Bagi rakyat Malaysia 2022 adalah tahun kita merancang untuk kembali mengembara ke luar negara. Pada oktober 2021, semua rakyat Malaysia mendengar nafas lega apabila kita sudah dibenarkan untuk travel ke luar negara.
Ramai dah menyimpan angan-angan dan rancangan untuk ke destinasi idaman pada 2022 tetapi harus di ingat, mengembara atau melancong pada 2022 tidak sama seperti sebelum ini. Ada banyak peraturan, sekatan dan peraturan baru di buat untuk memastikan Covid-19 tidak kembali meninggkat.
Selepas 30 hari mengembara di eropah dan turki, ini 7 tips yang ingin kami berikan kepada anda semua agar tidak terkandas ketika travel.
( Lihat travelog kami di sini : TRAVELOG RARETV)
7 TIPS TRAVEL KETIKA PANDEMIK
1. ELAKKAN PERGI BANYAK NEGARA
Elakkan travel merentas banyak negara. Contoh begini, singgah transit jalan-jalan di Dubai kemudian travel pula ke europe, kemudian terbang ke london. No no no
Sebabnya, setiap negara mempunyai rules & regulation covid yang berbeza. Dan peraturan ini pula boleh berubah pada bila bila masa
Ada follower kami berkongsikan cerita, beliau akhirnya ke swiss cuma duduk di hotel kuarantin sahaja sebab sebelum ke Swiss dia transit 2 hari di mesir. Bila sampai di swiss, gara gara omicron, rupa-rupanya Swiss dah update peraturan baru traveler dari benua afrika wajib kuarantin. (Mesir di benua afrika ya adik2)
Pengalaman kami sendiri, ketika kami mengembara ke eropah untuk travelog RARETV, plan kami ke austria terpaksa di tukar apabila Austria membuat lockdown 2 hari sebelum kami bercadang masuk austria. Akhirnya kami stay lebih lama di itali.
2. SEMAK PERATURAN/REGULATIONS COVID SEBELUM & SEMASA TRAVEL
Ini amat penting kerana peraturan boleh berubah bila-bila masa mengikut keadaan covid pada negara yang kita lawati dan negara kita sendiri.
Sebagai contoh, ketika kami pergi ke Swiss pada november 2021, tiada PCR diperlukan untuk masuk ke Swiss, cukup hanya menunjukkan MySejahtera kita yang menunjukkan kita sudah di vaksinasi. (lihat gambar di bawah)
Namun bermula 20 December 2022, setiap traveler yang ingin masuk ke Swiss wajib mengemukakan PCR test yang negatif 72 jam sebelum departure. Jika kita tidak sentiasa menyemak requirement/peraturan baru yang dibuat pastinya kita boleh terlepas pandang dan akhirnya menyebabkan kita dihalang untuk menaiki pesawat atau memasuki sesuatu negara. (lihat gambar di bawah)
Ingat, setiap negara yang kita pergi peraturannya tidak sama. Kebenaran masuk ke Switzerland tidak sama dengan United Kingdom. Malah ada sesetengah negara seperti Jepun dan New Zealand masih lagi menutup sempadan negara mereka.
3. SIMPAN CUTI TAMBAHAN UNTUK KUARANTIN
Perlu di ingat, kita wajib untuk kuarantin selama 7 hari selepas pulang dari luar negara. Jadi apabila kita travel ke mana-mana, pastikan siap-siap mohon cuti untuk kuarantin sekali.
Selain dari kuarantin wajib, perlu juga simpan cuti jika tak disangka kita dijangkiti Covid dan perlu kuarantin lebih lama.
4. SIMPAN DUIT TAMBAHAN UNTUK KECEMASAN COVID
Selain dari cuti, duit tambahan juga perlu ada, terutama apabila kita travel ke negara dengan nilai matawang yang lebih tinggi kerana kosnya kuarantin dan rawatan akan meningkat berkali ganda.
Sebagai contoh, kos PCR di Malaysia sekitar RM160 - RM200, di Switzerland juga kos yang sama tetapi dalam nilai matawang mereka, antara CHF 100 - CHF 200. Apabila ditukar semula ke nilai matawang kita kosnya naik 4 kali ganda sehingga RM500 - RM1000. Ini baru PCR belum lagi kos rawatan, jadi pastikan kita ada simpanan duit yang mencukupi untuk kecemasan
Walaupun ada insuran travel untuk covid namun duit sendiri tetap perlu disediakan dan belum tentu insuran akan cover 100% kos yang di keluarkan akibat kita terkena Covid.
5. WAJIB AMBIL TRAVEL INSURANS COVID
Ada beberapa syarikat insuran menyediakan travel insuran khas untuk covid. Nilai nya lebih tinggi tetapi sangat berbaloi untuk mengambilnya. Sekurang-kurangnya apabila berlaku "worst case scenario" kita tahu kewangan kita tidak akan terjejas teruk.
Perlu kita ingat risiko covid kita pada 2 situasi,
Situasi pertama, beberapa hari sebelum pergi travel tiba-tiba kita dah disahkan dijangkiti covid, maka mahu tidak mahu, akan "burn" habis semua tiket penerbangan dan tempahan travel kita. Jika kita tiada insurans, maka akan habis begitu sahaja. Dengan insurans, sekurang-kurangnya kos travel kita dapat diganti semula
Situasi kedua di mana apabila kita mahu pulang ke Malaysia, wajib kena PCR kemudian kita disahkan positif covid sebelum penerbangan pulang ke Malaysia. Terus sahaja kita akan dikuarantinkan dan menerima lawatan di negara yang kita sedang lawati. Maka tiket penerbangan pulang kita akan "burn", kita perlu membeli tiket baru dan menampung kos rawatan di negara luar. Dengan Insurans covid, kos tambahan ini dapat di tanggung.
Tips untuk Travel Insuran Covid, pastikan anda semak betul-betul segala TnC nya kerana setiap coverage dari setiap syarikat berbeza. Ada sesetengah syarikat insurans ada insuran covid tetapi ianya tidak cover negara yang kita pergi kerana negara tersebut berisiko tinggi.
Jadi semak dahulu sebelum beli
6.PILIH NEGARA MENGIKUT VAKSIN
Sesetengah negara membenarkan mereka yang tidak mengambil vaksin untuk masuk ke negara mereka. Namun begitu akan terdapat pelbagai sekatan pada mereka yang tidak divaksinasi dan anda juga mungkin perlu di kuarantin terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengembara. Ambil lah vaksin sebelum travel kerana ianya juga akan mengurangkan risiko kesihatan yang lebih teruk jika kita dijangkiti covid.
Semak juga jenis vaksin yang kita ambil dan jenis vaksin yang diterima oleh negara tersebut. Seperti di Eropah, mereka tidak menerima Sinovac sepenuhnya. Apabila kita mendapat vaksin Sinovac, kita masih diterima masuk tanpa masalah cuma tidak dibenarkan memohon EU Covid Certificate. Apabila kita tiada EU Covid Certificate kita tidak dibenarkan untuk Dine-in dan masuk ke Muzium. Ada kekurangan sedikit, tetapi untuk aktiviti-aktiviti lain dan shopping tiada masalah.
Jadi baca dan fahami setiap keperluan vaksinasi setiap negara yang ingin kita pergi nanti.
7. ELAKKAN LOKASI BERISIKO TINGGI
Elakkan negara yang berisiko tinggi, seperti waktu blog ini ditulis negara berisiko tinggi adalah seperti di United Kingdom, France dan beberapa negara lagi di Eropah. Negara berisiko tinggi sentiasa berubah, jadi sentiasa lihat perkembangan terkini kes Covid dalam negara yang ingin kita pergi.
Apabila kita sampai ke destinasi pula, elakkan ke kawasan dan tempat yang menjadi tumpuan ramai orang. Pergilah ke destinasi di luar kawasan bandar dan kurang berisiko tinggi.
8. TRAVEL DALAM KUMPULAN KECIL
Era pandemik dan 2022 ini elakkan travel seperti dahulu dalam 1 bas besar dan beramai-ramai. Semakin besar kumpulan travel kita semakin tinggi risiko jangkitan Covid.
Rarecation sendiri juga mengambil inisiatif untuk menghadkan traveler dalam group travel kami hanya kepada 10 ORANG SAHAJA. Betul cuma 10 orang sahaja dalam 1 trip, bila kumpulan lebih kecil kita lebih mudah nak travel ke destinasi yang RARE dan pastinya lebih selamat.
Kalau teringin travel dengan kami boleh lihat kemana kami pergi tahun ini di sini : DESTINASI RARECATION 2022
atau boleh juga whatsapp Puan Alya ( 010 667 2731)
KESIMPULAN
Sepanjang pengalaman kami travel selama 30 hari di Eropah dan Turki ketika pandemik ini kami boleh katakan sebenarnya amat seronok. Kerana banyak destinasi yang dahulu penuh dengan pelancong kini agak lengang dan kita boleh nikmati destinasi dengan lebih baik.
Pastikan kita bersedia dari segi kewangan dan juga mentaliti untuk "worst case scenario". Apabila kita lebih berjaga-jaga dan lebih berhati-hati ketika travel, insyaAllah tiada apa yang perlu dirisaukan. Peratusan mereka yang pulang travel mendapat covid juga tidak tinggi.
Apabila kita bersedia dengan tips yang telah kami berikan ini, travel experience kita lebih seronok. Nak lebih seronok lagi apa kata ikut kembara RARECATION 2022.
Untuk melihat lagi bagaimana pengalaman kami travel selama 30 hari di Eropah dan Turki, lihat travelog kami di youtube RARETV. Video travelog kami akan bersiaran setiap selasa & jumaat sehingga mac nanti. Sebagai panduan kepada anda semua bagaimana untuk mengembara di dalam norma baru.