Allah letak deposit kat kita 3 benda.
Deposit tu pinjaman tau, bukan simpanan.
YANG PERTAMA KELUARGA.
Mereka adalah orang-orang yang paling hampir dengan kita yang kita bersembang, berjumpa dan bersama setiap hari.
Seorang suami dipertanggungjawabkan dengan isteri. Seorang isteri diberikan seorang suami. Dan suami isteri diberikan anak yang diamanahkan.
Mak bapak pula Allah depositkan anak-anak dengan cara untuk beri pelajaran, mendidik kefahaman agama, bagi makanan yang sihat dan sentiasa berpesan dan memberi nasihat kepada kebaikan.
This is the gifts that we must guard and be accounted for. Itulah pesanan Mak saya.
YANG KEDUA, HARTA.
Jaga deposit ni dengan zakat dan sedekah.
YANG LAST SEKALI, DIRI SENDIRI.
Dah namanya deposit, sampai masanya cukup tempoh kena pulangkan balik. Kalau simpanan, dah tentu kita punya terus sampai bila-bila, betul tak?
Satu persatu deposit ni Allah akan ambil. Mula-mula ahli keluarga (ibubapa) kita yang meninggal. Harta dikurangkan sikit-sikit. Dan seterusnya apa yang ada pada jasad kita pun diambil sikit-sikit.
Mula dengan mata jadi rabun, telinga dah kurang dengar, badan dah tak kuat, rambut pun dah kurang, dari hitam jadi putih, dan last sekali Allah ambil kita terus.
Baik suami, baik isteri, baik anak, semuanya deposit. Kita manfaat sajalah deposit-deposit ni untuk dijadikan ladang amal sebelum diambil balik.
Abang di sini bukan nak bagi nasihat tetapi sebagai renungan kita bersama.
Banyak ayat Al-Quran yang mengajak kita menjaga ketiga-ketiga perkara ini untuk dijadikan sebagai ‘pinjaman’ kepada Allah pula.
إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِينَ وَٱلۡمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقۡرَضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنًا يُضَٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرٞ كَرِيمٞ
"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan MEMINJAMKAN kepada Allah dengan PINJAMAN yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat GANJARAN yang mulia." [Al-Hadid 57: Ayat 18]
Pelihara diri dan keluarga.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! PELIHARALAH DIRIMU DAN KELUARGAMU dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." [At-Tahrim 66: Ayat 6]
Pinjaman harta dan diri untuk jalan Allah.
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ ۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, DENGAN HARTA DAN DIRI, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan." [At-Taubah 9: Ayat 20]
Semoga kita semua bersyukur dengan nikmat umur, masa dan usia yang Allah berikan. Kerana kita semua tak tau limit kita sampai bila.
Sampai waktunya kita semua akan kembali kepadaNya.
Salam,
.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare, Tanah Haram.
.
.
P/s: dah boleh letak deposit pergi umrah dengan Rarecation 2023 nanti. Trip dah dibuka sampai Disember. Whatsapp Abang 019-2536474 (Shauqi) untuk tempahan.