Orang di seluruh dunia mengikuti rutin yang hampir sama: bangun pagi, minum secawan kopi.
Walau bagaimanapun, di mana rutin ini berbeza, adalah dalam penyediaan kopi, dan kadang-kadang ramuan yang digunakan.
Sebagai contoh, orang Amerika mungkin tidak akan menganggap lada, lemon dan keju sebagai campuran kopi yang sesuai, tetapi dalam budaya lain ini adalah perkara biasa.
Berikut ialah beberapa pecahan cara kopi dihidangkan di seluruh dunia.
- Kaffeost — Finland
Di Finland, kopi panas dituangkan ke atas ketulan juustoleipä (kiub keju). Walaupun ia mungkin kedengaran tidak menarik, orang Finland menyukai kombo yang unik ini.
- Türk Kahvesi — Turkey
Biji kopi yang dikisar halus direbus dalam periuk tembaga atau loyang khas yang dipanggil cezve. Kopi Turki adalah istimewa kerana ia disediakan tanpa ditapis, dan jadi serbuk kopi itu mengenap ke bawah. Ya, itu bermakna anda meminumnya dengan serbuknya sekali.
- Frappé — Greece
Dicipta oleh wakil Nescafé pada tahun 1957, frappé ialah minuman musim panas yang popular di Greece, yang terdiri daripada ais kopi segera dipenuhi dengan buih susu.
- Espresso Romano — Italy
Espresso Itali asli dihidangkan dengan sepotong lemon dan sesudu kecil gula, yang dikatakan dapat mengeluarkan rasa java yang lebih manis.
- Cà phê đá — Vietnam
Dikenali kerana rasa yang sangat manis dan sangat kuat, kopi ais Vietnam ini dibuat dengan kopi dark roast yang dikisar kasar, kemudian dibancuh terus ke dalam secawan susu pekat dan ais melalui penapis French drip.
- Irish Coffee — Ireland
Hibrid kopi-koktel ini terdiri daripada kopi panas, wiski Ireland, dan gula, serta dihiasi dengan krim pekat.
- Pharisäer — Germany
Pharisäer ialah minuman dekaden yang berasal dari Jerman. Ia dibuat dengan kopi, rum dan gula, serta dihiasi dengan krim putar dan serpihan coklat.
Dapatkan car freshener limited edition kami di Shopee. RM10 je, tahan lama dan wangi teruk pulak tu.
- Mazagran — Portugal
Minuman kopi yang menyegarkan ini terdiri daripada espreso dan jus lemon atau soda lemon untuk memberikan kelainan unik pada kopi ais biasa anda. Mazagran berasal dari Algeria, tetapi Portugis yang mula menambah perisa lemon dan bukannya air kepada minuman kopi berais.
- Qahwa — Saudi Arabia
Kopi di Arab Saudi dan negara Arab lain dibuat dengan campuran rempah termasuk buah pelaga, kayu manis, cengkih, kunyit, dan halia. Untuk mengimbangi rasa pahit kopi yang kuat, qahwa sering dihidangkan dengan kurma kering.
- Yuenyeung — Hong Kong
Yuenyeung ialah minuman kopi popular di Hong Kong yang terdiri daripada campuran kopi dan teh susu. Minuman boleh dinikmati panas atau sejuk, dan pelbagai jenis teh susu boleh digunakan untuk mencipta pelbagai rasa yang unik.
Setiap negara ada tradisi mereka. Jadi, jika anda melancong ke negara-negara di atas, jangan lupa untuk cuba kopi tradisi mereka. Mencuba benda baru itu juga adalah sebahagian daripada pengalaman kita. Bagi yang beragama Islam, hati-hati sebelum mencuba sebab ada yang mengandungi alkohol.
Kalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh try tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.