannya kita berpeluang mengerjakan SATU KALI UMRAH WAJIB dan DUA KALI UMRAH SUNAT.

3 kali umrah ini sudah cukup untuk mendidik serta mengajar kita maksud dan tujuan kenapa hadir ke Baitullah. Tapi kena kerja keras dengan mendalami setiap ayat Al-Quran yang mengajak kita berfikir kenapa dan mengapa kita diperintahkan hadir ke Tanah Haram?

Jadi sebenarnya apa yang lebih utama bila kita dijemput menjadi tetamu Allah?

Amalan apa yang lebih dituntut di depan Baitullah?

JAWPANNYA IALAH PERBANYAKKAN TAWAF.

Begitulah yang Rasulullah ajarkan dan itulah Sunnah yang baginda tinggalkan.  Kita juga dituntut untuk fahami maksud tawaf secara MAQASID tidak sekadar pada MANASIK. Bukan hanya perbuatan (fi’li) tetapi melalui falsafah dan sains di sebalik tawaf.

Kenapa mesti tawaf dalam keadaan LAWAN ARAH JAM? Ramai yang yang mengikut langkah Mutawif tapi tidak ramai yang bertanya kenapa kita berbuat begitu?

Syaikhul Islam Ibn Taimiyah menyatakan:

“Tawaf mengelilingi Kaabah lebih utama daripada umrah bagi orang yang berada di Mekah, adalah perkara yang tidak diragui oleh orang yang memahami Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah yang menggantikannya. dan para sahabatnya, serta generasi salaf dan akhlak."Alasannya, adalah kerana tawaf di Baitullah adalah ibadah dan qurbah yang paling afdhal (cara mendekatkan diri kepada Allah) yang telah ditetapkan Allah dalam kitab-Nya, berdasarkan sabda Nabi-Nya.

Tawaf merupakan salah satu ibadah yang paling utama bagi penduduk Mekah. Iaitu orang-orang yang berada di Mekah, baik penduduk tempatan mahupun pendatang.

Tawaf juga merupakan ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan oleh orang di kota lain.

Orang yang berada di Mekah sejak zaman Rasulullah dan zaman khulafa sentiasa melaksanakan tawaf pada setiap masa.

Dan lagi, Rasulullah saw memerintahkan kepada mereka yang bertugas di Baitullah agar tidak menghalang sesiapa yang ingin melakukan tawaf pada bila-bila masa. Baginda berkata:

‎ ا افٍ لَا ا ا افَ ا الْبَيْتِ لَّى اعَةٍ اءَ اللَّيْلِ النَّهَارِ

“Wahai Bani Abd Manaf, janganlah kamu melarang seseorang daripada melakukan tawaf di Ka’bah dan solat pada bila-bila masa, baik malam mahupun siang”

Allah memerintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk bersabda:

“Dan bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang i’tikaf, yang ruku’ dan yang sujud.” [Al Baqarah/2:125]

Dalam ayat lain:

“Dan sucikanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang-orang yang beribadah, orang-orang yang ruku’ dan sujud.” [Al Hajj/22:26]

Dalam dua ayat di atas, Allah menyebut tiga ibadah di Baitullah iaitu:

  1. Tawaf,
  2. Iktikaf
  3. Rukuk dan sujud

Dengan mengutamakan yang paling istimewa dahulu iaitu tawaf. Kerana sebenarnya tawaf tidak disyariatkan kecuali di Baitil 'Atiq (rumah tua, Ka'bah) berdasarkan kesepakatan para ulama. Begitu juga ulama bersepakat bahawa tawaf tidak boleh dilakukan di tempat selain Kaabah. Adapun iktikaf boleh dilakukan di masjid-masjid lain. Begitu juga rukuk dan sujud boleh dilakukan di mana sahaja.

Nabi bersabda:

“Menjadikan bumi sebagai masjid dan tempat bersuci bagi diriku” [HR. al-Bukhari – Muslim]

Maksudnya, Allah mengutamakan perkara yang paling istimewa dengan tempat itu. Sehingga mengutamakan sebutan tawaf. Kerana ibadah Tawaf hanya berlaku khusus untuk Masjidil Haram. Barulah disebut iktikaf.

Kerana ia boleh dilakukan di Masjidil Haram dan masjid-masjid lain yang digunakan oleh umat Islam untuk menunaikan solat lima waktu. Seterusnya sebut tentang ibadah solat. Kerana tempat pelaksanaannya lebih umum.

Selain itu, tawaf adalah rangkaian ibadah yang lebih kerap diulang. Tawaf Qudum disyariatkan kepada orang yang baru tiba di Mekah. Tawaf Wadak disyariatkan bagi orang yang akan keluar dari kota Mekah setelah melaksanakan ibadah haji. Selain adanya tawaf ifadhah yang merupakan salah satu rukun haji.

 

Secara khusus, keutamaan tawaf di Baitullah Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang mengelilingi rumah ini (Kaabah) tujuh kali, maka ia seperti memerdekakan seorang hamba”

Kesimpulannya kita dituntut untuk memperbanyakkan tawaf kerana ia adalah ibadah sunnah yang diperintahkan. Terutama bagi orang yang datang ke Mekah. Ramai ulama berpendapat bahawa tawaf di Kaabah lebih utama daripada solat di Masjidil Haram, walaupun solat di sana itu amat penting.

Pendapat yang mengatakan tidak disyariatkan tawaf berulang-ulang, ini ditunjukkan oleh Sunnah Nabawiyah iaitu 'amaliyah, dan disokong oleh fi'il (perbuatan) para sahabat. Oleh itu, apabila kita berada di Mekah sebelum atau selepas haji, adalah lebih baik kita memperbanyakkan Tawaf, daripada melakukan perkara yang tidak ada contoh selain daripada yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Buatlah dengan ilmu. Bukan hanya menurut nafsu.Walaupun kadangkala kita suka mengikut buku.

Hubungi Puan Sabrina, +6010-2187273, untuk mendaftar untuk pakej umrah kami.

Salam,

.

.

Shauqi Hasan

Mutawif Rare

 

Back to blog

Featured collection

1 of 4