Kalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh try tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.
Beli Gereja Lama Jadikan Masjid Demi Bapa
Share
Keluarga Thohir dari Indonesia membeli sebuah gereja warisan sejarah di Los Angeles dan mengubahnya menjadi sebuah masjid.
Masjid At-Thohir dirasmikan pada Ahad, 27 Mac 2022, dan dihadiri usahawan Muslim Indonesia Garibaldi Thohir.
Menurut Garibaldi Thohir, keinginan menghadiahkan masjid untuk komuniti warga Indonesia dan masyarakat Muslim Los Angeles tercetus pada 2015.
“Kami sekeluarga memang sering berlibur ke Los Angeles. Ayah sering mengeluh kalau mau shalat Jumat,” ujarnya.
Dapatkan merchandise RARETV di sini.
Walaupun Haji Mochamad Thohir, meninggal dunia pada 2016, Garibaldi sekeluarga nekad melaksanakan impian ayahnya untuk menghadiahkan sebuah masjid milik warga Indonesia untuk Los Angeles.
Hasil sumbangan warga Indonesia serta sokongan bandar Los Angeles, bangunan gereja lama yang dibina pada 1920 itu direnovasi menjadi masjid. Garibaldi berharap masjid itu dapat mengangkat nama komuniti Muslim Indonesia di LA sebagai contoh ‘penerapan Islam yang membawa damai’.
“Masjid ini juga semoga bisa memakmurkan masyarakat Indonesia di Los Angeles ini,” ujar usahawan itu lagi.
Masjid in terbahagi kepada dua bahagian iaitu bangunan utama seluas 10,000 sqft yang terbahagi kepada ruang ibadah, ruang serbaguna dan ruang kelas Pendidikan Madrasah. Kemudian, bangunan kedua digunakan untuk imam atau tetamu yang bermalam di masjid.
Dapatkan car freshener limited edition kami. RM 10 je dan boleh dibeli di Shopee.
Duta Besar Republik Indonesia, Roosan P Roslani ke Amerika Syarikat dalam acara perasmian memanjatkan kesyukuran di atas kehadiran Masjid At-Thohir.
Menurutnya, kehadiran masjid ini melengkapi jajaran masjid di Amerika milik warga Indonesia. “Ini adalah masjid keenam di Amerika dimiliki oleh WNI,” kata Roosan.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka, Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” ~Riwayat al-Bukhari & Muslim.
Terima kasih Pak Garibaldi dan keluarga Thohir.
Sumber: Bebenang dari Twitter @ATMology