Jika Sg Gabai sudah terlalu biasa, apa kata ambil cabaran untuk trekking sejauh 8km menikmati air terjun tertinggi di Hulu Langat
Jeram Perlus atau air terjun Perlus, tersembunyi di belakang Empangan Sungai Langat merupakan air terjun yang tertinggi di Hulu Langat. Bukan sebuah air terjun komersial dan masih bersih dari pencemaran. Mungkin kerana jaraknya yang jauh dari main road menyebabkan tidak ramai yang mampu berkunjung ke sini.
Walaupun perjalanan trekkingnya sejauh 8km tetapi tidak perlu risau kerana laluannya landai, denai yang jelas dan tiada laluan memanjat yang sukar. Sepanjang laluan sini juga kita boleh melihat pelbagai flora dan fauna yang menarik.
Sebaiknya jika anda ingin ke sini, pergilah dengan orang yang berpengalaman (kami pergi dengan APIP, boleh hubungi dia juga di fb APIP ), pergi seawal pagi dan elakkan balik terlalu lewat. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 - 3 jam juga mengikut stamina masing masing.
Nak tengok lebih lagi bagaimana pengalaman kami di sini, ini video kami :