Broga Hill 2022 masih cantik seperti dulu?

Broga Hill 2022 masih cantik seperti dulu?

Jarang dengar kaki hiking Lembah Klang tak pernah sampai Broga Hill sebab bukit ni kira macam training ground untuk novice hiker.

Dengan jarak pendakian lebih kurang 1.5km ke puncak dan kecuraman yang sederhana, memang agak mencabar especially kepada yang kurang berstamina.

Walaupun penat, semuanya lenyap bila disambut oleh landskap Broga Hill yang cantik dan unik ditambah pula dengan suasana keemasan matahari terbit memang buatkan kita rasa nak terus duduk di situ. Lautan lalang-lalang liar yang ditiup angin sepoi-sepoi, tak hairan ramai yang sanggup daki ke sini tak kira tua atau muda.


Team RARETV juga pertama kali sampai ke sini kecuali Kapten Syibli yang pernah mendaki sebelum kejadian kebakaran yang memusnahkan lanskap indah Broga Hill pada tahun 2019.

Pendakian kami seramai 5 orang bermula seawal jam 5.30 pagi dengan semangat yang berkobar-kobar untuk sampai ke puncak sebelum matahari terbit. Rancangnya nak shoot cantik-cantik sewaktu matahari keluar tapi hanya tinggal harapan sebab boleh pula Kapten AA tertinggal iPhone 13 dia dalam kereta. Sedarnya pun dah separuh pendakian, terpaksa lah patah balik. Nasib badan..

Sampai sahaja team RARETV di puncak, kami disambut view matahari terbit yang spektakular dengan awan berwarna keemasan dan cuca sejuk yang nyaman.

Trip kali ini juga special sebab Kapten AA nak belanja supporter RARETV dengan footage drone FPV nya. So, kalau nak tahu macam mana hasil penerbangan drone lincah ini yang dikahwinkan dengan Insta360 Go 2 dan juga review kami tentang keadaan Broga Hill pada tahun 2022, jom layan video penuhnya kat bawah ni:-

 
By the way guys, t-shirt kuning RARETV yang Kapten Syibli pakai ni limited edition untuk para hiker tegar ya. Material yang lembut dan design yang awesome daripada Kapten AA, pasti memikat hati. Jom grab di: https://www.rarecation.com/products/t-shirt-raretv-special-edition

Juga Insta360 Go 2  boleh grab terus di Insta360's e-commerce store: 
https://store.insta360.com/NewYearSale?insrc=INRR1OM

 

See you guys next time!

Back to blog

Featured collection

1 of 4