60 Tahun Beroperasi, Cucur Udang Legend Kepala Batas

60 Tahun Beroperasi, Cucur Udang Legend Kepala Batas

Ke mana pun kita pergi, kita mesti akan cari makanan sedap di tempat itu. Lagi-lagi dalam Malaysia ni yang kaya dengan pelbagai jenis makanan sedap sedap.

Sebelum ni team RARETV ke utara di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk Projek Pelangi di mana kami memasak untuk anak yatim, asnaf serta warga emas.

Kepala Batas ni juga kampung kepada Ustaz Shauqi dimana kami sempat singgah melawat ibunya. Sempat juga kami merasa laksa utagha air tangan ibu Ustaz Shauqi. Memang sedap gila! Tapi maaf guys, laksa utagha ni tak dijual. 

Laksa utagha kami tak jual, tapi car freshener ni kami ada jual. RM10 jer dan boleh beli di Shopee. Dah la murah, wangi teruk pulak tu.

Tapi kami nak share satu port cucur udang legend yang Ustaz Shauqi bawak kami try!

Cucur udang Restoran Shahul Hamid. Kami pergi time breakfast. Memang menu legend di kedai ini ialah cucur udang. Sudah 60 tahun beroperasi tapi still laku keras dan ramai pelanggan.

Memang sedap bakhang coq udang ni. Simple, rangup, tak berminyak dan paling power dia punya kuah kacang!

Jika ada yang first time ke Kepala Batas, wajib cuba cucur udang ni. Mesti akan repeat lagi!

Nak beli merchandise RareTV pun boleh juga -- kami ada jual di sini. Mug ada, t-shirt pakai confirm hensem ada, hoodies ada, mask pun ada. Seluruh keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).


MAKLUMAT 
RESTORAN SHAHUL HAMID

Alamat: 45, Jalan Butterworth, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Tel: 012-454 0546

Jom tengok kami menikmati coq udang legend ini di tengah sawah padi:

Kalau nak cari trip luar negara yang rare, boleh try tengok pakej-pakej yang kami tawarkan di sini. 

Back to blog

Featured collection

1 of 4