Bila kita terniat dan terpanggil sahaja menunaikan umrah, antara soalan utama yang bermain di fikiran ialah;
Macam mana nak buat umrah ni?
Banyak ke doa dan bacaan yang perlu dihafal?
Macam mana nak jaga wuduk, orang ramai gila… confirm akan tersentuh juga khususnya semasa tawaf?
Dah bersediakah kita dari segi emosi, hati, perasaan selain dari kesediaan dari segi fizikal dan kesihatan?
Betul ke masa ihram..orang lelaki memang tak boleh pakai seluar dalam langsung?
Mesti ramai yang dok fikir macam-macam. Sampai ada yang takut nak pi Mekah. Risau kalau tak nampak Kaabah! Ni semua kes banyak sangat baca Mastika.
Relax dik.
Abang dulu first time nak buat umrah, gelabah macam kau jugak. Bila kita berbual dengan orang yang pernah menunaikan umrah, macam-macam pandangan yang berbeza yang diterima. Dengar dulu. Ambil sebagai panduan. Jangan cepat buat kesimpulan.
Ada yang mengatakan persediaan memang perlu rapi kerana ibadah ini walaupun nampak mudah tetapi memerlukan pengetahuan yang mendalam khususnya tentang rukun umrah dan wajib umrah.
Ada juga yang mengatakan tak perlu risau apa-apa pun sebab umrah ni senang sangat. Ikut sahaja apa yang orang lain buat. Kalau dapat ustaz pembimbing (mutawif) yang bagus, semuanya dia akan tunjukkan, doa masa tawaf atau saie’ pun dia yang bacakan, kita aminkan sahaja.
Ustaz angkat tangan lambai Kaabah, kita pun angkatlah juga. Hmmmm… senang sungguhlah kalau begitu.
Dik,
Umrah sangat senang jika kita ada ilmu. Yang jadi susah bila kita menonong tanpa ilmu. Bukan sahaja yang first time, yang dah pergi banyak kali pun ada yang masih tak tahu, sebab yang kita fokus hanya pada ibadah MANASIK. Bukan MAQASID UMRAH SECARA AKTUAL.
Pergilah Mekah berpuluh kali, buatlah umrah banyak kali pun namun kita tetap akan rasa tak puas dengan ibadah kita. Puncanya kerana kita TAK PERNAH FAHAM APA TUJUAN KITA MELANGKAH DALAM SETIAP PUSINGAN TAWAF KITA?
UNTUK APA KITA BERPENAT LELAH BERJALAN DARI SAFWA KE MARWAH? SAIE sejauh tiga kilometer kemudian bertahulul untuk apa? Hujungnya ada yang pulang begitu saja. Tak merasai nikmat hadir sebagai tetamu Allah.
Kita kata kita rindu Baitullah. Rindu Kaabah. Rindu Masjidilharam. Rindu Rasulullah.. tapi sebenarnya apa yang kita rindui? Bila kembali ke Tanah Air, kita masih tetap tak faham, kenapa kita berada di dalam rumah Allah?
Kat sini part Abang sangat tersentuh. Kasihan bila lihat ramai jemaah yang bersusah payah kumpul duit nak pergi umrah, tapi pulangnya tak membawa balik hasil dan kefahaman yang sepatutnya.
Kesannya sekejap. Tak lama. Kita tak mampu istiqomah. Dah sampai rumah kita kembali asal. Perangai tak berubah, hati tak tenang. Jiwa jadi kacau. Rumahtangga porak peranda.
Segala yang kita buat di Tanah Suci tidak meninggalkan kesan kepada akhlak kita.
Itulah tanda-tanda mabrur itu belum menjadi milik kita.
Umrah ini sangat personalise. Pergilah dengan berlapang dada. Dan pulanglah semula dengan ilmu yang penuh di dada. Ilmunya bukan sangka-sangka, tapi mampu menyucikan jiwa. Bersihkan kekotoran dan kejumudan kita. Menyegarkan minda.
Membuka mata tentang nasib kita di syurga dan di dunia. Paling penting, memandaikan kita dengan kefahaman agama. Bukan masih duduk dalam tempurung kejahilan yang sama.
Umrah kita nampu untuk membuatkan diri kita menghisab segala amal dan kerjabuat kita di depan Allah. Itulah sesi muhasabah salah laku hidup kita yang membuatkan kita mencari makna ISLAH untuk berubah dan menjadi HAMBA YANG SOLEH SOLEHAH.
Pergilah dengan ILMU.
Bukan hanya menurut HAWA NAFSU.
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare nak share tips umrah.
P.S. Kalau nak tips lagi, jom bersama kami ke umrah.Sila hubungi Puan Sabrina (+6010-2187273) / Sufian, bagi warga Singapura, (+6591889096)