9 Restoran Berkonsepkan Nature Yang Instaworthy Di Klang Valley

9 Restoran Berkonsepkan Nature Yang Instaworthy Di Klang Valley

Zaman sekarang bila cari tempat makan best, mesti cari restoran atau kafe yang menarik dan instaworthy. Instaworthy bermaksud kedai tu dihias cantik yang menjadikan tempat tu sesuai jadi port tangkap gambar untuk post di Instagram (atau Facebook). Kalau ada yang sedang mencari port makan baru yang menarik hujung minggu ni, apa kata cuba restoran yang berkonsepkan nature atau alam semulajadi. Sesuai untuk luangkan masa dengan yang tersayang sambil release stress tengok pokok-pokok kehijauan dan confirm cantik untuk OOTD!

Jom teruskan baca untuk ketahui tempat makan berkosepkan nature di kawasan Klang Valley!

1. Jibby By The Park, Desa ParkCity

Jibby By The Park berkonsepkan ala Victorian Greenhouse yang dipenuhi dengan natural lighting dan tumbuh-tumbuhan hijau yang subur. Macam dalam garden pun ada. Terdapat ruang makan indoor dan outdoor. Makanan di restoran ini lebih kepada Asian fusion style. Ada macam-macam yang boleh dipilih dari pasta, pizza, burger, desserts dan semua portion hidangan mereka besar berbaloi dengan harga. Restoran ini sangat sesuai dikunjung bersama keluarga atau gathering bersama rakan-rakan.

Alamat: FF-18 & FF-19, First Floor, The Waterfront@ParkCity, No 5, Persiaran Residen, Desa ParkCity, 52200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9.30am – 10.00pm (Isnin-Khamis) | 9.00am – 10.00pm (Jumaat-Ahad

2. BBQ Lamb KL Kemensah, Ampang

Pernah tak makan sambil mencelup kaki di dalam sungai? Haa di BBQ Lamb KL Kemensah ni kita boleh makan masakan western bbq di dalam sungai. Tapi bukan la berenang sambil makan. Ada kerusi meja macam biasa cuma kaki je celup-celup dalam air. Menu masakan bbq boleh pilih dari daging, ayam, kambing, itik dan ada juga pilihan menu seafood dan masakan western. One of a kind experience yang mesti cuba! Jangan lupa buat reservation sebelum pergi, kecewa tak dapat meja nanti.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm (Setiap Hari)

3. Tamarind Springs, Ampang

Bagi yang mencari masakan Indocina yang original, boleh cuba Tamarind Springs. Masakan mereka menggunakan resepi dan chef pakar yang berasal dari Chiang Mai, Thailand. Dah lebih dari sedekad restoran ni beroperasi. Suasana di sini sangat la menarik sebab ia berkonsepkan villa mewah. Dari entrance dah gempak, ada taman dan pool juga! Kalau nak berpengalaman makan ala golongan 'have have' atau nak celebrate hari-hari penting bersama pasangan tercinta, datanglah ke sini. Sangat sesuai untuk romantic candlelight dinner.

Alamat: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 12.00pm – 3.00pm; 6.00pm – 11.00pm (Weekdays) | 11.30am – 3.30pm;6.00pm – 11.00pm (Weekends) | Isnin tutup

Nak kereta bau wangi ala-ala seperti berada di Turki boleh dapatkan car perfume Uzungol Garden RareTV x Keef & Nish. Boleh klik di gambar untuk dapatkan car perfume ini. Cuma RM 10 sahaja

4. Hornbill Restaurant & Café, Taman Burung KL

Nak makan sambil tengok burung? Haaa Hornbill Restaurant & Café lah tempatnya. Terletak di dalam Taman Burung KL, restoran ni dikelilingi pokok-pokok dan mempunyai outdoor sitting di verandah di mana burung-burung akan datang singgah. Kat sini kita boleh makan sambil tengok burung kebangsaan kita iaitu burung Enggang atau Rhino Hornbill secara berdepan. Menu di restoran ini ada mix of masakan traditional dan masakan western, sesuai untuk semua lapisan. Lepas dah penat pusing Taman Burung boleh singgah sini untuk refill tenaga. Kalau nak datang sini tanpa perlu masuk Taman Burung pun boleh juga.

Alamat: Perdana Botanical Garden, KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm (Setiap Hari)

 

5. Hilltop Cuisine, Kota Warisan, Sepang

Seperti Namanya Hilltop, restoran ini terletak di atas bukit di Kota Warisan, Sepang. Di sini kita dapat makan sambil enjoy view dan udara segar. Terdapat juga ruang makan indoor bagi yang tak nak duduk bawah panas. Menunya masakan Western dengan harga berpatutan pada portion. Kalau datang petang boleh enjoy tengok sunset sekali. Cantik untuk bergambar!

Alamat: Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: 12.00pm – 12.00am (Setiap Hari)

Nak handsome macam selebriti RareTV, boleh dapatkan merchandise kami DISINI. Pakai t-shirt kami terus auto hensem. Guna mug kami terus rasa macam hirup kopi di Swiss.  

6. D’Rebung @ Banghuris, Sungai Pelek

Restoran D’Rebung ni suasananya makan di bawah rimbunan pohon buluh rebung madu. Boleh lah fefeeling macam di Kyoto, Jepun. Lokasi dia sesuai untuk yang suka suasana kampung. Kawasannya pun redup je selesa nak makan. D’Rebung ni specialize dalam masakan Jawa. Macam-macam ada contohnya masakan kenduri tradisi Jawa, kulit lembu masak lemak, rebung madu masak lemak cili api dan menu popularnya iaitu Nasi Ambeng dalam dulang. A must try!

Alamat: Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 4.00pm (Rabu-Khamis) | 11.00am – 1.00pm; 2.30pm – 4.00pm (Jumaat) | 8.30am – 4.00pm (Weekends) | Isnin & Selasa tutup

7. Laman Tebu Aidil, Sungai Besar

Kalau tadi makan dinaung buluh, kali ini dinaung pokok tebu pula. Laman Tebu Aidil ni terletak dalam kawasan sawah padi di tepian parit air di Sekinchan. Deretan pokok tebu ditanam sepanjang tepian parit ini menjadikan tarikan utama restoran ni. Sangat instaworthy! Menu di sini simple sahaja seperti nasi lemak, laksa, kepak ayam bakar dan harganya pun sangat murah! Sesuai untuk lepak dan minum petang.

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi: 2.30pm – 7.30pm (Khamis-Selasa) | Rabu tutup

8. Subak, KL

Restoran yang famous sebagai tempat celebrate hari jadi, anniversary dan special events terletak di Bukit Lanjan di dalam taman yang mewah. Suasananya seperti dalam hutan tapi tenang je sunyi, private dan romantic best untuk candlelight dinner dengan pasangan. Berkonsep fine dining, makanan di sini specialize dalam kuisin Melayu dan Balinese dengan teknik masak Western.

Alamat: Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 5.30pm – 11.00pm (Setiap Hari)

9. The Farm Food Craft, Bangsar

Terletak di dalam The Sphere Bangsar South City, uniknya tentang restoran ni ia membawa konsep “farm to table’ dimana semua hidangan mereka menggunakan bahan dari kebun urban mereka tersendiri. Untuk mengekalkan freshness hidangan mereka, kebanyakan bahan mentah digunakan seperti sayur-sayuran dituai dan dihantar pada hari yang sama. Deco dan suasana restoran pun sangat cantik dan chill dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Restoran ini menawarkan makanan Asia dan Western. Sangat sesuai untuk gathering bersama keluarga dan kawan-kawan.

Alamat: Unit G-01 & G-02, Level Ground, The Sphere Bangsar South City, 59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm (Weekdays) | 10.00am – 11.00pm (Weekends)

 

Ada pelbagai tempat makan menarik di Malaysia ni. Kalau ada restoran best yang kami tertinggal, boleh kongsikan dengan kami. 

Bagi yang dah gatal kaki nak travel oversea, boleh tengok pakej yang kami tawarkan DI SINI atau boleh hubungi kami terus DI SINI untuk sebarang info dan pertanyaan lanjut. 

  • SWITZERLAND

    Regular price RM15,650.00
    Regular price Sale price RM15,650.00
    SWITZERLAND
  • TURKI MUSIM SEJUK

    Regular price RM8,980.00
    Regular price Sale price RM8,980.00
    TURKI MUSIM SEJUK
  • PAKEJ UMRAH

    Regular price From RM8,740.00
    Regular price Sale price From RM8,740.00
    PAKEJ UMRAH
  • SOUTH ICELAND ADVENTURES

    Regular price RM19,100.00
    Regular price Sale price RM19,100.00
    SOUTH ICELAND ADVENTURES
1 of 4