Air Biru Kehijauan, Sungai Paling Jernih di Terengganu

Air Biru Kehijauan, Sungai Paling Jernih di Terengganu

Terengganu terkenal dengan pulau – pulau dan tasik - tasik yang menakjubkan. Di sini jugak terdapat beberapa kawasan rekreasi yang menarik penuh dengan pelbagai aktiviti yang kami jamin akan membawa keseronokan maksima!

Di Jerteh, Terengganu ada sebuah kawasan rekreasi di mana anda dapat menikmati suasana tenang dalam kehijauan dan kedinginan air sungai berwarna biru kehijauan. Tempat itu adalah Lata Kolam Air Deru Ecopark.

Dapatkan car freshener limited edition kami di Shopee. RM10 je, tahan lama dan wangi teruk pulak tu.

Lata Kolam Air Deru Ecopark terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut, Terengganu. Tempat ini popular di media sosial kerana air sungainya berwarna biru kehijauan terang. Air sungai itu juga sangat jernih sampai boleh nampak ke dasar sungai.

Cuaca panas ni mesti best mandi manda di sungai. Confirm tak nak keluar!

Menariknya lagi di Ecopark ni, tempat ini menyediakan penginapan pelbagai jenis bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini. Mereka menyediakan penginapan jenis tube lodge, cabin dorm, glamping, hammock dan juga tapak perkhemahan. Untuk perkhemahan, khemah boleh disewa dan boleh pilih saiz standard atau saiz unta/L.

Lata Kolam Air Deru Ecopark Yang Cantik Memukau | The Fulus

Air sungai di Lata Kolam ini mempunyai 3 fasa iaitu Pengkalan Raja, Pengkalan Suri, dan Pengkalan Dua. Hanya Pengkalan Suri dan Pengkalan Dua sahaja dibuka untuk aktiviti mandi manda bagi menjaga keselamatan  serta menghindari para pengunjung daripada mandi di kawasan arus yang deras. Kawasan mandi di tempat perkelahan juga sangat mesra kanak-kanak kerana terdapat kawasan air sungai yang cetek dan tenang. 

Peminat aktiviti lasak dan mencabar pula, ada banyak lagi aktiviti menarik disediakan yang mampu meningkatkan tahap adrenalin anda di Lata Kolam Air Deru Ecopark. Antaranya ialah ATV Adventure, Jungle Trekking, Flying Fox & Abseiling, Water Rafting, River Crossing, Combat Archery, Night Walk dan banyak lagi. Semua aktiviti ini dalam satu tempat je. Rugi tak cuba!

May be an image of 4 people, outdoors and text that says "RIMBA KOTA LATA"

Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin 'Kaki  Nature' Jatuh Cinta - LIBUR

Di sini juga menyediakan perkhidmatan Penganjur Acara untuk Corporate Team Building, CSR, Water Safety Clinic, Kem Jati Diri dan Family Day. Mereka juga ada pakej untuk Family Day, pelajar, team building dan survival program, dan explorace. Jadi, Lata Kolam Air Deru Ecopark ini sangat sesuai untuk kunjung beramai-ramai keluarga dan rakan-rakan.

Dapatkan merchandise RARETV di sini. Boleh la minum kopi sambil menikmati suasana tenang kehijauan dengan travel mug kami. Baru la rare!

Jika risau atas kekurangan kemudahan asas, tidak perlu risau. Lata Kolam Air Deru Ecopark sangat mengutamakan keselesaan para pengunjung. Mereka telah menyediakan tandas di setiap Pengkalan. Plug point pun disediakan tapi kena bayar RM10 sehari. Bagi yang nak masak-masak BBQ, ada BBQ pit juga. Kawasan parkir kereta berdekatan sahaja dengan kawasan perkhemahan. Di sana juga ada bilik persalinan, wakaf untuk berehat, surau, kafeteria dan event hall.

Pengunjung diberi pilihan sama ada untuk bermalam atau balik hari. Bagi yang balik hari, bayaran tiket kemasukan dikenakan kepada dewasa sebanyak RM2. Kanak-kanak diberi kemasukan percuma. Tapak perkhemahan adalah RM5/semalam.

Keindahan dan kecantikan panorama di Lata Kolam Air Deru Ecopark sangat menakjubkan. Ia bukan sahaja menjadi lokasi percutian rekreasi bagi pengunjung tempatan, malah turut mendapat perhatian daripada pelancong luar negara. Suasana yang redup di kelilingi pohon yang rimbun semestinya akan memberi ketenangan dan keselesaan kepada setiap pengunjung.

Alamat: 5048B, Jalan Air Panas La, Kampung La, 22010 Jerteh, Terengganu

Waktu Operasi: 9.00 AM – 6.30 PM (Setiap Hari)

Telephone: 019-693 1662

Website | Facebook | Instagram

Kalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh try tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini. Sebarang pertanyaan anda boleh terus tanya team kami melalui butang Whatsapp di bucu kanan bawah page ini.

Back to blog

Featured collection

1 of 4